Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Santai bersama Nintendo Switch eksklusif rekaan Animal Crossing: New Horizons!

Akan dilancarkan seminggu sebelum keluaran permainan.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 31, 2020
in Artikel, Berita, Nintendo Switch
0 0
0
Santai bersama Nintendo Switch eksklusif rekaan Animal Crossing: New Horizons!
Share on FacebookShare on Twitter

Nintendo baru sahaja mengumumkan Nintendo Switch eksklusif baru bertemakan Animal Crossing: New Horizons dan satu perkara sahaja yang saya ingin sebut. COMELLLLLl! Peminat pasti lemah kalau lihat reka bentuk Nintendo Switch ini dan ia boleh dikatakan sebagai salah satu Nintendo Switch paling comel dan unik yang pernah saya lihat.

Joy-Con untuk Nintendo Switch yang berinspirasikan daripada siri Animal Crossing ini datang dalam warna hijau emerald dan pastel biru, dan kelihatan sangat sesuai dalam suasana nyaman. Dock pula dihiasi dengan gambar Tom Nook dan Nooklings di mana Timmy dan Tommy sedang berdiri di atas sebuah pulau di laut. Reka bentuk ini boleh memberi gambaran yang tenang dan damai kepada pemain. Jangan mengelamun pula bila main! Saya takut nanti kamu terbayang diri di pantai sedang bermandi-manda pula. Selain itu, corak Animal Crossing boleh didapati di bahagian belakang Nintendo Switch. Pada masa yang sama, Nintendo juga mengeluarkan casing khas “Aloha” untuk kedua-dua peranti Nintendo Switch dan Switch Light. Sudah tentu, ia dijual secara berasingan.

 

1 of 4
- +

Nintendo Switch eksklusif bertemakan Animal Crossing: New Horizons akan dijual pada harga $299.99 (RM1226.51) dan bakal dilancarkan seminggu sebelum keluaran Animal Crossing: New Horizons pada 20 Mac 2020.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Animal Crossing: New Horizonsnintendonintendo switchSwitch Light
Previous Post

Haritu Shōwa Era, kali ini kita kenali generasi Ultraman di era Heisei (1996-2006) pula!

Next Post

[GIVEAWAY] Menangi tiket tayangan perdana Birds of Prey pada 6 Februari ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
[GIVEAWAY] Menangi tiket tayangan perdana Birds of Prey pada 6 Februari ini!

[GIVEAWAY] Menangi tiket tayangan perdana Birds of Prey pada 6 Februari ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd