Klip video untuk satu projek yang belum diumumkan, dengan nama kod Marvel Project Comet, telah bocor di internet.
Khususnya, rrakaman ini menunjukkan sebuah game superhero action RPG jenis third-person yang katanya adalah free-to-play. Video yang bocor tersebut menunjuk sistem combat, mod co-op empat pemain, dan susunan butang touch-screen yang sangat biasa dilihat dalam game mobile popular lain seperti Genshin Impact atau Wuthering Waves.
Klip selama seminit setengah ini asalnya keluar di Bilibili, sebelum tersebar ke TikTok, YouTube, dan X. Pengguna @SargeOP telah kongsikan video itu bersama maklumat pengambilan pekerja di studio terbabit baru-baru ini.

Trailer ini bermula dengan splash screen yang menggambarkan projek sebagai “next-gen mobile ARPG.” Kisahnya bermula lepas satu pertarungan besar lawan Galactus, di mana kumpulan Fantastic Four tiba-tiba hilang dan wira-wira lain terpaksa masuk campur untuk lindungi dunia.
Dari segi visual, game ini guna gaya buku komik, macam visual Marvel Rivals. Trailer ini juga tunjuk watak-watak, memaparkan animasi combat untuk Spider-Man, Wolverine, Doctor Strange, Scarlet Witch, Black Widow, Elektra, dan War Machine.

Lepas itu, video beralih ke aksi combat real-time third-person yang dibuat khas untuk mod co-op empat pemain. Watak-watak dilihat menyambung kombo, guna abiliti mereka, dan lepaskan skil ultimate bersifat sinematik. Susunan butang touchscreen (lengkap dengan virtual joystick dan butang skil) jelas tunjuk peranti mobile memang sasaran utama game ini. Video itu tamat selepas menunjukkan aksi lawan bos dengan penjahat X-Men iaitu Blob, manakala maklumat bocor lain turut mengacah watak lain seperti Punisher dan Silver Samurai akan muncul.

Siapa yang membangunkannya? Semua bukti setakat ini tuju kepada Scopely, studio di sebalik Monopoly GO! dan game turn-based popular Marvel Strike Force. Iklan kerja kosong studio itu baru-baru ini ada sebut mereka cari pekerja untuk “projek AAA belum diumumkan bersama IP popular,” yang memang kena dengan gameplay bocor ini. Laporan terkini beritahu game ini sedang dibuat untuk platform mobile (iOS dan Android) serta PC, lengkap dengan sokongan crossplay.

Dari segi cara game ini buat duit pula, Project Comet nampaknya ialah sebuah game gacha. Pemain kena kumpul in-game currency untuk buat pull watak-watak yang diasingkan ikut tahap rarity berbeza. Walaupun game gacha bajet besar dari studio Barat jarang ada, Scopely nampaknya mahu masuk ke pasaran yang selama ini dikuasai pembangun Asia.
Oleh sebab Marvel umum Project Comet secara rasmi, tarikh atau waktu pelancaran masih belum disahkan buat masa sekarang.









Discussion about this post