Kedai anime popular animate mengumumkan kolaborasi bersama game rhythm popular Hatsune Miku: COLORFUL STAGE!, yang akan tiba di Kuala Lumpur tidak lama lagi.
Acara ini akan berlangsung dari 15 Ogos hingga 6 September 2026 di Animate Kuala Lumpur, yang terletak di Ground Floor, LaLaport Bukit Bintang City Centre.
Kerjasama ini membawa pengalaman kedai pop-up ala Jepun, lengkap dengan jualan barangan khas serta sajian Café Gratte. Antara keistimewaan yang menanti para peminat termasuklah:

- Barangan Rasmi: Pelbagai barangan rasmi daripada Hatsune Miku: COLORFUL STAGE! akan dijual sepanjang tempoh acara.
- Menu Café Gratte: Pengunjung boleh menikmati “Graphic Lattes”; minuman berseni buih yang dihiasi dengan gambar watak, bersama biskut aising bertema.
- Coaster Akrilik Koleksi: Dengan setiap pembelian item menu Gratte, pelanggan boleh menambah acrylic coaster pada harga RM20 setiap satu. Ada enam unit watak daripada game yang ditawarkan: Virtual Singer, Leo/need, MORE MORE JUMP!, Vivid BAD SQUAD, Wonderlands x Showtime, dan Nightcord at 25:00.
- Poskod Percuma: Bagi setiap perbelanjaan RM30 untuk barangan terpilih atau item Café Gratte, pembeli boleh menerima satu poskod percuma secara rawak. Sebanyak 26 rekaan watak berbeza tersedia untuk dikumpul!

Para peminat yang ingin berkunjung dinasihatkan supaya memantau media sosial rasmi animate Malaysia bagi mendapatkan maklumat terkini tentang stok barangan serta panduan masuk acara Hatsune Miku: COLORFUL STAGE!.









Discussion about this post