Kami mempercayai bahawa kebanyakan pemain permainan video sekarang beralih kepada permainan mobile kerana lebih menyenangkan dan mudah alih. Dan kali ini sesuatu berita baik untuk kesemua rakyat Malaysia, kini secara rasmi Opensignal sebuah syarikat ujian telekomunikasi antarabangsa telah mengeluarkan repot pengalaman permainan mobile 100 negara diseluruh dunia dan Malaysia menduduki tempat ke-50!
Opensignal, baru sahaja mengeluarkan laporan penyelidikan global yang pertama yang melihat pengalaman permainan mobile untuk pemain mudah alih di seluruh dunia. Inilah kali pertama Opensignal secara khusus meneliti permainan mudah alih dan digalakkan oleh pertumbuhan populariti (dan hasil) industri yang besar.
Menurut laporan penyelidikan dari Opensignal,mereka telah mengumpul dan menganalisis lebih dari 128 billion ujian dalam masa empat bulan dari Oktober 2019 hingga Januari tahun ini yang melibatkan 100 buah negara di seluruh dunia. Mereka menyatakan kebanyakan pengguna menggunakan pelbagai jenis permainan mudah alih seperti “Fortnite“, “Pro Evolution Soccer“, dan “Arena of Valor” untuk menguji dan mendapatkan skor yang rata-ratanya adalah pemain mobile!
Selepas melakukan ujian tersebut, pengalaman permainan mobile dari rakyat Malaysia menerima penarafan yang adil sebanyak 66.2 mata (Fair) dan menduduki temoat ke-50 secara keseluruhan dari 100 buah negara yang lain. Dan yang lebih menarik, kedudukan Malaysia adalah lebih tnggi di Asia Pasifik daripada Myanmar, Indonesia, Kemboja dan Filipina, tetapi lebih rendah daripada Thailand dan Vietnam. Manakala Singapura dan Jepun memenangi tempat pertama dirantau Asia Pasifik kerana masing-masing membawa mata 85.5 mata dan 85.3. Wow nampaknya kedua negara ini sangat menikmati keseronokan dalam bermain permainan mudah alih!
Walaupon laporan komprehensif semasa mengenai pengalaman permainan mobile di Malaysia hanya menerima penilaian umum kerana permainan mudah alih masih mempunyai nilai pasaran tertentu di Malaysia. Jika pengeluar permainan mobile di Malaysia boleh mengoptimumkan permainan mobile yang lebih baik dan meningkatkan pengalaman untuk pemain, ini bermakna pasaran permainan mobile Malaysia boleh terus berkembang. Pemain yang mempunyai idea mengenai kedudukan pengalaman permainan mobile di Malaysia mungkin anda boleh bincangkan diruangan komen sosial media kami!
@gamersantaimy
Discussion about this post