Permainan survival battle royale dengan fokus kepada watak-watak anime, Black Survival: Eternal Return telah mengadakan Alpha Test yang ke-4 di Steam semalam. Game ini telah dibangunkan oleh sebuah studio di Korea Selatan, bernama Nimble Neuron, selama 10 bulan yang lalu dan ia akan hampir dilancarkan untuk Early Access pada awal tahun depan. Ini mungkin Alpha Test terakhir yang akan mereka lakukan di mana 15 pemain bertemu satu sama lain di sebuah pulau dengan matlamat utama adalah untuk menjadi pemain terakhir.
Elemen yang pelik dalam permainan ini adalah mekanik “searching” dan “crafting” yang memberikan perasaan MOBA dan ini benar-benar menyerlahkan lagi kepentingan strategi. Mari kita lihat trailer di bawah:
Ciri-Ciri Utama
- Tewaskan pemain lain dalam permainan survival Battle Royale yang unik dan menarik.
- Pilih watak anime kegemaran dengan kemahiran yang unik, gaya pertempuran tersendiri, helah keji dan pelbagai pilihan senjata. Bermain sebagai polis muda Aya, pembunuh bersiri Jackie, ketua geng motor Magnus dan banyak lagi.
- Reka strategi anda sendiri dengan setiap karakter, dan senjata khusus. Bersiap sedia untuk bertarung secara dekat, secara jarak jauh, atau menyerang hendap.
- Cari dan reka alatan hidup yang membolehkan anda terus berjuang. Pastikan untuk mereka peralatan terbaik, dan juga mencari makanan dan minuma. Jangan lupa menggunakan perangkap dan kamera untuk mendapatkan kelebihan di medan pertempuran.
- Pastikan anda menjadi yang terakhir selepas menyingkirkan 14 pemain lain.
Cara-cara untuk menyertai Alpha Test
Alpha Test ke-4 akan tersedia di Steam untuk dimuat turun secara percuma hanya selama 4 hari tempoh ujian. Akan ada halaman Steam berasingan untuk ujian di bawah nama Black Survival: Eternal Return – 4th Alpha.
@gamersantaimy
Discussion about this post