Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

UBISOFT mengumumkan perubahan besar kepada ESPORTS Rainbow Six Siege!

Perubahan yang lebih bagus pasti memajukan dunia esports R6.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 17, 2020
in Acara, Artikel, Berita, Esports, PC
0 0
0
UBISOFT mengumumkan perubahan besar kepada ESPORTS Rainbow Six Siege!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas pengumuman Operation Void Edge dan Rainbow Six Siege Year 5, Ubisoft juga telah mendedahkan beberapa perubahan menggembirakan dalam format, struktur, dan ketahanan untuk Rainbow Six Esports.

Selama beberapa tahun ini, rantau-rantau esports seperti Eropah (EU), Amerika Latin (LATAM), Amerika Utara (NA), dan Asia Pasifik (APAC) telah diuruskan dengan cara yang sama, lalu menghasilkan banyak masalah. APAC kini dibahagikan kepada Jepun, Korea, dan Asia Tenggara untuk membentuk satu liga kompetitif yang terdiri daripada 12 pasukan, manakala liga berasingan dibentukkan di rantau Oceania.

LATAM pula akan membentuk liga yang terdiri daripada sepuluh pasukan liga. Perubahan lain termasuk penyertaan negara lain seperti Argentina, Peru, Chile, dan Uruguay dan pembahagian kepada tiga bahagian: satu di Brazil, satu di Mexico, dan satu bahagian keseluruhan di Amerika Selatan.

The history of @Rainbow6Game Esports is about to be made.

Tune in: https://t.co/NSmf5JOgZT pic.twitter.com/2E4HI78Cml

— Rainbow Six Esports (@R6esports) February 17, 2020

NA dan EU menerima perubahan yang kurang drastik. Liga EU terdiri daripada sepuluh pasukan dan bekerjsama dengan LiveNation dan FaceIt. Di NA, rantau Kanada dan AS dipecahkan kepada liga berbeza untuk memberi persaingan global yang lebih kompetitif.

Selain itu, sistem ranking global baru didirikan untuk menentukan pasukan mana yang akan bersaing di Majors dan Six Invitationals seterusnya. Kalender Rainbow Six Esports dibahagikan kepada empat bahagian, dengan tiga peringkat di mana pasukan di setiap rantau akan bersaing untuk memperoleh nilai mata sebanyak mungkin. Setiap peringkat ditamatkan dengan Major, di mana pasukan boleh mendapatkan lebih banyak mata. Peringkat keempat didedikasikan untuk acara kelayakan lain dan menjadi ala-ala “off season” sebelum Six Invitational.

 

1 of 2
- +

Jadi di manakah “Majors” akan diadakan?

  • Tahun 2020
    • Pro League Finals Season XI – São Paulo, Brazil (MEI)
    • Major – Amerika Utara (OGOS)
    • Major – Eropah (NOVEMBER)
  • Tahun 2021
    • Six Invitational 2021 – Kanada (FEBRUARI)
    • Major – Eropah (MEI)
    • Major – Amerika Utara (OGOS)
    • Major – Asia-Pasifik (NOVEMBER)

Program Pilot juga diperluaskan untuk 2020, dan membawa kesemua 44 pasukan profesional ke dalam sistem. Fasa ketiga Program Pilot akan memecah sistem kepada tiga peringkat berdasarkan sokongan, penonton, liputan, penyertaan, dan pendapatan. Peringkat teratas mempunyai 10 pasukan, peringkat kedua mempunyai 15 pasukan, dan peringkat ketiga mempunyai 19 pasukan. Perbezaannya adalah pasukan di peringkat teratas dalam Program Pilot mempunyai pakej kosmetik penuh yang boleh dibeli dalam permainan, manakala pasukan di peringkat ketiga hanya mempunyai “charm“.

Untuk maklumat penuh, sila layari laman rasmi Rainbow Six Siege di bawah:

Muat turun di sini
Tom Clancy's Rainbow Six® Siege
Developer: Ubisoft
Release Date: 2015-12-02
Microsoft Windows, PlayStation 4
Tom Clancy's Rainbow Six Siege adalah sebuah permainan FPS yang dimajukan oleh Ubisoft dan sangat terkenal dalam dunia esports. Pelbagai pilihan operator untuk mengejr kemenangan pasukan anda
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: EsportsesukanRainbow Six SiegeSix Invitationaltom clancyubisoft
Previous Post

PUBG PC mengikut versi MOBILE & memperkenalkan mode TEAM DEATHMATCH!

Next Post

Pemain Rainbow 6 Siege MALAYSIA!! Prizepool sehingga RM41,445.00 bakal direbutkan dengan OPERATION LEAGUE MY/SG/PH/ID SEASON 1!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Pemain Rainbow 6 Siege MALAYSIA!! Prizepool sehingga RM41,445.00 bakal direbutkan dengan OPERATION LEAGUE MY/SG/PH/ID SEASON 1!

Pemain Rainbow 6 Siege MALAYSIA!! Prizepool sehingga RM41,445.00 bakal direbutkan dengan OPERATION LEAGUE MY/SG/PH/ID SEASON 1!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd