Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem Anime ‘The Irregular at Magic High School’ Akan Masuk Pawagam Malaysia Pada Minggu Ini

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 3, 2026
in Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Filem Anime ‘The Irregular at Magic High School’ Akan Masuk Pawagam Malaysia Pada Minggu Ini
Share on FacebookShare on Twitter

Filem anime The Irregular at Magic High School THE MOVIE – Yotsuba Succession Arc – akan ditayangkan di pawagam Malaysia bermula Khamis ini, 6 Ogos.

Dibawakan oleh ODEX dengan kerjasama GSC Movies, filem ini mengadaptasi salah satu babak paling penting daripada siri novel popular karya Tsutomu Satou. Peminat boleh membuat tempahan menerusi laman web rasmi dan aplikasi GSC sekarang.

Berlatarkan penghujung tahun 2096 ketika adik-beradik Tatsuya dan Miyuki Shiba sedang bersiap untuk menamatkan tahun kedua persekolahan menengah, jalan cerita filem memfokuskan kepada urusan politik antara puak yang masing-masing merebut kuasa.

Kisah bermula apabila mereka berdua dijemput ke Jamuan Tahun Baharu di kediaman puak Yotsuba. Pertemuan ini mengumpul ketua puak, Maya Yotsuba, bersama para ketua keluarga cawangan bagi memilih pengganti barunya… lantas membongkar rahsia besar tentang asal-usul, kuasa, dan hubungan sebenar Tatsuya serta Miyuki.

Diuruskan oleh studio animasi 8-Bit, filem ini menampilkan semula barisan pelakon suara utama daripada siri anime; termasuk Yūichi Nakamura (Tatsuya Shiba), Saori Hayami (Miyuki Shiba), Chiwa Saitō (Maya Yotsuba), dan Emiri Katō (Fumiya Kuroba).

The Irregular at Magic High School bermula sebagai siri light novel pada tahun 2008 sebelum menamatkan siri utama pada penghujung 2020 dan diteruskan dengan siri sekuel. Adaptasi anime pula mula bersiaran pada 2014, diikuti musim kedua (Visitor Arc) pada 2020, siri spin-off pada 2021, serta musim ketiga pada April 2024. Yotsuba Succession Arc ini adalah projek filem kedua buat francais ini selepas filem The Girl Who Summons the Stars yang ditayangkan pada 2017.

Tags: animeThe Irregular at Magic High School
ShareTweetSend
Previous Post

Walau Petisyen Bantahan Cecah Ratusan Ribu, Sony Tetap Matikan CD Game PlayStation Pada 2028

Next Post

Alternatif Genshin Tanpa Gacha! DragonSword: Awakening Meletup Di Steam, Bakal Ke Konsol

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Previu Pokémon Pokopia Expansion Pass Part 1: Bubbly Basin – Tamadun Baru Untuk Ditto Bina Di Bawah Air
Preview

Previu Pokémon Pokopia Expansion Pass Part 1: Bubbly Basin – Tamadun Baru Untuk Ditto Bina Di Bawah Air

August 3, 2026
Alternatif Genshin Tanpa Gacha! DragonSword: Awakening Meletup Di Steam, Bakal Ke Konsol
Berita

Alternatif Genshin Tanpa Gacha! DragonSword: Awakening Meletup Di Steam, Bakal Ke Konsol

August 3, 2026
Walau Petisyen Bantahan Cecah Ratusan Ribu, Sony Tetap Matikan CD Game PlayStation Pada 2028
Industri

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru
Mobile

BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru

July 20, 2026
Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026
Manga

Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026

July 17, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd