Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

ASUS Malaysia Naik Taraf Servi – Waranti Percuma 2 Tahun & Servis ProCare Khas Untuk Anda

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 28, 2026
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Teknologi, Tempatan
0 0
0
ASUS Malaysia Naik Taraf Servi – Waranti Percuma 2 Tahun & Servis ProCare Khas Untuk Anda
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, ASUS Malaysia mengumumkan penambahbaikan kepada pengalaman pelanggan menerusi Komitmen Kualiti & Perkhidmatan No.1 yang dipertingkatkan.

Khusus untuk pengguna di Malaysia, inisiatif ini menawarkan perlindungan kerosakan akibat kemalangan selama dua tahun, ujian ketahanan yang ketat untuk semua model, kemudahan penyerahan servis di seluruh negara, serta program penyelenggaraan eksklusif ASUS ProCare untuk laptop premium terpilih.

Setiap laptop ASUS dan ROG yang dilancarkan selepas 28 Julai 2026 disertakan dengan 2-Year Local Perfect Warranty (Accidental Damage Protection) di samping 2-Year International Warranty standard. Perlindungan ini diberikan secara automatik bagi setiap pembelian laptop baharu tanpa sebarang kos tambahan.

Sebelum memasuki pasaran, setiap laptop ASUS perlu melalui sehingga 34 ujian ketahanan bagi memastikan perkakasannya teguh dan tahan lama dalam penggunaan harian.

Ujian-ujian ini mensimulasikan pelbagai impak serta tekanan fizikal kehidupan sebenar:

  • Drop Test: Memastikan laptop kekal berfungsi walaupun terjatuh dari ketinggian meja standard sekitar 100 cm.
  • Extreme Temperature Test: Mengesahkan prestasi peranti dalam suhu melampau dari -33°C hingga 55°C. Ini memastikan laptop beroperasi seperti biasa walaupun ditinggalkan di dalam kereta di bawah terik matahari Malaysia atau dibawa melancong ke negara beriklim sejuk beku.
  • Water Spill Test: Memastikan keyboard mampu mengasingkan dan mengalirkan tumpahan cecair secara selamat daripada merosakkan komponen dalaman.
  • Pressure Test: Memastikan paparan dan kerangka laptop utuh menampung beban berat, seperti apabila laptop terpijak secara tidak sengaja di atas lantai.
  • Vibration Test: Menguji ketahanan struktur terhadap getaran berterusan (5–500Hz merangkumi tiga paksi), mengelakkan skru atau komponen dalaman menjadi longgar semasa perjalanan di jalan bergelombang atau ketika menunggang motosikal.

Kami sekarang berada di "ASUS No.1 Quality & Service Media Gathering!" 💻

Terima kasih atas jemputan harini ASUS MY & ROG MY~#ASUSNo1QualityAndService pic.twitter.com/eNh1RgTpKh

— Gamer Santai (@GamerSantaiMY) July 28, 2026

Servis Seluruh Negara dan Sokongan Kurier Ke Pintu Rumah

Mendapatkan sokongan teknikal di Malaysia sekarang menjadi lebih mudah dan fleksibel, di mana ASUS menyediakan rangkaian sokongan dengan lebih 1,000 pusat servis di seluruh negara.

Pengguna di Malaysia boleh menghantar laptop mereka untuk dibaiki di mana-mana Pusat Servis ASUS rasmi atau cawangan Pos Malaysia terpilih. Bagi yang inginkan kemudahan ekstra, ASUS menawarkan perkhidmatan Pick-up & Return (PUR); kurier akan mengambil peranti dari pintu rumah anda dan menghantarnya semula setelah siap dibaiki. Bagi yang kerap ke luar negara, sokongan waranti ASUS turut merangkumi lebih 90 buah negara dan wilayah di seluruh dunia.

Keistimewaan ASUS ProCare untuk Siri Premium

ASUS turut memperkenalkan ASUS ProCare, satu program perkhidmatan eksklusif yang direka untuk pemilik laptop ProArt, Zenbook, Vivobook S, dan ROG (yang dilancarkan selepas 28 Julai 2026).

Ahli ProCare boleh menikmati:

  • Priority Service: Laluan khas di Pusat Servis ASUS terpilih untuk mengelakkan masa menunggu yang lama.
  • Unlimited 360 Cleaning & Maintenance: Perkhidmatan pembersihan dan penyelenggaraan percuma 10 langkah bagi memastikan laptop sentiasa berprestasi tinggi.

Perkhidmatan pembersihan dan penyelenggaraan 10 langkah ini merangkumi:

  1. Pemeriksaan Perkakasan Luaran & Diagnostik: Memeriksa komponen fizikal serta mengetatkan atau menggantikan skru yang longgar.
  2. Pemeriksaan Perkakasan Dalaman: Ujian diagnostik pada komponen dalaman.
  3. Pembersihan Habuk Dalaman: Membersihkan habuk pada kipas dan saluran udara bagi melancarkan sistem penyejukan.
  4. Penukaran Thermal Paste: Menyapu semula thermal paste baharu pada cip CPU dan GPU untuk mengoptimumkan suhu operasi.
  5. Pembersihan Luaran: Membersihkan bahagian luar dan chasis laptop agar nampak seperti baharu.
  6. Pengoptimuman Sistem Penyejukan: Melaras semula profil kipas dan sistem pengurusan haba.
  7. Pemeriksaan Pemulihan Sistem: Memasang semula atau menetapkan semula sistem operasi jika perlu.
  8. Diagnostik Selepas Penyelenggaraan: Memastikan kesihatan perkakasan berada pada tahap terbaik menggunakan perisian diagnostik rasmi ASUS.
  9. Ujian Prestasi & Kestabilan: Menguji kestabilan peranti di bawah beban kerja yang tinggi.
  10. Penilaian Kesihatan Bateri: Menilai tahap jangka hayat dan kesihatan bateri menggunakan perisian khas.

Untuk maklumat lanjut tentang polisi waranti atau lokasi pusat servis berdekatan, pengguna di Malaysia boleh melawati laman web ASUS Malaysia Quality & Service.

Tags: Asus Malaysia
ShareTweetSend
Previous Post

DLC Pertama Nioh 3 ‘Hell Rising’ Akan Tiba 19 Ogos 2026

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

DLC Pertama Nioh 3 ‘Hell Rising’ Akan Tiba 19 Ogos 2026
DLC

DLC Pertama Nioh 3 ‘Hell Rising’ Akan Tiba 19 Ogos 2026

July 28, 2026
eFootball World Festival – Agüero Buat Kemunculan Sulung, Taktik Baru & Juara Dunia Esports
Berita

eFootball World Festival – Agüero Buat Kemunculan Sulung, Taktik Baru & Juara Dunia Esports

July 27, 2026
Pra-Pendaftaran Monster Hunter Outlanders Kini Dibuka Melalui Garena
Mobile

Pra-Pendaftaran Monster Hunter Outlanders Kini Dibuka Melalui Garena

July 27, 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru
Mobile

BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru

July 20, 2026
Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026
Manga

Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026

July 17, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd