Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

505 Games bekerjasama dengan Noobz Poland untuk bawa Total Tank Simulator ke Steam!

Dijangka akan keluar pada tahun 2020.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 10, 2019
in Artikel, Berita, PC, Steam
0 0
0
505 Games bekerjasama dengan Noobz Poland untuk bawa Total Tank Simulator ke Steam!
Share on FacebookShare on Twitter

Penerbit 505 Games dengan kerjasama developer indie Noobz dari Poland, akan mengeluarkan permainan pertempuran fizik bernama Total Tank Simulator di Steam untuk PC pada tahun 2020, sebagai projek debut studio ini. Mari kita tonton aksi pertempurannya di trailer berikut:

Sebuah pertempuran taktikal berasaskan fizik Perang Dunia ke-II, Total Tank Simulator mempunyai lebih daripada 50 peta dan beratus-ratus unit dan senjata bersejarah. Sebagai seorang Commander, pemain akan mengarahkan unit tentera dan menggunakan kereta kebal, pesawat, meriam dan infantri untuk melawan secara taktikal.

Tiga mode permainan akan mencabar pemain untuk menggunakan pemikiran strategik dan kreativiti mereka, iaitu Sandbox Mode, Shadow Mode (mode survival) dan Campaign Mode, dengan enam faction berbeza dalam setiap mode permainan. Pemain akan bertarung di gurun Sahara, ladang hijau Eropah, dataran salji Taiga di Rusia, dan lain-lain.

Promosi pra-pelancaran khas pada Steam untuk Total Tank Simulator membolehkan komuniti di Steam menentukan harga pelancaran permainan dengan membuat “wishlist tiers” yang unlock diskaun istimewa. Item in-game juga akan disediakan selepas setiap tier dibuka.

  • Tier 1: 50,000 wishlist – Secret Weapon atau unit Special Tactics boleh didapatkan untuk setiap faction asal.
  • Tier 2: 75,000 wishlist – Secret Weapon atau unit Special Tactic + Officer Unit + diskaun 10% pada minggu pertama pelancaran.
  • Tier 3: 150,000 wishlist – Secret Weapon atau unit Special Tactic + Officer Unit + diskaun 25% pada minggu pertama pelancaran.

Untuk maklumat lanjut mengenai Total Tank Simulator, lawati halaman Steam ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: 505 GamesNoobzsteamTotal Tank Simulator
Previous Post

Tahun 2020 tidak lama lagi! Ini adalah masa untuk anda memiliki telefon pintar HUAWEI!

Next Post

KONAMI melancarkan eFootball.Open sebuah acara eSports PES 2020 yang kini dibuka untuk pendaftaran!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
KONAMI melancarkan eFootball.Open sebuah acara eSports PES 2020 yang kini dibuka untuk pendaftaran!

KONAMI melancarkan eFootball.Open sebuah acara eSports PES 2020 yang kini dibuka untuk pendaftaran!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd