Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Xiaomi Bawa REDMI 17 & REDMI A7 Ke Malaysia – Bateri Gergasi, Skrin 120Hz & Pakej Waranti Percuma

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 7, 2026
in Artikel, Berita, Promosi, Smartphone, Teknologi
0 0
0
Xiaomi Bawa REDMI 17 & REDMI A7 Ke Malaysia – Bateri Gergasi, Skrin 120Hz & Pakej Waranti Percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi meluaskan lagi pilihan telefon pintar mampu milik di Malaysia dengan pelancaran siri terbaharu REDMI 17 (dalam varian 4G dan 5G) serta peranti bajet REDMI A7.

Bagi siri REDMI 17, daya tarikan terbesar terletak pada bateri 7,500mAh yang mampu bertahan sehingga dua hari bagi penggunaan harian. Untuk melengkapi kapasiti ini, kedua-dua varian menyokong pengecasan pantas 45W dan pengecasan terbalik 22.5W (wired reverse charging), lantas membolehkannya berfungsi sebagai power bank bagi mengecas aksesori kecil seperti wireless earbud.

Spesifikasi Utama Siri REDMI 17:

  • Skrin: Paparan LCD HD+ bersaiz 6.9 inci dengan refresh rate 120Hz, dilindungi kaca Corning Gorilla Glass 7i. Ia turut menampilkan Wet Touch Technology supaya skrin responsif walaupun digunakan dengan tangan yang basah.
  • Pemproses & Prestasi:
    • REDMI 17 5G: Dikuasakan pemproses 4nm Snapdragon 4 Gen 5 bersama storan UFS 2.2.
    • REDMI 17 (4G): Dikuasakan cipset MediaTek Helio G91-Ultra.
    • Kedua-dua model beroperasi menggunakan sistem Xiaomi HyperOS dan menyokong penambahan RAM sehingga 12GB.
  • Kamera: Dua kamera belakang 50MP AI untuk gambar harian yang lebih jelas, dengan kamera swafoto 8MP di bahagian hadapan.
  • Reka Bentuk & Ketahanan: Dilengkapi penarafan IP64 bagi rintangan debu dan percikan air, pembesar suara dual-stereo, serta audio jack 3.5mm. Ia turut menampilkan cincin lampu Dynamic RGB di bahagian belakang dengan efek cahaya yang boleh disesuaikan untuk panggilan, status pengecasan, mahupun notifikasi aplikasi.

REDMI A7 Adalah Pilihan Asas Bawah RM500

Bagi mereka yang mahukan peranti yang lebih mesra bajet, Xiaomi turut menawarkan REDMI A7.

Peranti ini datang dengan skrin 6.88 inci (refresh rate 120Hz), bateri 5,200mAh, serta pemproses octa-core Unisoc T7250. Ia juga ada sistem kamera 13MP AI dan Wet Touch Technology, dipadankan dengan reka bentuk yang kemas dan ringan; sesuai untuk tugas harian seperti melayari internet, mesej, dan menonton media.

Harga, Ketersediaan, dan Promosi di Malaysia

Siri REDMI 17 boleh didapati di Malaysia bermula malam ini menerusi Xiaomi Store rasmi di seluruh negara, laman mi.com, serta kedai dalam talian rasmi di Shopee, Lazada, dan TikTok Shop.

Harga & Diskaun Early Bird:

Model Varian Harga Pasaran Harga Promosi
REDMI 17 (4G) 4GB + 128GB RM 699 RM 669
REDMI 17 5G 4GB + 128GB RM 799 RM 769
REDMI 17 5G 4GB + 256GB RM 899 RM 869
REDMI A7 3GB + 64GB RM 469
(Mula dijual 15 Sept)
Tiada

Promosi Perkhidmatan Selepas Jualan Eksklusif (8 – 31 Ogos 2026):

Pelanggan di Malaysia yang membeli sebarang model siri REDMI 17 bermula 8 hingga 31 Ogos 2026 dapat menikmati pakej perkhidmatan selepas jualan istimewa:

  • Perlindungan Waranti Lanjutan 24 Bulan
  • 1 Kali Penukaran Skrin Percuma (dalam tempoh 24 bulan)
  • 1 Kali Penukaran Bateri Percuma (dalam tempoh 36 bulan)
  • 1 Kali Penukaran Penutup Belakang atau Kanta Kamera Percuma (dalam tempoh 24 bulan)

*REDMI A7 (3GB + 64GB) akan mula dijual secara rasmi pada 15 September 2026 pada harga RM 469.

Tags: REDMI 17REDMI A7
ShareTweetSend
Previous Post

POCO Carnival 2026 Bermula Sekarang – Harga Diskaun Untuk Phone Flagship, Mid-Range, Bajet & Tablet

Next Post

NIKKE x Persona – Menambah Tiga Waifu Baru, Kostum Eksklusif & Mini-Game Menarik

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
NIKKE x Persona – Menambah Tiga Waifu Baru, Kostum Eksklusif & Mini-Game Menarik

NIKKE x Persona - Menambah Tiga Waifu Baru, Kostum Eksklusif & Mini-Game Menarik

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd