Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Silver Palace – Adakah Sistem Gacha Cukup Mesra Untuk Pemain Free-to-Play?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 29, 2026
in Android, Artikel, Berita, Gacha, iOS, Mobile, Open World, Panduan, PC, RPG
0 0
0
Silver Palace – Adakah Sistem Gacha Cukup Mesra Untuk Pemain Free-to-Play?
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa sesi Closed Beta kedua untuk RPG gacha open-world Silver Palace, para pemain akhirnya berpeluang mencuba mekanik gacha untuk game ini. Namun, ia juga memulakan perbincangan hangat dalam kalangan komuniti. Sesetengah pemain bimbang sistem ini membuatkan gameplay terasa terlalu “grindy” dan kurang mesra untuk pemain free-to-play (F2P). Namun, ada juga yang tidak risau dan merasakan sistem Silver Palace lebih kurang sama sahaja dengan game gacha lain di pasaran.

Untuk melihat cara sistem ini berfungsi dengan lebih jelas, kami mencubanya sendiri. Berdasarkan versi Closed Beta, strukturnya adalah begini: watak dan “Motives” (senjata) mempunyai satu Featured Banner dan satu Standard Banner sahaja.

Mata Wang dan Kos Untuk Pull

Percubaan pull dalam game ini dipanggil Revelations, dan kesemuanya memerlukan satu mata wang utama iaitu Reactor Crystal. Setiap kategori banner menggunakan tiket khas berbeza:

  • Judgement Shot: Featured character banner
  • Deduction Shot: Featured Motive (senjata) banner
  • Standard Shot: Standard character banner
  • Bullet of Insight: Standard Motive banner

Kos pull adalah sama untuk kesemua banner:

  • 1 pull: 360 Reactor Crystal
  • 10 pulls: 3,600 Reactor Crystal

Tak kira banner mana yang anda roll atau apa jua rarity yang anda dapat, setiap percubaan pull akan memberikan 8 Mind Grain kepada pemain secara automatik.

Gacha Watak – Featured Banner (Judgement Shot)

Featured Character Banner dalam beta ini menampilkan Cinderella (“The Vengeful Ant”). Berikut ialah kadar drop dan cara sistem pity berfungsi:

  • Watak 5-Star: Drop rate asas ialah 0.8%, yang meningkat kepada 1.8% apabila diambil kira mekanik pity. Anda dijamin mendapat sekurang-kurangnya satu watak 4-star setiap 10 pull, dan dijamin mendapat featured 5-star pada pull ke-100.
  • Watak 4-Star: Kadar asas ialah 6% (13% secara keseluruhan). Apabila mendapat watak 4-star, ada 50% peluang ia merupakan salah satu daripada featured 4-star, dan anda dijamin mendapat featured 4-star selewat-lewatnya pada pull ke-20.
  • Item 3-Star: Semua drop 3-star terdiri daripada Motives, yang memegang drop rate asas terbesar iaitu 93.2%.

Apa jadi kalau dapat watak duplicate?

Setiap kali mendapat duplicate watak 5-star, anda akan menerima sumber peningkatan kuasa yang dipanggil Trait, bersama 20 Mind Shard. Apabila potensi watak tersebut sudah maksimum (masuk duplicate ke-7 dan ke atas), ganjaran itu akan meningkat kepada 50 Mind Shard.

Untuk duplicate watak 4-star pula, anda akan menerima 4 Mind Shard secara default, dan jumlah ini meningkat kepada 10 Mind Shard bermula daripada duplicate ke-7.

Gacha Watak – Standard Banner (Standard Shot)

Standard Character Banner menggunakan sistem pity dan drop rate yang sama seperti Featured Banner (kadar asas 0.8%, hard pity pada 100 pull, dan jaminan 4-star setiap 10 pull). Namun begitu, banner ini tidak menawarkan kelebihan rate-up tambahan mahupun sistem selector untuk pemain baru seperti yang ada pada sesetengah game gacha lain.

Gacha Senjata/Motive – Featured Banner (Deduction Shot)

Dalam beta ini, Featured Weapon Banner bertajuk “Her Heart, the Flames Within.”

Berbeza daripada sesetengah game yang seolah-olah menggalakkan batch pull, di sini anda bebas melakukan single pull atau 10-pull pada bila-bila masa. Kadar drop adalah sama seperti banner watak (0.8% asas / 1.8% keseluruhan untuk 5-star, begitu juga dengan kadar 4-star dan 3-star)

Perbezaan paling ketara pada banner ini ialah syarat pity:

  • Anda dijamin mendapat Motive 4-star setiap 10 pull.
  • Anda dijamin mendapat featured Motive 5-star pada pull ke-80 (bukan 100).

Had 80-pull ini sudah tentu memudahkan kita mendapatkan senjata idaman tanpa perlu menghabiskan terlalu banyak mata wang. Setiap kali mendapat Motive 5-star, anda akan menerima 20 Mind Shard, manakala Motive 4-star memberikan 4 Mind Shard.

Gacha Senjata/Motive – Standard Banner (Bullet of Insight)

Standard Motive Banner menggunakan mekanik, kadar, dan sistem pity 80-pull yang sama seperti Featured Weapon Banner.

Exchange Shop Mind Shard & Mind Grain

Segala baki Mind Shard dan Mind Grain yang pemain kumpul boleh dibelanjakan di Exchange Shop:

  • Mind Shard (Penukaran Tanpa Had):
    • 12 Mind Shards 1 tiket pull (mengikut kategori pilihan anda).
    • 90 Mind Shard: 1 Motive 4-star pilihan anda (dihadkan kepada maksimum 2 unit bagi setiap jenis senjata).
      • Penukaran Mind Shard tiada had kuota atau masa; pemain bebas menukarnya bila-bila masa.
  • Mind Grain (Had Bulanan):
    • 50 Mind Grain: 1 tiket pull.
    • Setiap satu daripada 4 jenis banner menawarkan 5 slot tukaran yang di-reset setiap bulan (anda boleh membeli sehingga 5 pull ekstra untuk setiap kategori banner setiap bulan).

Sistem ini memastikan duplicate berlebihan mahupun hasil drop dari rarity tinggi tidak sia-sia, kerana anda boleh menukarkannya kepada pull tambahan atau senjata 4-star pilihan. Penukaran Mind Shard boleh dilakukan tanpa had, manakala penukaran Mind Grain dihadkan mengikut kuota bulanan untuk mengelakkan pemain daripada “farming pull” secara berlebihan.

Sistem Guarantee Carryover

Satu perkara penting: kemajuan pity dalam Silver Palace akan dibawa ke hadapan antara Featured Banner dalam kategori yang sama. Jika anda sudah membuat pull pada sesuatu Featured Character Banner, kemajuan tersebut tidak akan hilang dan dipindahkan terus ke Featured Character Banner seterusnya.

Sebaik sahaja berjaya mendapat Featured Character atau senjata 5-star, jumlah pity akan di-reset secara automatik. Selagi sasaran masih berada dalam banner pool, percubaan pull anda yang terdahulu tetap dikira dan tidak dibuang begitu sahaja.

Perkara yang Masih Perlu Kepastian

Masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan sama ada Silver Palace benar-benar mesra F2P atau tidak. Beberapa jawapan penting daripada sesi Beta Kedua ini hanya akan terjawab apabila menghampiri atau selepas pelancaran rasmi nanti:

  • Pendapatan Mata Wang Jangka Panjang: Kita masih belum tahu sejauh mana mudah atau susah untuk mengumpul Reactor Crystal secara harian dan mingguan. Pihak pembangun sendiri memaklumkan bahawa jumlah ganjaran ini masih boleh berubah.
  • Maklum Balas Komuniti: Setakat ini, tiada aduan besar daripada pemain beta tentang sistem gacha Silver Palace.
  • Kenyataan Pembangun: Pihak pembangun belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi tentang pelarasan gacha untuk versi pelancaran.

Kami akan mengemas kini ulasan ini sebaik sahaja sesi Beta Ketiga bermula atau apabila maklumat baharu diumumkan oleh pihak pembangun. Silver Palace masih dalam pembangunan untuk Android, iOS, dan PC, tanpa tarikh pelancaran rasmi lagi.

Tags: GachaSilver Palace
ShareTweetSend
Previous Post

Demon Slayer: Infinity Castle Tersedia Untuk Streaming Di Malaysia – Ini Senarai Platform Rasmi

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Demon Slayer: Infinity Castle Tersedia Untuk Streaming Di Malaysia – Ini Senarai Platform Rasmi
Anime

Demon Slayer: Infinity Castle Tersedia Untuk Streaming Di Malaysia – Ini Senarai Platform Rasmi

July 29, 2026
SILENT HILL: Townfall – Sebanyak Lima ‘Ending’ Berdasarkan Cara Kita Main & Mengapa Beralih Ke First-Person?
Temuramah

SILENT HILL: Townfall – Sebanyak Lima ‘Ending’ Berdasarkan Cara Kita Main & Mengapa Beralih Ke First-Person?

July 29, 2026
Previu SILENT HILL: Townfall – Perspektif First-Person Combat Yang Bikin Cemas
Preview

Previu SILENT HILL: Townfall – Perspektif First-Person Combat Yang Bikin Cemas

July 29, 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru
Mobile

BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru

July 20, 2026
Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026
Manga

Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026

July 17, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd