Dengan kehadiran Monster Hunter World: Iceborne bulan lalu dan kami turut mecubanya sendiri, CAPCOM mencuba yang terbaik untuk memberi kemaskini serata antara platform PC dan Konsol permainan ini. Buat masa ini kita ketahui kemaskini Konsol telah pun banyak, tetapi bermula hari ini, Monster Hunter World: Iceborne PC yang boleh didapati di Steam kini didatangi dengan monster atau raksasa baru Rajang, kolaborasi bersama Resident Evil dan juga terdapat dua raksasa baru yang masih belum diketahui namanya.

Bermula hari ini, pemain akan mula berentap pertarungan dengan kera gergasi bernama Rajang. Gergasi yang menggunakan kuasa kilat ini pada pertama kali debut pada tahun 2006 untuk Monster Hunter 2 di PlayStation 2. Rajang sangat tangkas, ganas dan sering menyerang pihak lawan juga ia nampak menakutkan!
Untuk menempuh Rajang, pemain Iceborne perlu berbincang dengan Admiral di Seliana selepas mengalahkan permainan dan melawat Guiding Lands sekurang-kurangnya sekali. Dan bercakap mengenai Guiding Lands, terdpat juga penambahan kawasan Volcanic yang baru.
Selain Rajang, bermula 6 Februari hingga 12 Mac 2020, pemain Iceborne akan mendapat akses acara masa terhad untuk diselesaikan. Terdapat dua pencarian kandungan reka bentuk senjata baru dalam Master Rank (bertajuk Every Hunter’s Dream 2 and 3), boleh diakses di MR6 dan MR9 masing-masing. Ini adalah tiket acara khas yang boleh digunakan untuk membuat senjata baru.
Tambahan lain yang terdapat di Iceborne adalah ‘crossover’/ kolaborasi Resident Evil dan menambah acara RE: Return of the Bioweapon. Misi MR20 ini membawa pemain menentang Blackveil Vaal Hazak di Rotten Vale dan dapatkan S.T.A.R.S. Badges. Penceritaanya adalah pemain boleh menjangkit dengan status Zombi, menghadkan mobiliti dan membatalkan kesan penyembuhan. Walau bagaimanapun, ini boleh disembuhkan menggunakan herba hijau dan merah yang dijumpai sebagai sebahagian daripada usaha.
Akhir sekali, ‘guild card’ menerima latar belakang kolaborasi Raccoon City dua pose, lima tajuk dan ekspresi yang memberi anda skin zombie. Selain itu pemain turut boleh membeli premium yang menarik dengan kostum Tyrant untuk Handler dan muzik room Raccoon City juga sticker di store dalam permainan.
Selain itu, Monster Hunter World: Iceborne turut menyatakan akan terdapat dua lagi raksasa terbaru yang sepatutnya mereka kenalkan di Taipei Game Show hari ini, disebabkan coronavirus, acara tersebut telah ditundakan dan dua monster ini akan diperkenalkan kelak.
Hunters, we have a quick update on the upcoming 2 Variant Monster reveal:
Since Taipei Game Show has been postponed, our planned Feb. 6 reveal will be released at a later time. We are currently looking for the best opportunity to share the news with you. Stay tuned! https://t.co/GNAIvp9Knm
— Monster Hunter (@monsterhunter) February 5, 2020
Jadi siapa lagi tak sabar nak bermain dalam kemaskini terbaru ini? Selebihnya mengenai kemaskini ini anda boleh lihat dilaman web rasmi Monster Hunter World: Iceborne. Lagi-lagi raksasa baru yang masuk ini! Jadi jangan lupa dapatkan Monster Hunter World: Iceborne anda di Steam!

@gamersantaimy
Discussion about this post