Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

MSI Prestige N16 Flip AI+ Tiba Di Malaysia – Laptop 2-in-1 Berkuasa RTX Spark Boleh Pra-Tempah Bermula RM19,699

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 9, 2026
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Teknologi
0 0
0
MSI Prestige N16 Flip AI+ Tiba Di Malaysia – Laptop 2-in-1 Berkuasa RTX Spark Boleh Pra-Tempah Bermula RM19,699
Share on FacebookShare on Twitter

MSI membuka pra-tempahan rasmi untuk Prestige N16 Flip AI+ di Malaysia, membawakan platform terbaharu NVIDIA RTX Spark kepada pengguna tempatan. Pra-tempahan ini dibuka sehingga 23 Oktober 2026 melalui e-store rasmi MSI dan rakan pengedar sah.

Laptop ini merupakan peranti 2-in-1 convertible pertama di pasaran yang dibina khas untuk menjalankan model AI pada peranti tanpa perlu bergantung kepada servis cloud.

Pembeli ditawarkan dua pilihan spesifikasi. Model asas (C1XMT-212MY) berharga RM19,699 dan hadir dengan 64GB unified memory, 1TB SSD PCIe Gen4, serta skrin sentuh 16 inci 2.8K 120Hz OLED.

Untuk pembangun dan golongan profesional yang menguruskan set data tempatan besar, varian (C1XMT-211MY) dijual pada harga RM30,699. Versi ini menawarkan memori lebih besar iaitu 128GB, storan 2TB SSD, dan skrin yang dinaik taraf kepada 16 inci UHD+ Tandem OLED.

Pelanggan yang membuat pra-tempahan dalam tempoh ini akan menerima pakej Early Bird bernilai RM1,220.

Pakej ini merangkumi naik taraf MSI Care Plus (iaitu tambahan setahun waranti di atas jaminan on-site tiga tahun sedia ada, serta perlindungan Accidental Damage Protection) bersama 128GB MSI Dual Drive percuma untuk storan mudah alih.

Perbezaan utama laptop ini berbanding laptop biasa terletak pada pemprosesnya. Ia dikuasakan oleh cip super NVIDIA RTX Spark N1X berasaskan seni bina ARM, yang menggabungkan 20-core Grace CPU dan 6,144-teras Blackwell RTX GPU untuk memberikan prestasi AI sehingga 1 petaflop (FP4) pada sistem Windows 11 Pro.

Daripada mengasingkan RAM sistem dan VRAM grafik seperti laptop biasa, RTX Spark berkongsi sehingga 128GB memori berkelajuan tinggi antara CPU dan GPU. Seni bina unified memory ini menyelesaikan masalah had memori yang sering berlaku semasa kerja kreatif dan teknikal.

Pengguna boleh menjalankan model bahasa besar dan ejen AI peribadi terus pada laptop tanpa perlu membayar yuran langganan servis cloud berulang kali atau mendedahkan data sensitif ke internet.

Kapasiti memori yang besar ini juga membolehkan pereka animasi 3D dan penyunting video memuatkan fail projek sehingga 90GB serentak bersama aplikasi berat lain. Sokongan penuh untuk NVIDIA CUDA, ray tracing, dan DLSS pula memastikan ia serasi lancar dengan pelbagai perisian kreatif utama serta permainan video.

Walaupun kebanyakan laptop awal yang menggunakan cip RTX Spark hadir dengan rekaan biasa, MSI memilih rekaan engsel boleh lipat 360 darjah. Ini membolehkan pengguna bertukar antara mod laptop biasa untuk menaip, mod tent untuk pembentangan, atau mod tablet untuk melakar.

Skrin sentuh 16 inci dengan nisbah 16:10 ini menggunakan panel OLED dengan variable refresh rate antara 30 hingga 120Hz, liputan warna 100% DCI-P3, serta pengesahan Calman. Pada model mercu UHD+, panel Tandem OLED boleh mencapai kecerahan puncak melebihi 1,000 nits dengan pensijilan VESA DisplayHDR True Black 1000.

MSI turut menyertakan stylus MSI Nano Pen di dalam kotak tanpa caj tambahan. Stylus ini boleh disimpan dan dicas di dalam ruang khas di bawah bahagian depan kerangka laptop, jadi ia sentiasa sedia digunakan untuk mencatat nota atau melakar.

Walaupun menawarkan prestasi setaraf komputer workstation, laptop ini mudah dibawa ke mana-mana. Beratnya ialah 1.9 kg dengan ketebalan antara 13.9 mm hingga 16.9 mm, serta dimuatkan dengan bateri 99.9Wh; iaitu had kapasiti maksimum yang dibenarkan masuk ke dalam kabin kapal terbang komersial.

Pengecasan pantas disokong melalui pengecas 140W USB-C Power Delivery 3.1.

Pilihan port sambungan juga praktikal untuk kerja seharian. Ia menyediakan dua port USB4 Type-C yang menyokong Thunderbolt 4, dua port USB 3.2 Gen 2 Type-A, satu port HDMI 2.1 saiz penuh yang menyokong monitor luaran sehingga 8K, pembaca kad SD (SD card reader), dan bicu audio 3.5mm.

Sambungan tanpa wayar dikuasakan oleh Wi-Fi 7 dan Bluetooth 5.4. Spesifikasinya turut dilengkapkan dengan sistem empat pembesar suara, pad sesentuh kaca yang 53% lebih besar dengan sokongan pintasan gerak isyarat, serta kamera web inframerah 1080p bersama penutup privasi fizikal.

Pra-tempahan dibuka melalui MSI Official e-Store dan rakan pengedar sah di seluruh negara. Maklumat lanjut serta spesifikasi penuh produk boleh didapati di laman produk MSI Malaysia.

Tags: MSI Prestige N16 Flip AI+
ShareTweetSend
Previous Post

Square Enix Bawa Semula Label Indie Dengan Action-RPG ‘Vaultbreakers’, Demo Percuma Ada Di Steam Sekarang

Next Post

Reviu Nivalis Nights – Dunia Cyberpunk Jadi Simulator Kedai Ramen

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Reviu Nivalis Nights – Dunia Cyberpunk Jadi Simulator Kedai Ramen

Reviu Nivalis Nights - Dunia Cyberpunk Jadi Simulator Kedai Ramen

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd