Naruto Shippuden: Ultimate Ninja Storm 4 Road to Boruto akan membuat debut di Nintendo Switch pada 23 April, 2020 di Jepun dengan nilai 6,680 yen (RM255.63), dan satu DLC besar akan datang ke semua versi permainan video selepas didedahkan sendiri oleh isu terkini Weekly Jump. DLC besar terbaru ini menambah Momoshiki dan Kinshiki sebagai playable character, serta kostum era Boruto untuk 11 watak termasuk Ino-Shika-Cho.
Naruto Shippuden: Ultimate Ninja Storm 4 Road to Boruto adalah versi expansion untuk Naruto Shippuden: Ultimate Ninja Storm 4, yang merangkumi permainan video utama dan DLC baru yang dibintangi oleh Boruto sendiri dan rakan-rakannya. Ia pertama kali dilancarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, dan PC pada bulan Februari 2017.
Ciri-Ciri Utama:
- Semua kandungan Ultimate Ninja Storm 4 dalam satu edisi! – Mengandungi permainan video utama Ultimate Ninja Storm 4, tiga pack DLC dari Season Pass (Gaara’s Tale Extra Scenario Pack, Shikamaru’s Tale Extra Scenario Pack, dan Sound Four Extra Playable Character’s Pack), DLC Road to Boruto, dan semua kandungan bonus eksklusif pre-order dahulu.
- Sistem generasi baru! – Dengan pembangunan yang dibuat khusus untuk memanfaatkan kuasa PlayStation 4, Xbox One, dan PC, Road to Boruto akan membawa pemain melalui perjalanan anime yang luar biasa!
- Pilihan watak yang besar & Konoha baru! -Playable character tambahan termasuk Boruto, Sarada, Hokage Naruto, dan Sasuke (Wandering Shinobi) serta suasana baru untuk Konoha sempena zaman Boruto.
- Elemen Collection dan Challenge baru yang memanjangkan tempoh permainan.
@gamersantaimy
Discussion about this post