Seperti yang semua peminat tahu Warcraft 3: Reforged baru sahaja hadir minggu lalu dengan pembaharuan dari yang sebelumnya. Tetapi, hanya pada minggu pertama Blizzard telah menerima pelbagai komen negatif dari pemainya. Diantaranya seperti permainan terlalu banyak diubah dan isu teknikal.
Disebabkan pelbagai dugaan yang menimpa Blizzard, mereka kini menawarkan bayaran balik segera untuk Warcraft 3: Reforged melalui tiket di laman webnya. Menurut pemain Warcraft di subreddit, sokongan Blizzard akan memberikan pemain bayaran balik tanpa mengira berapa banyak waktu yang mereka habiskan untuk permainan. Pengguna krOnicLTD memainkan versi akhir Warcraft 3: Reforged selama lebih dari lima jam dan masih menerima bayaran balik dana tanpa masalah. Ramai pengguna lain di bahagian komen turut memberi respon dengan kemudahan prosesnya dan mengesahkan pembayaran balik adalah benar.
Blizzard memberikan bayaran balik automatik untuk Warcraft 3 Reforged sekarang .. Saya pra-pembelian permainan pada Disember 2018, dimainkan sedikit melalui beta (mungkin seperti 10-15 jam) dan selepas pembebasan saya juga bermain sekitar 5+ jam. Pembayaran balik permainan hanya memakan beberapa minit secara automatik. -krOnicLTD Reddit
Walaupun hanya dikeluarkan beberapa hari yang lalu, Reforged telah menjunam ke bahagian bawah carta, mengumpulkan 14,852 rating pada masa penulisan daripada pemain yang memberikan skor pengguna agregat “sangat tidak suka” hanya 0.5 dari kemungkinan 10. Wow nyata keputusan itu sangat mengecewakan.
Bagi pengalaman dari kami sebenarnya memuaskan hati kerana Blizzard memberikan yang terbaik dan berlainan dari yang asal terutama seperti yang dikongsikan di Blizzcon. Tetapi selepas pelancaran, mungkin Blizzard memilih laluan yang lebih selamat, kurang menarik, yang membawa kepada ketidak puasan pemain.
Warcraft 3 mengikuti jejak tajuk permainan Blizzard yang lain seperti Starcraft juga beberapa permainan lain yang hampir sepertinya. Sebagai rekreasi permainan strategi dari tahun 2002 ini terutama dengan kemaskini Battle for Azeroth: Vision of N’zoth untuk World of Warcraft; “Reforged membawa anda kembali ke masa yang genting dalam sejarah Azeroth, apabila bayang-bayang gelap melepaskan tanah yang damai, dunia gemetar sebelum Legion Burning yang akan datang, dan pahlawan mempertaruhkan semuanya untuk mencegah kematian dunia mereka “.
Jadi pada pemain yang rasa tidak puas hati dan ingin bayaran balik itu bolehlah mendapatkanya melalui laman web rasmi Blizzard. Lepas ni jangan marah-marah ye, Blizzard mesti akan buat yang terbaik untuk pemain!
Sumber: VG247

@gamersantaimy
Discussion about this post