Sebuah permainan yang menjadi kegilaan suatu ketika dahulu, pergi sahaja kafe siber ramai sahaja yang bermain permainan Half-Life. Nampaknya setelah berbelas tahun berlalu, pihak pemaju permainan Valve telah membuat pengumuman melalui Twitter mereka bahawa francais Half-Life nampaknya akan diteruskan dengan pelancaran permainan terbaru mereka yang menjadi bualan ramai orang sejak dua menjak ini. Sebelum ini kami turut pernah mengongsikan beberapa projek mengenai Half-Life yang terbaru. Nampaknya bualan bukan menjadi sia-sia, Valve mendedahkan di Twitter mereka bahawa Half-Life: Alyx sebuah permainan VR (Virtual Reality) akan hadir!
We’re excited to unveil Half-Life: Alyx, our flagship VR game, this Thursday at 10am Pacific Time.
Can’t wait to share it with all of you! pic.twitter.com/BupFCxSrTw
— Valve (@valvesoftware) November 18, 2019
“Kami teruja untuk mengumumkan Half-Life: Alyx, permainan VR utama kami, Khamis ini pada 10 pagi Waktu Pasifik. Tidak sabar untuk berkongsi dengan anda semua!’
Walaupun masih tidak banyak informasi yang dapat kami kongsikan dari pengumuman ini, kita nantikan sahaja pegumuman selebihnya dari Valve yang sudah pastinya akan memaparkan leih maklumat tidak lama lagi dengan butiran lanjut pada Khamis 19 November , 10am (waktu Pasifik).
Pada yang masih tidak tahu mengenai permainan ini, Half-Life merupakan permainan penembak pandangan pertama (FPS) yang diterbitkan dan dimajukan oleh Valve. Pratagonis asal dalam Half-Life adalah Gordon Freeman, seorang ahli fizik yang berjuang dengan pencerobohan makhluk asing. Half-Life (1998) dan Half-Life 2 (2004) adalah permainan yang panjang, sementara Half-Life 2: Episode One (2006) dan Half-Life 2: Episode Two (2007) adalah permainan yang lebih pendek dan episodik. Episod ketiga, Half-Life 2: Episod Three, dijadualkan untuk dilepaskan oleh Krismas 2007, tetapi kini digambarkan sebagai vaporware. Dan yang terkini, Valve mengumumkan permainan VR, Half-Life: Alyx, pada November 2019.
Jadi, rasanya permainan Half-Life: Alyx hanya akan menumpu kepada watak Alyx Vance yang turut berada dalam Half-Life 2 ataupun menjadi spekulasi lain. Tetapi jangan risau, tidak lama sahaja lagi Valve akan secara rasmi kemasukan francais terbaru ini, dan hari ini merupakan ulangtahun ke-21 sejak pelepasan asal Half-Life dan sudah 15 tahun berlalu sejak sekuel terakhir yang hadir.
Jadi memang ternyata ramai peminat menantikanya! Sama ada permainan VR ini akan menjadi sekuel baru atau jalan penceritaan yang terbaru, kita nantikan pengumuman dari Valve Khamis ini!
Sumber: Kotaku
@gamersantaimy
Discussion about this post