Dalam update terbaru di Advanced Server Mobile Legends, Moontoon bukan sahaja memberikan revamp kepada Freya, tetapi kepada DUA LAGI HERO! Mereka mengumumkan di patch update terkini bahawa 3 hero ini akan menerima revamp kerana ramai merasakan bahawa mereka tidak kuat dan tidak sesuai dengan META awal tahun 2020. Ingin tahu siapakah mereka? Mari kita lihat!
FREYA
Freya adalah seorang fighter yang hanya boleh didapati oleh pemain dengan cara TOP-UP. Dalam update seterusnya, Moonton akan mengubah skill passive dan skill 2-nya yang memberikan damage tambahan kepada Freya secara keseluruhan. Anda boleh lihat contoh pada video di bawah di mana Freya akan menerima satu stack setiap kali dia melakukan 2 hit kepada musuh. Apa yang menarik lagi ialah skill 2-nya akan berubah bergantung pada nilai stack, dengan maksimum 4 skill berbeza yang boleh digunakan. Setiap satu mempunyai keupayaan untuk STUN, KNOCKBACK dan banyak lagi.
LANCELOT
Lancelot kini kalah kepada Gusion yang sangat sesuai dalam meta semasa, jadi memang haruslah hero ini menerima revamp. Walau bagaimanapun, ia berbeza dari Freya yang menerima revamp dalam hampir semua skill yang dimilikinya. Revamp Lancelot hanya mengubah skill passive-nya di mana setiap kali Lancelot menggunakan skill dash (skill 1 atau ultimate), dia akan mendapat 1 stack yang akan meningkatkan damage-nya sebanyak 40%. Ditambah dengan efek pasif dari item Blade of Despair, damage yang diberi akan cecah hampir 100% sehingga hampir 2x damage normal.
HANZO
Hampir tidak pernah digunakan dalam Rank Match, Hanzo semakin dilupakan, terutamanya selepas meta Marksman hidup kembali. Revamp yang diberi kepada Hanzo bukanlah sesuatu yang harus dipandang rendah kerana Moonton telah meningkatkan damage yang dilakukan oleh Hanzo secara keseluruhan dan menjadikannya lebih “mobile” dan boleh bergerak di mana sahaja pemain mahu. Update ini mengubah skill 2 dan ultimate-nya. Animasi pada skill 2 apabila Hanzo tidak menggunakan skill Ultimate telah bertukar kepada batu tajam yang muncul dari tanah dan melakukan damage pada musuh secara beransur-ansur. Tetapi yang paling bagus adalah apabila Hanzo menggunakan Skill Ultimate. Dalam fasa ini, skill 2 dia lebih lama dan akan memberi lebih banyak damage. Hanzo juga boleh memilih di mana dia ingin mengakhiri Ultimate-nya, sama ada di posisi badannya atau di posisi hantunya.
Update ini masih belum disediakan di Original Server dan pemain hanya boleh kemas kini tersebut di Advanced Server. Mungkin ada lagi perubahan yang ingin Moonton bertambah. Jadi apa pendapat anda tentang revamp di atas?
Sumber – Gamebrott
@gamersantaimy
Discussion about this post