Seperti yang anda semua tahu, dan semalam kami sendiri berada di Stadium FliOil Flying V Centre untuk menyaksikan pembukaan acara SEA Games esports 2019 nampaknya bukan setakat meriah di lokasi acara, di siaran lansung yang boleh ditonton melalui dalam talian juga nampaknya tersangatlah meriah sehingga mencecah 1 Juta tontonan hanya pada hari pertama acara!!
Razer telah menyediakan pautan ke siaran lansung untuk seluruh peminat esports terutama yang ingin menyaksikan keputusan semasa acara ini. Sebagai tambahan kepada perhatian dan pengiktirafan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), permintaan yang tinggi untuk sukan di rantau ini adalah jelas dalam penonton aliran dalam talian. Razer mendapat hampir 2 juta tontonan pada hari pertama acara. Ini termasuk kira-kira 70,000 tontonan serentak.
Siaran lansung tersebut termasuk di rangkaian Facebook, Twitch dan Youtube. Dalam jangkaan Razer kemungkinan besar tontonan siaran lansung ini bakal mencecah 100 Juta penonton dalam masa pengakhiran acara ini iaitu 10 Disember nanti.
SEA Games adalah acara sukan antarabangsa sebelas negara yang disahkan oleh IOC, dan yang pertama memasukkan esport acara berdaya saing secara disiplin. Terdapat beberapa permainan video yang dipertandingkan termasuk Mobile Legends: Bang Bang, Arena of Valor, Dota 2, Starcraft II, Tekken 7 dan Hearthstone. Atlet akan bertarung untuk mencapai pingat emas pertama bagi setiap permainan!

Pada sesiapa yang berada di Filipina, anda boleh terus ke FliOil Flying V Centre untuk menyaksikan acara SEA GAMES Esports 2019 yang gempar ini dan kemasukan secara percuma kepada orang awam. Jika tidak kesampaian, sekali lagi jangan lupa untuk saksikan siaran lansung di Facebook, Twitch dan Youtube Razer.
@gamersantaimy
Discussion about this post