15 tahun selepas menetapkan penanda aras bagi genre real-time strategy bertemakan sejarah, Total War: SHOGUN 2 telah menerima nafas baharu untuk era moden. SEGA dan pembangun Creative Assembly telah mengumumkan bahawa Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition akan dilancarkan di PC pada 13 Oktober 2026.
Dibangunkan bersama studio MATABOO, pakej ini menggabungkan base game dan semua expansion utama, lengkap dengan pelbagai peningkatan visual, teknikal, serta gameplay.
Complete Edition ini menyelesaikan pelbagai isu teknikal lama dengan beralih kepada engine 64-bit. Langkah ini memberikan ruang memori yang lebih besar untuk PC moden, sekali gus menghapuskan masalah stutter dan crash yang sering berlaku apabila ribuan samurai bertembung di pintu gerbang istana.
Paparan visual turut dinaik taraf dengan sokongan 1440p dan 4K UI scaling, memastikan unit card, teks, dan peta taktikal nampak tajam dan mudah dibaca, di samping sokongan untuk ultrawide monitor.

Selain pembetulan resolusi, game ini menerima “texture” yang dipertingkatkan, pencahayaan yang diolah semula, butiran bayang-bayang yang lebih kemas, serta kawalan kamera dan combat yang lebih moden.
Pemain turut diberikan tetapan untuk masalah buta warna dan integrasi Mod.io bagi memudahkan carian serta pemasangan community mods di dalam game.

Dari segi kandungan, Complete Edition merangkumi tiga era standalone berbeza yang menjangkau lebih 700 tahun sejarah ketenteraan Jepun.
Pemain boleh meneroka Perang Genpei pada tahun 1175 menerusi Rise of the Samurai, berjuang untuk menjadi Shogun semasa era Sengoku Jidai dalam base campaign, atau beralih ke era perindustrian abad ke-19 melalui Perang Boshin dalam Fall of the Samurai; di mana unit berpedang tradisional bertembung dengan senapang Gatling, artileri Armstrong, dan kapal perang berperisai besi.

Kejutan terbesar dari segi gameplay ialah penambahan lebih 50 minor faction baharu yang sekarang boleh dimainkan. Ini memberikan berpuluh-puluh pilihan posisi permulaan baharu serta pelbagai senario diplomasi untuk dikuasai. Mod multiplayer iaitu Avatar Conquest, bersama co-op campaign dan custom battle, turut dikekalkan.

SEGA dan Creative Assembly turut menawarkan tawaran kepada pemilik sedia ada. Sekiranya sudah memiliki Total War: SHOGUN 2 di Steam, akaun anda akan menerima kesemua pek legacy DLC original secara percuma, kecuali Blood Pack disebabkan kekangan had umur.
Pemilik sedia ada juga layak menerima diskaun eksklusif sebanyak 75% untuk tempoh terhad bagi menaik taraf ke Complete Edition. Selain itu, sesiapa yang membeli Complete Edition di Steam akan turut menerima versi original keluaran 2011 berserta legacy add-on.
Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition akan dilancarkan pada 13 Oktober 2026 di Steam, Epic Games Store, dan Microsoft Store. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.









Discussion about this post