Tidak kisah suka atau benci, setiap tahun pasti akan ada anime harem yang keluar. Bagi mereka yang tidak tahu, anime harem bermaksud apabila seorang lelaki muda menjadi fokus utama kepada beberapa gadis yang menarik dan cantik. Kemudian, protagonis lelaki itu harus menghadapi dugaan-dugaan cinta yang datang daripada situasi ini!
Anime harem adalah genre yang luas dan mendalam dan boleh dipecahkan kepada banyak bahagian. Tetapi ini tidak bermaksud, anime harem tidak mempunyai formula yang sama. Sama seperti anime shonen, pasti akan ada CLICHE-CLICHE sama yang berlaku dalam setiap anime harem. Perkara-perkara tersebut akan kita bincangkan di bawah, agar ramai di luar sana boleh tahu perkara paling menjengkelkan dalam anime harem! Mari kita mulakan.
Tiada Kemajuan dalam Kisah Cinta Protagonis
Setiap kemajuan cinta dihapuskan agar protagonis sentiasa dalam keadaan harus memilih siapakah cinta sejatinya daripada barisan wanita yang meminatinya. Adakah mereka akan bersama? Adakah mereka akan bersatu? Ini bukan salah penulis cerita. Ia hanya sifat sebuah anime harem. Jika ada perubahan besar yang berlaku, ia mengancam untuk menamatkan manga atau anime terlebih awal dan memberi masalah yang besar kepada editor dan syarikat penerbitan. Sesetengah anime harem telah berjaya membuat perubahan ketara pada jalan cerita, tetapi ia bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan.
Hubungan Cinta bersama Adik Kandung Sendiri, Sepupu, atau Saudara
Satu topik yang memang TABOO. Anime harem kadang-kala akan membuat salah satu daripada ahli keluarga menjadi antara wanita yang mencintai protagonis. Lama-kelamaan, tumpuan utama diberi kepada protagonis jika dia berjaya menjadikan adik atau kakak perempuannya menjadi kekasih. Pelik kan? Sepupu, adik perempuan, dan juga ibu (bertalian darah atau tidak) adalah antara calon kekasih untuk protagonis tambah di dalam harem peribadinya dan tiada yang terkecuali.
Protagonis tidak pernah memberi Jawapan Muktamad
Ia adalah penamat yang tidak diingini tetapi anime harem jarang mendapat kesimpulan dalam jalan cerita mereka. Daripada menamatkan sebuah kisah romantik, mereka hanya mengelak daripada memberi kita kesimpulan. Satu episod klimaks terakhir akan berlangsung, dan gambaran yang diberi ialah seperti sesuatu keputusan akan dibuat, tetapi akhirnya jalan cerita akan berulang dari awal dengan protagonis masih sukar membuat keputusan. Peminat hanya boleh berdoa bahawa anime atau manga harem tersebut dapat penamatnya sebelum ia dibatalkan.
Situasi Jatuh yang Rawak & Memalukan
Pada permulaan, ia mungkin sedikit lucu, tapi lama-kelamaan, ia menjadi semakin bosan. Anime harem sentiasa mengabaikan fizik normal untuk membuat protagonis terjatuh ke dalam situasi yang memalukan bersama salah satu peminatnya. Masalahnya adalah situasi ini makin lama menjadi hambar. Terlalu banyak cara untuk seseorang jatuh ke posisi yang menghairahkan sebelum keadaan menjadi meletihkan. Sebarang sketsa komedi akhirnya gagal untuk membuat penonton ketawa dan saya rasa ramai setuju bahawa ada banyak cara lain yang lebih baik untuk menyampaikan komedi mereka ke dalam siri.
Protagonis yang tiada Karisma & Membosankan
Sekiranya anda kerap mengikuti anime harem, kebanyakkan watak protagonis sebenarnya memiliki banyak ciri-ciri yang sama. Mereka bukan sahaja memilik rupa yang sama, malah mempunyai gaya rambut serabai yang sama, warna kulit yang sama, dan daya tarikan mereka yang tiada karisma. Perkara ini dibuktikan lagi dengan personaliti membosankan yang sama. Ini sebenarnya adalah untuk memberi penonton sebuah perasaan puas hati seperti mereka yang sedang hidup dalam harem tersebut. Sering digambarkan sebagai tipikal dan menyedihkan, protagonis harem boleh jatuh kepada dua kategori: pelik atau lurus bendul.
@gamersantaimy
Discussion about this post