Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

BRAWLOUT Deluxe Edition versi PlayStation 4 akan dikeluarkan di Asia Tenggara pada 26 MAC 2020!

Permainan WAJIB main bersama rakan-rakan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 21, 2020
in Artikel, Berita, PS4
0 0
0
BRAWLOUT Deluxe Edition versi PlayStation 4 akan dikeluarkan di Asia Tenggara pada 26 MAC 2020!
Share on FacebookShare on Twitter

SCRYsoft telah bekerjasama dengan Angry Mob Games untuk membawa Brawlout Deluxe Edition kepada rantau Asia Tenggara melalui pelantar PlayStation 4! Dalam bentuk format fizikal dan digital, edisi Deluxe ini dijangka akan dilancarkan pada 26 March 2020 dan merangkumi kesemua DLC yang pernah dikeluarkan pada masa lalu. Berikut adalah trailer:

Brawlout ialah permainan video yang sesuai bermain bersama kawan-kawan, tidak kira offline atau online dan boleh menyokong hingga 4 pemain sekaligus. Ia menggabungkan mekanik-mekanik pertempuran dan ciri-ciri permainan pertempuran tradisional menjadi sebuah battle royale yang bergaya, menarik, dan lancar. Selain itu, Brawlout mempunyai banyak mode permainan. Pemain dan rakan-rakan boleh bersaing dalam Timed Battle, Stock Battle, atau Team Battle.

Untuk menjaga keseimbangan antara permainan kompetitif yang semakin berkembang dan teras utama permainan video ini, Brawlout ingin memenuhi hasrat para pemain veteran, pemain kasual dan pemain baru bagi menandakan kemunculan mereka.

Rage Meter akan diisi selepas pemain melakukan serangan atau menerima kecederaan. Jika penuh, pemain boleh memecahkan pertahanan musuh dengan menggunakan Rage Burst atau Rage Mode. Rage Burst akan menolak musuh ke belakang, sambil memecahkan kombo mereka tetapi ia akan menelan separuh daripada Rage Meter pemain. Apabila Rage Mode diaktifkan, ia akan meningkatkan kesan “knockback” milik pemain manakala kesan “knockback” oleh musuh akan dikurangkan.

18 pahlawan unik dan tetamu crossover daripada pemainan video indie popular juga disediakan. Daripada pahlawan ala-ala pengusti hingga ke watak yang suka menyerang hendap, pemain boleh memilih karakter yang menepati gaya permainan mereka. Setiap watak datang dengan variasi mereka sendiri yang memberi mereka statistik berbeza, abiliti baru atau pakaian eksklusif.

Antara DLC yang termasuk dalam Deluxe Edition ialah:

  • Skin eksklusif: Biker Olaf
  • Gear eksklusif: Snorkel Mask, Inflatable Ducky, Bunny Headphones, Party Glasses
  • Taunt Emotes unlock: GG, Hype, Such Skill
  • Character Variants unlocks: Mako, Funkmaster, Gancho Puncho, Sting’ra, Ripjack

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi mereka di bawah.

LAMAN WEB RASMI
Brawlout Deluxe Edition
Nintendo Switch, Microsoft Windows, PlayStation 4, Xbox One
Brawlout ialah permainan video yang sesuai bermain bersama kawan-kawan, tidak kira offline atau online dan boleh menyokong hingga 4 pemain sekaligus. 18 pahlawan unik dan tetamu crossover daripada pemainan video indie popular juga disediakan, di mana pemain boleh memilih karakter yang menepati gaya permainan mereka.
Tags: Angry Mob GamesAsia Tenggarabattle royaleBrawlout Deluxe EditionPS4SCRYsoft
Previous Post

Projek dari 2015, kini Filem Borderlands disahkan akan hadir dan diarahkan oleh Eli Roth!

Next Post

Jadi Hero di sekolah anda! VALTHIRIAN ARC: HERO SCHOOL STORY akan datang 24 Mac 2020 ke PlayStation 4!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!
Promosi

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

June 5, 2026
Next Post
Jadi Hero di sekolah anda! VALTHIRIAN ARC: HERO SCHOOL STORY akan datang 24 Mac 2020 ke PlayStation 4!

Jadi Hero di sekolah anda! VALTHIRIAN ARC: HERO SCHOOL STORY akan datang 24 Mac 2020 ke PlayStation 4!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd