Ramai peminat tidak tahu bahawa kebanyakkan watak One Piece sebenarnya diilhamkan oleh lanun sebenar. Eiichiro Oda telah melukis beberapa watak berdasarkan individu-individu sebenar dan kebanyakannya adalah lanun. Banyak penyelidikan telah dilakukan, dan Oda telah menggunakan kemahirannya untuk menghidupkan watak-watak legenda ini di dalam One Piece. Dalam artikel kali ini, kita akan melihat 10 watak One Piece yang diilhamkan oleh lanun sebenar.
Marshall D. Teach (Blackbeard)
Marshall D. Teach atau Blackbeard, adalah kapten kepada Blackbeard Pirates dan juga ahli Yonko terbaru. Dia menjadi Yonko selepas mengalahkan sisa-sisa Whitebeard Pirates dan sebenarnya diilhamkan oleh lanun terkenal, yang nama sebenarnya juga ialah Blackbeard.
Walau bagaimanapun, nama sebenar lanun Blackbeard adalah Edward Teach. Jadi, Oda menggunakan nama terakhir untuk wataknya dalam One Piece. Ini menghasilkan Marshall D. Teach!
Roronoa Zoro
Salah seorang daripada Worst Generation, Roronoa Zoro adalah antara watak paling popular dalam siri. Zoro ialah orang pertama yang menyertai Luffy dalam pengembaraannya untuk menjadi Pirate King dan di samping itu, mempunyai impian untuk mencapai gelaran ‘World’s Strongest Swordsman.’
Agak mengejutkan, Zoro juga diilhamkan oleh lanun sebenar bernama François l’Olonnais di mana sebutan Roronoa Zoro dalam bahasa Jepun membentuk watak terkenal ini. François l’Olonnais adalah seorang lanun yang terkenal dan hidup semasa era 1660-an.
Charlotte Linlin (Big Mom)

Charlotte Linlin adalah kapten kepada Big Mom Pirates dan lebih dikenali sebagai Big Mom. Charlotte ialah bekas ahli Rocks Pirates, yang merupakan salah satu krew terkuat dalam sejarah One Piece dan memiliki kebolehan Soru Soru no Mi, yang membolehkannya mengambil roh orang lain.
Dia mempunyai bounty lebih daripada 4 billion beris dan mampu menggunakan ketiga-tiga jenis Haki. Nama dia telah diambil dari dua lanun sebenar. Yang pertama adalah Charlotte de Berry, seorang lanun dari England dan yang kedua ialah Charlotte Badger.
Jewelry Bonney
Jewelry Bonney adalah salah satu ahli Worst Generation dan ketua kepada Bonney Pirates. Devil Fruit-nya membolehkan Bonney untuk mengubah usia seseorang yang dia sentuh tetapi nama dan kuasa sebenar Devil Fruit ini masih belum dijelas. Bonney juga telah diilhamkan oleh lanun sebenar yang bernama Anne Bonney.
Anne Bonney adalah seorang lanun wanita terkenal yang sangat aktif pada abad ke-18. Dia dilahirkan sebagai seorang bangsawan, tetapi memutuskan untuk menjadi seorang lanun.
Edward Newgate (Whitebeard)
Seorang bekas Yonko, Edward Newgate dikenali di seluruh dunia sebagai Whitebeard. Dia dianggap sebagai manusia paling kuat di dunia dan dipanggil “King of Seas,” oleh Monkey D. Garp. Tidak boleh dinafikan bahawa Whitebeard adalah antara watak paling kuat sehingga kematiannya.
Salah satu sebab utama di sebalik kekuatannya ialah Devil Fruit miliknya. Dia mempunyai Gura Gura no Mi, yang membolehkannya menghasilkan gempa bumi. Nama pertama Whitebeard (Edward) telah diambil dari Edward Teach a.k.a Blackbeard. Edward Lowe adalah satu lagi lanun terkenal yang mengilhamkan Oda untuk mencipta watak Whitebeard.
