Selepas sesi playtest serta pendedahan trailer terbaharu, judul action RPG BRINGER (凡应 / Fan Ying) dari China semakin viral di luar negara. Dibangunkan oleh YHKT Entertainment (studio di sebalik siri animasi Ling Cage: Incarnation), game ini berjaya mencuri tumpuan segelintir gamer seluruh dunia dengan visual setaraf filem dan skala produksi yang besar.
Dikuasakan Unreal Engine 5, BRINGER memfokuskan kepada sistem real-time combat pantas dengan naratif yang serba unik. Seperti biasa, pemain boleh mengawal sepasukan watak dan menukar hero untuk menghasilkan combo, parry, serta melancarkan abiliti yang rupanya sangat gah.
Apa yang membezakan BRINGER daripada game fantasi lain ialah latar dunianya yang unik dan berunsur apokaliptik. Game ini menceritakan tentang “Jinghai,” sebuah wilayah yang ditenggelami lautan putih seakan pasir yang sentiasa beralih dan menelan daratan.
Demi meneruskan hidup, umat manusia membina penempatan bergerak di atas belakang makhluk gergasi lautan yang dikenali sebagai “Longbo” sambil meredah laut yang berbahaya.
BRINGER sasr pelancaran rasmi antara tahun 2026 hingga 2027. Game ini bakal hadir ke PC, iOS, dan Android, manakala versi konsol PlayStation 5 serta Xbox dirancang untuk fasa seterusnya. Berita baikn, pelancaran global juga telah disahkan oleh YHKT Entertainment.









Discussion about this post