Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[TGA 2019] Senua’s Saga: Hellblade 2 ialah game rasmi pertama Xbox Series X!

Dengan grafik realisme yang hampir menipu saya sendiri.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 13, 2019
in Acara, Artikel, Berita, Xbox Series X|S
0 0
0
[TGA 2019] Senua’s Saga: Hellblade 2 ialah game rasmi pertama Xbox Series X!
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam pengumuman yang mengejutkan pada awal The Game Awards 2019, bos Xbox Phil Spencer telah mendedahkan konsol next-gen Microsoft, iaitu Xbox Series X. Konsol baru Xbox ini berbentuk kiub, sangat tinggi berbanding lebarnya, dan diwarnakan sepenuhnya hitam. Spencer menjanjikan prestasi terunggul pada Series X dan untuk membuktikan apa yang dia kata, Spencer mendedahkan projek rasmi pertama untuk Xbox Series X ~ Senua’s Saga: Hellblade 2!

Ini adalah sekuel kepada Hellblade: Senua’s Sacrifice. Bagi mereka yang tidak tau, Hellblade ialah game action-adventure yang meneroka isu penyakit mental melalui kisah fantasi Celtic yang seram dan nampaknya Senua’s Saga: Hellblade 2 akan meneruskan tema ini. Trailer di bawah menampilkan Senua yang sedang bernyanyi dengan SERAM sekali, dengan fokus diberi kepada teknologi face capture Xbox Series X yang mengagumkan, serta klip gameplay pendek yang menampilkan imej-imej yang pasti menghantui mimpi anda.

Berikutan pengumuman Senua’s Saga: Hellblade 2, Xbox mengesahkan satu lagi maklumat tentang trailer baru ini. Menurut Xbox, keseluruhan trailer dirakam secara in-engine. Butiran ini telah mencerminkan betapa hebat kuasa Xbox Series X. Xbox menggambarkan pencapaian tersebut sebagai “visual bertaraf dunia” dalam resolusi 4K dan 60fps, dengan kemungkinan sehingga 120 fps atau resolusi 8K.

Maklumat lain tentang Senua’s Saga: Hellblade 2 adalah terhad buat masa ini dan satu-satunya perkara yang disahkan adalah bahawa Senua’s Saga: Hellblade 2 akan datang ke konsol Xbox Series X. Lebih banyak berita tentang Hellblade 2 akan keluar tidak lama lagi, jadi nantikan laporan baru dari saya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Senua's Saga: Hellblade 2The Game Awards 2019Xbox Series X
Previous Post

The Diamond Casino Heist akhirnya LIVE di GTA Online!

Next Post

Vivo menciptakan “Charging Cable” ISTIMEWA untuk gamers mobile!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Vivo menciptakan “Charging Cable” ISTIMEWA untuk gamers mobile!

Vivo menciptakan "Charging Cable" ISTIMEWA untuk gamers mobile!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd