Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Monster Hunter Rise Masuk Mobile Melalui Netflix – Malaysia Antara Yang Terawal Dapat Main

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 8, 2026
in Action, Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, RPG
0 0
0
Monster Hunter Rise Masuk Mobile Melalui Netflix – Malaysia Antara Yang Terawal Dapat Main
Share on FacebookShare on Twitter

Game aksi-RPG popular Monster Hunter Rise oleh Capcom senyap-senyap keluar di mobile (iOS dan Android) melalui Netflix Games. Berita baik untuk warga lokal, Malaysia adalah antara beberapa negara terpilih untuk fasa awal soft launch ini.

Game ini sudah terjual lebih 20 juta unit di PC dan konsol sejak keluar di Nintendo Switch pada tahun 2021. Sekarang, sesiapa saja di Malaysia yang ada langganan aktif Netflix boleh terus main. Anda tidak perlu bayar apa-apa caj tambahan, tiada iklan dalam game, dan tiada microtransaction.

Game ini bukan guna servis cloud streaming yang perlukan internet laju sepanjang masa. Sebaliknya, ia berjalan secara native terus guna cip telefon anda sendiri. Disebabkan semua fail disimpan terus dalam peranti, anda kena kosongkan storan telefon siap-siap. Muat turun awal dari aplikasi memang kecil, tapi anda kena muat turun data tambahan sekitar 8 GB hingga 9 GB selepas buka game itu.

Nak bawa game konsol yang berat macam ini ke skrin sentuh telefon memang bukan kerja mudah, tapi Capcom sudah ubah suai sistem touch control dari awal. Butang di skrin akan berubah secara automatik ikut 14 jenis senjata yang anda sedang guna.

Untuk elak pemain kelam-kabut bila tekan skrin, pihak pembangun tambah satu butang baru iaitu Recovery Button. Anda tidak perlu lagi kalut cari barang dalam item pouch semasa raksasa sedang menyerang. Cukup tekan butang ini sekali, ia akan pilih dan guna sendiri ubat atau penawar yang paling sesuai dalam beg ikut baki nyawa dan kesan negatif watak anda.

Selain kawalan baru, pelbagai event quest dan challenge quest yang dulu dijual sebagai paid DLC atau misi masa terhad di konsol juga diberikan secara percuma. Misi-misi ini akan terbuka sendiri bila anda makin maju dalam jalan cerita. Cara main asalnya langsung tidak berubah — pemain masih boleh berayun guna Wirebugs, tunggang Palamute, dan ajak kawan memburu sama-sama dalam mod online co-op sehingga empat orang pemain.

Tapi, ada beberapa perkara yang anda perlu tahu. Versi ini cuma ada base game sahaja buat masa ini, jadi expansion besar seperti Sunbreak belum ada lagi. Kualiti grafik juga diturunkan sedikit supaya telefon tidak cepat panas dan bateri tidak cepat habis, dengan prestasi game dihadkan pada 30FPS.

Pemain di Malaysia boleh muat turun game ini sekarang dengan mencari Monster Hunter Rise di Apple App Store atau Google Play Store, log masuk guna akaun Netflix, dan terus mula main.

Tags: MobileMonster Hunter Rise
ShareTweetSend
Previous Post

Marvel Rivals Season 10.5 Tiba 9 Oktober – Ada Battle Thanos 50 Pemain, Mod Infinity War 2v2, dan Event Halloween

Next Post

SEGA Bawa SONIC 35th Official Fan Meeting Tour Ke Kuala Lumpur – Kemasukan Percuma

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
SEGA Bawa SONIC 35th Official Fan Meeting Tour Ke Kuala Lumpur – Kemasukan Percuma

SEGA Bawa SONIC 35th Official Fan Meeting Tour Ke Kuala Lumpur - Kemasukan Percuma

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd