Kakao Games telah menandatangani perjanjian bersama studio webtoon The Grimm Entertainment untuk membangunkan dan menerbitkan permainan video berdasarkan senarai komik popular studio berkenaan.
The Grimm Entertainment diasaskan oleh pelukis dan penulis manhwa, Park Tae-jun. Studio ini merupakan penerbit di sebalik beberapa judul hit. Antara siri webtoon yang paling popular termasuklah siri aksi Lookism, karya thriller Manager Kim (juga dikenali sebagai Agent Kim: Reactivated), dan Viral Hit.

Kebanyakan karya Pak berlatarbelakangkan dunia fiksyen yang berkait rapat, yang digelar oleh peminat sebagai “PTJ Universe”. Karya-karya ini telah pun meraih kejayaan di luar halaman komik; Viral Hit pernah diadaptasi menjadi siri anime dan adaptasi live-action Jepun, manakala Lookism sebelum ini diadaptasi menjadi siri animasi di Netflix.
Menerusi perjanjian ini, Kakao Games akan mengadaptasi dunia komik tersebut ke dalam bentuk game yang disasarkan kepada para pemain di seluruh dunia.

Si-woo Lee selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kakao Games menyatakan bahawa syarikat itu berhasrat untuk memanfaatkan pengaruh peminat sedia ada daripada siri komik berkenaan:
“Kami menjangkakan kerjasama dengan The Grimm Entertainment, yang memiliki IP kukuh serta kelompok peminat yang kuat, akan membawakan pengalaman baharu kepada para pemain. Kami akan bekerjasama rapat untuk menghasilkan game yang mampu menarik minat besar di pasaran global.”

Setakat ini, Kakao Games dan The Grimm Entertainment masih belum mendedahkan genre game, judul khusus, platform, mahupun tarikh pelancaran bagi projek baharu tersebut.








Discussion about this post