Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Langrisser: Sea of Sword – Combat Dual-Hero Dengan Dunia Bebas Untuk Meneroka

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 22, 2026
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, PC, RPG, Steam
0 0
0
Langrisser: Sea of Sword – Combat Dual-Hero Dengan Dunia Bebas Untuk Meneroka
Share on FacebookShare on Twitter

BlackJack Studio telah melancarkan gameplay pertama serta berkongsi maklumat bagi RPG taktikal fantasi akan datang, Langrisser: Sea of Sword.

Berbeza dengan game dahulu yang menggunakan tahap perkembangan linear mengikut peringkat, Sea of Sword menawarkan campuran eksplorasi bebas serta sistem taktikal yang lebih luas.

Pemain akan menggalas watak “the Nameless”, seorang insan yang mencari ingatannya yang hilang. Ditemani rakan misteri berambut putih bernama Eta, watak utama terheret ke dalam konflik antara puak di sebuah empayar yang luas. Daripada menceritakan kisah pengembaraan hero biasa, pembangun menampilkan naratif yang lebih berat dan matang, berteraskan kelangsungan hidup, pilihan yang sukar, serta krisis politik.

Mekanik utama IP Langrisser (iaitu komander memimpin skuad tentera) telah menerima rombakan. Sistem hibrid “dual-hero, dual-troop” terbaharu membolehkan pemain membawa dua hero sekali gus ke medan perang dalam satu unit yang sama.

Di medan perang, pemain boleh menukar peranan antara hero utama dan hero kedua. Pertukaran ini akan mengubah skil aktif serta peranan taktikal unit tersebut. Pemain juga boleh menggabungkan dan menyesuaikan jenis tentera untuk kedua-dua hero. Selain itu, menggandingkan pasangan hero tertentu akan mengaktifkan “Hero Unity Skill” unik.

Peta Sea of Sword direka sebagai sebuah dunia yang hidup dan bersambung. Di luar fasa combat, pemain bebas meneroka pekan, hutan, istana, dan gua untuk menyelesaikan teka-teki, mengumpul bahan, serta membongkarkan pelbagai kisah sampingan.

Semasa bertarung, faktor persekitaran memainkan peranan penting dalam perancangan strategi. Kedudukan tanah yang lebih tinggi memberikan kelebihan taktikal, manakala pelbagai struktur di medan perang boleh dimusnahkan. Pemain boleh merobohkan dinding untuk menyerang musuh dari sisi, atau memusnahkan jambatan batu bagi menyekat kemaraan musuh.

Di antara fasa misi, pemain boleh mengurus dan menaik taraf wilayah jajahan mereka sendiri. Elemen “base-building” ini membolehkan pemain membangunkan kem di kawasan terbiar menjadi sebuah kubu yang megah.

Pembangun memilih untuk tidak menggunakan gaya visual 3D yang terlalu gah, sebaliknya menggunakan seni lukisan tangan bagi mengekalkan estetika fantasi wira klasik. Walaupun game ini menampilkan barisan watak baharu, beberapa watak ikonik daripada game dahulu (seperti Leon, Elwin, dan Cherie) akan kembali dengan rekaan baharu.

Bagi melengkapi permainan , BlackJack Studio bekerjasama dengan komposer Yasunori Nishiki (terkenal untuk Octopath Traveler) bagi menghasilkan runut bunyi orkestra.

Langrisser: Sea of Sword akan dilancarkan untuk PC (melalui Steam), iOS, dan Android. Walaupun tarikh pelancaran rasmi belum diumumkan, pendaftaran telah dibuka di laman web rasmi, dan pemain boleh menambah game ini ke dalam wishlist Steam.

Tags: Langrisser: Sea of Sword
ShareTweetSend
Previous Post

Sankei Digital & Eliphant Bersatu Untuk Bawa Game Tempatan ke Pentas Dunia

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Sankei Digital & Eliphant Bersatu Untuk Bawa Game Tempatan ke Pentas Dunia
Industri

Sankei Digital & Eliphant Bersatu Untuk Bawa Game Tempatan ke Pentas Dunia

July 22, 2026
Previu Persona 4 Revival – Kita Kembali Ke Midnight Channel, Rupa Paras & Gameplay Lagi Dinamik
Preview

Previu Persona 4 Revival – Kita Kembali Ke Midnight Channel, Rupa Paras & Gameplay Lagi Dinamik

July 22, 2026
Stranger Than Heaven – Bezakan Diri Daripada Siri Yakuza Dengan Combat Kejam & Barisan Tokoh Global
Temuramah

Stranger Than Heaven – Bezakan Diri Daripada Siri Yakuza Dengan Combat Kejam & Barisan Tokoh Global

July 22, 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd