Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Previu Marvel’s Wolverine – Kuku Dihunus, Anggota Badan Melayang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 20, 2026
in Action, Artikel, Berita, Preview, PS5
0 0
0
Previu Marvel’s Wolverine – Kuku Dihunus, Anggota Badan Melayang!
Share on FacebookShare on Twitter

Marvel’s Wolverine kembalikan semua elemen ikonik Insomniac Games; sistem combat yang pantas dan agresif, babak yang sinematik, pelbagai pilihan accessibility, serta jalan cerita yang benar-benar menjiwai watak komik legenda.

Untungnya, kami meluangkan masa sekitar dua jam mencuba “early build” untuk game ini. Ia menawarkan lima tetapan difficulty, dan saya memilih mod Normal. Demo ini dibahagikan kepada dua bahagian utama: misi di mana Team X cuba menyelamatkan Essex, dan satu bahagian terbuka di mana kita bebas meneroka Lowtown di Madripoor.

Demo ini dimulakan dengan aksi Wolverine mengeluarkan kukunya dan terus membawa kita ke sesi tutorial. Tanpa melengahkan masa, berikut adalah pengalaman kami.

Libasan Kuku, Taktik Stealth & Aksi Melawan Sentinel

Dari awal lagi, kawalan combat sebagai Wolverine terasa sangat responsif, lancar, dan mudah difahami. Selain serangan biasa jenis light dan heavy attack, pemain mempunyai gerakan parry, dodge, dan leaping strike (serangan melompat).

Semua gerakan ini boleh digabungkan, di mana timing parry yang tepat menjadi asas kepada keseluruhan aliran combat. Penunjuk visual turut membantu ketika berdepan sekumpulan musuh.

Petunjuk amaran berwarna merah menandakan serangan jarak jauh sedang menuju ke arah pemain supaya anda sempat melakukan dodge, manakala petunjuk kuning menunjukkan serangan yang boleh kita parry untuk membalas dengan counterattack padu.

Selain libasan kuku biasa, pemain juga mempunyai abiliti area-of-effect dan tendangan kuat untuk mengawal situasi pertarungan yang sesak. Wolverine tidak mempunyai pilihan serangan jarak jauh seperti Spider-Man. Sebaliknya, dia merapatkan jarak dengan melompat terus ke arah musuh yang jauh.

Ini menghalang penembak daripada mengurangkan nyawa pemain dari jauh, di samping menonjolkan gaya bertarungnya yang ganas dan sangat lincah.

Mekanik nyawa dan pemulihan dalam game ini agak unik, namun langsung tidak menjadikannya mudah. Jika nyawa menjadi sifar, pemain boleh menekan butang ☐ berkali-kali sebaik sahaja tumbang untuk revive di tempat kejadian, asalkan anda masih mempunyai simpanan Rage.

Namun, jika Rage meter kosong sepenuhnya, pemain akan terus mendapat game over. Ada juga sistem persepsi deria tajam (seakan Spider-Sense) yang membantu kita mengesan serangan jarak jauh dan petunjuk persekitaran lebih awal.

Ciri ini digandingkan dengan skill tree lengkap untuk membuka kombo kuku baharu secara berperingkat, serta beberapa pilihan outfit yang boleh ditukar ganti.

Ini bukanlah game di mana pemain boleh menekan butang serang secara membuta tuli untuk menang. Anda perlu sentiasa peka dengan situasi, membaca animasi serangan musuh, menentukan bila masa yang sesuai untuk parry atau dodge, menggunakan skill secara bijak, dan memberi keutamaan kepada musuh yang paling berbahaya.

Jika menyerang secara melulu tanpa strategi, anda akan tewas dengan cepat.

Semasa berdepan musuh, demo ini memberi kebebasan sama ada anda mahu menggunakan stealth atau bertarung secara berdepan.

Segmen stealth membolehkan pemain bersembunyi di dalam rumput tinggi, mengelak daripada dikesan untuk menumpaskan musuh satu demi satu, atau melompat turun dari bumbung untuk melakukan aerial takedown yang membawa maut (benar-benar memberikan rasa seperti pemangsa yang sedang mengintai mangsa).

Walaupun musuh pada peringkat awal agak mudah ditewaskan, ahli kumpulan The Hand kemudian memberikan cabaran yang lebih sengit. Bersenjatakan katana, busur panah, dan bom, mereka memiliki moveset yang pelbagai dan mampu dodge terhadap serangan pemain, memaksa kita memberi perhatian penuh kepada serangan mereka.

Babak paling menyerlah ialah boss fight menentang Sentinel… satu-satunya pertarungan bos dalam demo ini. Ia merupakan pertarungan pantas di mana Sentinel melancarkan tumbukan, tembakan laser, dan hujan peluru berpandu secara berselang-seli.

Walaupun tempo pertarungan mungkin terasa sedikit berulang sebaik sahaja kita menghafal corak parry dan dodge, pertarungan ini tetap menarik kerana kita tidak bertarung sendirian. Pemain akan bekerjasama dengan rakan sekutu dan menggabungkan abiliti masing-masing untuk menumpaskan gergasi tersebut.

Kuasa Rage, Rahsia ‘Healing Factor’ & Sistem Naik Taraf

Mekanik Rage merupakan salah satu rekaan gameplay paling bijak dalam game ini. Dalam build ini, Rage meter dihadkan kepada tiga bar dan terisi apabila pemain menumpaskan musuh atau berjaya melakukan parry counter. Ini menghasilkan kitaran momentum; semakin baik kita bertarung, semakin cepat Rage akan terkumpul.

Mengaktifkan mod Rage memberikan kuasa serangan yang luar biasa kepada Wolverine, membolehkannya melakukan instant kill serta mempercepatkan pemulihan nyawa. Ini dibawa daripada sifatnya di dalam komik (di mana Wolverine menjadi semakin berbahaya apabila pertarungan berlarutan) terus ke dalam gameplay.

Mekanik revive pula berkait secara langsung dengan sistem ini. Insomniac perlu mencari cara tersendiri untuk menggambarkan healing factor Wolverine tanpa meniru formula Spider-Man, jadi mereka membahagikannya kepada dua mekanik berasingan: healing attack dan revive.

Menyerang musuh yang berada dalam keadaan staggered akan memulihkan sebahagian besar nyawa, manakala jika pemain tumbang, ia akan menggunakan Rage yang disimpan untuk menghidupkan pemain semula serta-merta. Sekiranya Rage meter kosong semasa tewas, anda akan terus mati.

Disebabkan Rage berfungsi sebagai sumber serangan terkuat dan juga talian hayat terakhir, ia mewujudkan dilema sama ada mahu menggunakannya untuk menyerang atau menyimpannya demi kelangsungan hidup.

Selain skill tree utama, game ini turut menampilkan sistem naik taraf berasingan bernama Adaptations.

Berbentuk seperti DNA bercabang, sistem ini berbeza daripada skil biasa dan membolehkan kita memakai sejumlah “passive perk” untuk menguatkan bahagian tertentu pada build anda… contohnya meningkatkan keberkesanan stealth takedown atau menambah baik Rage meter.

Sentuhan Budaya Asia Tenggara di Madripoor & Kisah Silam Wolverine

Di luar aspek combat, keunikan demo terpancar melalui aktiviti penerokaan yang berpusat sepenuhnya di Lowtown, Madripoor. Walaupun kawasannya tidak begitu luas, persekitarannya padat dengan visual yang menarik dan sangat berbaloi untuk diteroka secara santai.

Berjalan di sekitar Lowtown memberi rasa keakraban. Papan tanda, gerai jalanan, dan bunyi bising orang ramai benar-benar membangkitkan suasana pekan lama di Asia Tenggara yang sibuk dan sedikit huru-hara.

Semasa bersiar-siar, kita akan mendengar pejalan kaki berbual dalam bahasa Cina, melihat papan tanda besar “Makanan Melayu” di gerai makan, serta berjalan di lorong-lorong lembap yang dipenuhi gerai penjaja.

Sebagai orang Malaysia, melihat butiran khusus ini merupakan satu kejutan yang agak menggembirakan, dan membuktikan bahawa pihak pembangun tidak sekadar meletakkan rekaan “Asia” yang generik, sebaliknya benar-benar mengambil masa untuk menghasilkan suasana Asia Tenggara yang asli dan berbilang budaya.

Jalan cerita semasa meneroka pun berlaku secara bersahaja. Wolverine boleh mencari dan berinteraksi dengan setiap ahli Team X untuk belajar personaliti mereka serta sejarah silamnya sendiri.

Detik-detik ini bukan sekadar babak dialog pasif; ia turut ada prompt interaktif dan pilihan dialog yang membolehkan kita membuat keputusan sepanjang perbualan. Semasa meneroka, kami juga terjumpa Nightmare Door; sebuah aktiviti sampingan pilihan yang mencabar pemain dalam pertarungan berasingan.

Berjaya menyelesaikannya akan memberi ganjaran berupa maklumat tambahan tentang kisah silam Wolverine.

Pendapat

Selepas dua jam mencuba game ini, jelas sekali bahawa Marvel’s Wolverine bukan game Spider-Man yang diberi wajah baharu. Walaupun beberapa elemen UI, jenis musuh, dan aset visual mungkin terasa biasa, gamenya ada identiti tersendiri.

Daripada combat berasaskan parry-and-counter, pengurusan Rage yang penuh risiko, hinggalah aksi Wolverine yang menerkam terus ke arah musuh, setiap mekanik membuktikan bahawa dia adalah seorang hero lasak yang boleh tercedera, berdarah, dan menjadi semakin buas apabila pertarunganberlarutan.

Aspek brutal tersebut turut terserlah dalam visualnya. Kuku memotong musuh dengan kejam, anggota badan terputus, darah memercik merta, dan finishing move yang dilepaskan terasa sangat berimpak.

Game ini akan keluar secara eksklusif di PlayStation 5 pada 15 September 2026. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: Marvel’s Wolverinepreviu
ShareTweetSend
Previous Post

Bagaimana Tekken 8 Mengadaptasi Gameplay ‘Speed, Weight, Power’ Untuk Bob – Fighter Terbaru Dalam Season 3

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Bagaimana Tekken 8 Mengadaptasi Gameplay ‘Speed, Weight, Power’ Untuk Bob – Fighter Terbaru Dalam Season 3
Temuramah

Bagaimana Tekken 8 Mengadaptasi Gameplay ‘Speed, Weight, Power’ Untuk Bob – Fighter Terbaru Dalam Season 3

August 19, 2026
Previu Bob Dalam TEKKEN 8 (Season 3) – Fighter Baru Badan Heavyweight, Tapi Pergerakan Lightweight
Preview

Previu Bob Dalam TEKKEN 8 (Season 3) – Fighter Baru Badan Heavyweight, Tapi Pergerakan Lightweight

August 19, 2026
[BIC2026] Selepas Fasa Bersama Sony, Misi Shuhei Yoshida Tertumpu Pada Memartabatkan Game Indie Global
Temuramah

[BIC2026] Selepas Fasa Bersama Sony, Misi Shuhei Yoshida Tertumpu Pada Memartabatkan Game Indie Global

August 19, 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
Pencipta My Hero Academia Kembali Berkarya Dengan Manga One-Shot Horror Baru
Manga

Pencipta My Hero Academia Kembali Berkarya Dengan Manga One-Shot Horror Baru

August 10, 2026
Digimon Catat Keuntungan Tertinggi Dalam Sejarah, Atasi Rekod Zaman Kegemilangan Tahun 2000
Fakta & Trivia

Digimon Catat Keuntungan Tertinggi Dalam Sejarah, Atasi Rekod Zaman Kegemilangan Tahun 2000

August 10, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd