Stupid Never Dies akan dilancarkan pada 22 Oktober 2026. Judul RPG aksi single-player ini adalah game debut daripada studio GPTRACK50; dan akan hadir di PlayStation 5 dan PC menerusi Steam, di mana SEGA bertindak sebagai penerbit serta pengedar global.
GPTRACK50 ditubuhkan oleh Hiroyuki Kobayashi, seorang penerbit veteran yang terkenal untuk francais ikonik Capcom seperti Devil May Cry, Resident Evil, dan Dragon’s Dogma. Untuk Stupid Never Dies, pasukannya berusaha membawa pengembaraan berentak pantas yang serba unik dan berbeza daripada RPG tradisional.
Berlatarkan sebuah dungeon berbahaya yang dihuni pelbagai raksasa, jalan cerita mengisahkan tentang Davy; seekor zombi penakut yang berada di kedudukan paling bawah dalam hierarki raksasa. Walaupun lemah, Davy memberanikan diri memulakan misi berbahaya demi menghidupkan semula kekasihnya, Julia, seorang gadis manusia yang telah dibekukan.

Berbeza dengan sistem leveling tradisional, Stupid Never Dies menawarkan perkembangan watak yang berbeza menerusi combat mekanik yang cukup unik:
- Style Eat System: Davy boleh menggigit musuh dan menyerap” core” mereka untuk mencuri kuasa. Ini membolehkannya bertukar kepada 11 bentuk raksasa berbeza, termasuk Werewolf, Vampire, Harpy, dan Golem.
- Body Hacking: Pemain boleh memasang barang berteknologi canggih serta senjata pelik pada tubuh undead Davy untuk meningkatkan stats dan customize kebolehan bertarungnya.

Selain aksi gila-gila, muzik turut memainkan peranan penting dalam suasana game ini. Sebelum pelancaran, dua lagu rasmi boleh mula didengar bermula 4 Ogos di platform seperti Spotify, Apple Music, dan Amazon Music:
- Opening Theme: “Stupid Never Dies” – Lagu duet pop-punk yang dinyanyikan oleh watak utama, Davy dan Julia.
- Ending Theme: “Restless, Reckless, Never Die, Fearless” – Lagu yang dinyanyikan oleh Davy, meluahkan tekad serta perasaannya demi menyelamatkan Julia.








Discussion about this post