Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Square Enix Bawa Semula Label Indie Dengan Action-RPG ‘Vaultbreakers’, Demo Percuma Ada Di Steam Sekarang

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 9, 2026
in Action, Artikel, Berita, Demo, PC, RPG, Steam
0 0
0
Square Enix Bawa Semula Label Indie Dengan Action-RPG ‘Vaultbreakers’, Demo Percuma Ada Di Steam Sekarang
Share on FacebookShare on Twitter

Studio BetaDwarf dari Denmark (pembangun game Minion Masters dan Forced) telah rasmi bekerjasama dengan Square Enix untuk menerbitkan Vaultbreakers, sebuah game top-down extraction action-RPG. Bersama pengumuman ini, demo percuma game ini juga dilancarkan di Steam dan boleh dimuat turun sekarang.

Kerjasama ini menandakan kepulangan rasmi Square Enix Collective. Divisyen khas dari Jepun ini bertanggungjawab membiayai dan menerbitkan game indie yang berpotensi, sambil membiarkan pihak pembangun mengekalkan kawalan kreatif sepenuhnya ke atas game mereka.

Vaultbreakers menggabungkan aksi combat pantas gaya brawler dengan mekanik extraction. Ceritanya berlatarkan dunia fantasi yang diancam sebuah pulau terapung bernama Dragonvault, di mana banyak vault telah jatuh ke tanah.

Pemain akan bermain sebagai Champions (dikenali sebagai Vaultbreakers) yang ditugaskan untuk pecahkan vault ini, kalahkan boss yang menjaganya, ambil relik purba, dan extract keluar dengan selamat.

Anda boleh main secara solo atau masuk bertiga bersama rakan dalam mod three-player co-op. Selepas setiap ekspedisi, pemain boleh naik taraf home base, buka pelbagai perk, dan aktifkan relik untuk sesuaikan gaya bermain masing-masing.

Pemain PC boleh muat turun demo ini di Steam sekarang. Versi percubaan menawarkan sehingga tujuh jam gameplay PvE dengan dua pilihan tahap kesukaran, merangkumi sebahagian kawasan peta pertama iaitu Wolfswood. Misi dalam demo ini akan bawa anda ke cabaran memecahkan Vault pertama dan berlawan dengan boss.

Demo ini ada dua Champions yang boleh dimainkan: Nymera, seorang Elf ranger yang lincah dan fokus pada serangan jarak jauh, serta Bjornir, pahlawan frontline yang tahan lasak dengan serangan ais dan kebolehan crowd-control.

Masa yang anda guna untuk grinding tidak akan rugi, kerana Legacy Points dan ganjaran akaun daripada demo ini akan dibawa ke game penuh nanti.

Walaupun demo sekarang cuma ada mod co-op PvE, game penuh nanti akan ada mod ekspedisi PvPvE. Dalam mod ini, pasukan anda bukan sahaja kena lawan raksasa, tapi kena bersaing juga dengan skuad pemain lain untuk rebut loot.

Kalau suka mod kompetitif, anda tidak perlu tunggu lama. BetaDwarf akan jalankan Alpha PvPvE Playtest bermula 15 Oktober 2026 pada jam 4:00 petang sehingga 21 Oktober 2026.

Sesi ujian ini akan buka baki tiga lagi Champions untuk cukupkan barisan lima wira penuh, dan semua progress daripada demo anda akan dibawa terus ke dalam playtest ini.

Tags: DemoVaultbreakers
ShareTweetSend
Previous Post

Filem Prekuel Gundam SEED FREEDOM ZERO Akan Tayang Seawal Januari 2027 – Info Baru

Next Post

MSI Prestige N16 Flip AI+ Tiba Di Malaysia – Laptop 2-in-1 Berkuasa RTX Spark Boleh Pra-Tempah Bermula RM19,699

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
MSI Prestige N16 Flip AI+ Tiba Di Malaysia – Laptop 2-in-1 Berkuasa RTX Spark Boleh Pra-Tempah Bermula RM19,699

MSI Prestige N16 Flip AI+ Tiba Di Malaysia - Laptop 2-in-1 Berkuasa RTX Spark Boleh Pra-Tempah Bermula RM19,699

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd