Remedy Entertainment telah mengeluarkan launch trailer untuk CONTROL Resonant, yang memberikan gambaran terakhir tentang aksi yang bakal dibawakan sebelum pelancarannya pada 24 September 2026.
Diiringi lagu rock klasik The Cardigans, “My Favourite Game,” trailer di atas menunjukkan gameplay pantas dan lebih berfokuskan combat melee dalam game. Beralih daripada kisah Jesse Faden di Oldest House, sekuel ini meletakkan pemain di tempat adiknya, Dylan Faden. Berbekalkan kuasa telekinetik dan senjata paranatural yang boleh bertukar bentuk yang dikenali sebagai Aberrant, Dylan perlu meredah kota Manhattan yang huru-hara akibat gangguan realiti sambil melawan ancaman kosmik serta boss gergasi.
Bagi para gamer yang sedang membuat pilihan antara versi digital dan fizikal, jadual pelancarannya dibahagikan kepada dua tarikh berbeza.
Versi digital akan tiba terlebih dahulu pada 24 September, secara serentak di PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam serta Epic Games Store.
Jika anda lebih suka menyimpan cakera sebagai koleksi di rak, versi fizikal untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X akan tiba beberapa minggu kemudian pada 15 Oktober 2026.

Pemain yang pre-order untuk mana-mana edisi akan menerima Pickpocket’s Tool Artifact dan Hiss Corruption Outfit untuk Dylan, manakala pemain PlayStation turut mendapat pakaian eksklusif, Occult Outfit.
Bagi yang memilih Digital Deluxe Edition, anda akan menerima beberapa item ekstra dalam game, termasuk AWE Mission Outfit, artifak eksklusif Untapped Artifact (Wallet), dan Starter Resource Bundle, selain artbook digital serta original soundtrack rasmi. Paling menarik, pembeli edisi Deluxe di PlayStation 5 akan mendapat akses awal selama 48 jam, membolehkan mereka mula bermain seawal 22 September.

Untuk pengumpul edisi fizikal, SteelBook Edition akan dikeluarkan bersama versi fizikal biasa pada 15 Oktober. Edisi ini mempunyai cakera base game yang dimuatkan dalam bekas SteelBook, tiga keping cetakan seni, serta poster key art dua sisi.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.









Discussion about this post