Baru sebentar tadi kami ada mengongsikan perubahan besar untuk Esports Rainbow Six Siege seperti yang diumumkan oleh Ubisoft yang termasuk perubahan format, struktur, dan ketahanan dalam permainan kegemaran ini. Tetapi kali ini berita lebih menggembirakan apabila Ubisoft dan juga Mineski Global telah mengumumkan sesuatu yang pemain Rainbow Six Siege Asia Tenggara akan mendapat peluang merebutkan US$10,000 (anggaran RM41,445.00) prizepool!
https://www.facebook.com/UbisoftSEA/photos/a.122414174438016/3104368889575848
Acara yang dimaksudkan adalah untuk kali pertama hadir di Asia Tenggara istimewa untuk Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina, Rainbow Six Siege OPERATION LEAGUE akan datang Mac tahun ini! Acara Esports untuk permainan popular ini akan melibatkan beberapa nama besar dalam Esports yang termasuk Battle Arena Malaysia untuk Malaysia dan Singapura, MET Indonesia untuk Indonesia dan Mineski Events Team – MET Events untuk Filipina.
Beberapa acara besar Rainbow Six Siege yang termasuk Six Invitational 2020 kini menjadi satu buah mulut yang besar untuk peminat ikuti, ramai skuad-skuad yang hebat termasuk Fnatic, Team Liquid, Faze Clan dan ramai lagi yang menyertainya hampir setiap musim.
Buat masa ini, hanya di Indonesia telah dibuka pendaftaran secara dalam talian, dan maklumat lebih lanjut akan dikongsikan oleh Battle Arena Malaysia dalam masa terdekat! Jadi apa lagi yang anda nantikan? Sediakan skuad anda untuk menjadi yang pertama untuk menyertai dan memenangi acara Esports terbesar dari Ubisoft ini untuk Rainbow Six Siege! Teruskan bersama kami untuk kemaskini terkini!

@gamersantaimy
Discussion about this post