Setelah 4 kali percubaan, akhirnya, map ke-3 PUBG, Sanhok telah berjaya dilancarkan ke dalam live server. Mungkin, mapnya kecik, tetapi, perlawanan di antara 100 orang, sentiasa besar! Patch kali ini bukan sahaja memasukkan map Sanhok, tetapi ada sedikit peningkatan dalam bunyi, UI dan juga senjata eksklusif Sanhok, QBZ95.
Di bawah ni, aku sertakan beberapa imej yang diambil, untuk tatapan umum dan sekadar pengenalan bagi mereka yang belum mencuba Map Sanhok di Test Server, juga kepada mereka yang baru sahaja bermain:
Ini pula merupakan senjata eksklusif Sanhok, QBZ95. Ianya menggantikan SCAR-L. Dimana, di dalam map Sanhok ini, SCAR-L tidak akan muncul. QBZ95 menggunakan peluru 5.56mm dan boleh dimuatkan sehingga 30 butir peluru. Jika menggunakan extended mag, korang boleh mendapat 40 butir peluru untuk satu mag.
Dan, akhir sekali untuk posting aku kali ini, PUBG menghargai kepada semua pemain, mereka mengadakan diskaun buat pertama kali di Steam. Promosi sehingga 6 Julai. Bagi aku, diskaun yang dikenakan agak tinggi, iaitu 33%. Berasal dari harga MYR 74.99, sekarang, sehingga 6 Julai, korang boleh dapatkan PUBG dengan harga MYR 50.24. Jadi, kepada mereka yang belum lagi membeli, apa lagi, jom, join askar PUBG dan rasakan sendiri pengalaman Battle Royale yang sebenar.
@gamersantaimy
Discussion about this post