Lafitte
Lafitte adalah salah satu daripada orang yang paling dipercayai oleh Blackbeard. Asalnya, dia ialah seorang sheriff di sebuah bandar di West Blue, tetapi dia dipenjarakan kerana terlalu ganas. Selepas itu, Lafitte membuat keputusan untuk menyertai Blackbeard Pirates.
Pada masa ini, dia adalah kapten untuk kapal kelima Blackbeard Pirates. Lafitte telah diilhamkan oleh Jean Lafitte, yang pernah menjadi pelindung undang-undang pada satu ketika dalam hidupnya. Walau bagaimanapun, dia tidak dapat menahan nafsunya untuk aksi dan wang, jadi dia memilih untuk menjadi lanun. Jean Lafitte telah aktif pada tahun 1800-an.
Eustass Kid
Eustass Kid adalah antara lanun Worst Generation paling terkenal dalam siri. Eustass Kid ialah kapten Kid Pirates dan dia adalah antara lanun terkuat dalam generasi Luffy.
Kid berjaya mencederakan seorang Sweet Commander daripada Big Mom Pirates . Pertarungan itu tidak dilihat, jadi tidak ada banyak maklumat tentangnya. Nama pertama Kid (Eustass) telah diambil dari Eustace the Monk, yang merupakan seorang lanun Perancis yang dikenal sebagai tentera upahan manakala nama Kid diilhamkan oleh seorang lanun Scotland yang dikenali sebagai William Kidd.
Basil Hawkins
Basil Hawkins adalah kapten Hawkins Pirates. Selepas time skip, dia membentuk satu alliance bersama Eustass Kid dan Scratchmen Apoo untuk mengalahkan Shanks. Tidak lama kemudian, Hawkins menyertai Kaido dan menjadi antara lanun pangkat tinggi di Beasts Pirates. Basil Hawkins memiliki Wara Wara no Mi, yang membolehkannya mengawal jerami. Devil Fruit ini mempunyai keupayaan unik untuk membuat anak patung dan menyimpannya di dalam tubuh Hawkins.
Anak patung ini mewakili seorang individu dan jika pengguna diserang, kerosakan akan dipindahkan kepada anak patung. Nama Basil telah diambil dari lanun sebenar yang bernama Basil Ringrose. Beliau terkenal sebagai seorang lanun yang juga pandai mengarang. Nama Hawkins pula diambil dari lanun lain bernama John Hawkins, yang terkenal dengan kemahiran navigasinya.
Silvers Rayleigh
First-mate di Roger Pirates ialah watak One Piece seterusnya dalam senarai. Pada masa dahulu, Silvers Rayleigh ialah sebahagian daripada kru paling kuat yang pernah berlayar di Grand Line. Walaupun tidak memiliki kuasa Devil Fruit, Rayleigh dianggap sebagai salah satu watak terkuat dalam siri.
Walaupun usia Rayleigh bertambah tua sekarang, tetapi dia masih mampu menentang Navy Admiral. Rayleigh diilhamkan oleh dua orang individu. Yang pertama ialah Sir Walter Raleigh, yang terkenal dengan usahanya untuk membawa penggunaan tembakau ke arus perdana, dan yang kedua ialah Long John Silver, watak fiksyen dari cerita Treasure Island.
X-Drake
X-Drake adalah antara pahlawan utama di Beasts Pirates dan merupakan salah satu daripada Flying Six, yang merupakan enam orang paling kuat di krew tersebut. Selain itu, X-Drake memiliki Mythical Zoan Devil Fruit bernama Ryu Ryu no Mi berdasarkan Allosaurus.
Dia mengawal Devil Fruit-nya dengan baik dan juga berupaya menggunakan Armament Haki. X-Drake diilhamkan oleh Sir Francis Drake, yang merupakan seorang lanun dan penjelajah Inggeris pada era Elizabeth.
@gamersantaimy
Discussion about this post