Ramai diantara pembaca kami yang meminati siri manga dan anime betul tak? Jadi sesiapa yang membaca hari ini adalah peminat Neon Genesis Evangelion? Ada berita gembira buat anda kerana lepas ini anda tidak perlu bersusah payah untuk pergi ke Jepun membeli barangan dari siri anime ini, kerana semuanya di hujung jari anda!
Neon Genesis Evangelion merupakan anime dari Jepun berkonsepkan Mecha dan disiarankan pada tahun 1995 – 1996 dari Tatsunoko Production. Mengikut perjalanan Shinji Ikari, peminat anime ini masih belum reda dan sehingga kini ianya menjadi perbualan ramai orang.
Kini, para peminat Neon Genesis Evangelion! Evangelion Store kini dibuka di Shopee gedung dalam talian yang popular di Asia Tenggara! Mengikut jejak sebelum ini adalah di Taiwan, kini Evangelion Store dibuka di Shopee Malaysia dan Singapura! Mereka menyatakan mereka akan terus memperluaskan gedung talian mereka di seluruh dunia!
Pelbagai barangan dari siri anime ini dijual di Shopee yang termasuk model kit, patung figurin aksi dan DVD/Blueray/CD anime ini pun ada! Jom kita lihat sendiri antara koleksi yang ada di Shopee ni!
Model Kit
Patung Figurin
DVD/CD/ Bluray
Jadi dibawah ini antara serba sedikit syarat dan ciri Evangelion Store;
- Merupakan kedai rasmi “The Official Japanese Evangelion Store”
- Cara penghantaran: EMS atau e-packet international
- Waktu penghantaran: 1-3minggu
- Pakej penghantaran: Dari BeeCruise Inc.
- Waktu cuti tiada penghantaran (Waktu cuti Jepun: Sabtu, Ahad dan Cuti Umum)
- Resit asli akan diberi sekali bersama penghantaran
- Harga akan ada perubahan didalam Shopee dan juga yang asal oleh kerana Cukai tersuai
Menarik tak antara barangan yang kami kongsikan diatas? Jadi kalau anda peminat tegar anime Neon Genesis Evangelion, inilah masa anda untuk membeli belah di Shopee tanpa pergi ke Jepun! Jadi klik link dibawah untuk ke EVANGELION STORE @ SHOPEE!
@gamersantaimy
Discussion about this post