Remedy Entertainment menampilkan trailer baharu untuk supernatural action RPG yang dinanti-nantikan CONTROL Resonant, bersempena acara gamescom Opening Night Live. Berjudul “Altered State,” trailer ini mempamerkan aksi combat pantas, pergerakan lincah, serta dunia surreal permainan, semuanya diiringi lagu “Omen” oleh The Prodigy.
Sebagai sekuel penuh kepada Control (yang juga memenang anugerah tahun 2019), CONTROL Resonant mengalihkan tumpuan kepada Dylan Faden. Selepas berjaya keluar daripada kurungan, Dylan melangkah keluar dari markas Federal Bureau of Control menuju ke kota Manhattan yang diputarbelitkan.
Bandar tersebut dikuasai oleh kuasa kosmik serta ancaman luar dimensi. Semasa Dylan mencari kakaknya Jesse yang terpisah, pemain perlu meneroka persekitaran yang mengubah realiti sambil bertembung dengan pelbagai musuh gergasi dan susah dijangka.

Jika game pertama lebih memfokuskan kepada elemen gunplay, CONTROL Resonant kali ini memberi tumpuan kepada mekanik action-RPG dan combat jarak dekat. Dylan dilengkapi dengan senjata misteri yang boleh bertukar bentuk dikenali sebagai the Aberrant.
Trailer baharu menunjukkan bagaimana pemain boleh menukar pelbagai bentuk Aberrant semasa bertarung, menggabungkan serangan melee, animasi execution bergaya, serta kuasa telekinesis untuk menumpaskan musuh.

Pemain tidak perlu menunggu lama untuk beraksi. Pelancaran game ini dijadualkan mengikut dua fasa:
- Edisi Digital: Dilancarkan di seluruh dunia pada 24 September 2026 untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC (melalui Steam dan Epic Games Store).
- Edisi Fizikal: Tiba di pasaran pada 15 Oktober 2026 untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X|S.
Pra-tempah versi digital sudah dibuka di PlayStation Store, Steam, dan Epic Games Store, manakala pra-tempah untuk edisi fizikal turut dibuka di kedai-kedai game terpilih.









Discussion about this post