Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Previu Persona 4 Revival – Kita Kembali Ke Midnight Channel, Rupa Paras & Gameplay Lagi Dinamik

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 22, 2026
in Artikel, Berita, Microsoft, PC, Preview, PS5, Remake, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Previu Persona 4 Revival – Kita Kembali Ke Midnight Channel, Rupa Paras & Gameplay Lagi Dinamik
Share on FacebookShare on Twitter

Untuk kembali ke pekan Inaba adalah sesuatu yang sangat dinantikan oleh ramai peminat RPG, dan baru-baru ini kami berpeluang mencuba sendiri remake Persona 4 Revival menerusi sesi hands-on. Sesi permainan dibahagikan kepada dua bahagian, dengan tempoh 15 minit bagi setiap satu.

Bahagian pertama membawa kami ke babak awal apabila kumpulan watak utama memasuki “Midnight Channel”, yang diakhiri dengan babak Yosuke Hanamura membangkitkan Persona miliknya.

Bahagian kedua pula membawa kami ke “Princess Yukiko’s Castle” untuk melihat Chie Satonaka pula membangkitkan Personanya, sambil meneroka sedikit kawasan dungeon, dan bertarung dengan boss.

Walaupun 30 minit adalah masa yang singkat untuk menilai sebuah JRPG besar, ini sudah lebih daripada cukup untuk membuatkan kami teruja menantikan pelancaran penuh.

Perkara pertama yang menarik perhatian adalah kualiti visualnya yang lebih baik. Pekan Inaba yang dahulu agak kabur akibat hardware lama, kini nampak sangat tajam hasil teksture definisi tinggi dan pencahayaan moden.

Kawasan jalan raya, kedai, lampu jalan, dan persekitaran lain nampak jauh lebih jelas, malah model watak serta ekspresi wajah mereka juga nampak lebih hidup. Sejujurnya, kualiti visual game ini sudah setanding (malah mungkin selangkah di hadapan) berbanding game Persona terkini.

Babak animasi kini dikendalikan oleh MAPPA, dan kami boleh melihat sentuhan mereka menerusi pergerakan kamera yang dinamik serta animasi bingkai demi bingkai yang padat. Ini memberikan impak dramatik berbanding versi asal, baik untuk babak suspen mahupun ketika klimaks pertarungan.

Pihak pembangun turut menambah beberapa sentuhan baharu pada animasi tersebut. Contohnya, ada satu babak di mana sekumpulan shadow kecil muncul sebelum ditelan oleh satu shadow yang lebih besar, lalu kamera beralih semula kepada watak-watak utama.

Sesi dialog biasa juga tidak lagi memaparkan potret dan teks meleret seperti dalam versi asal. Ambil contoh babak pertembungan Yosuke dengan Shadow dirinya sendiri: dalam versi asal, ia hanya memaparkan teks meleret sebelum beralih ke babak sinematik.

Dalam Persona 4 Revival, kamera beralih fokus secara close-up dan mengubah sudut pandang pada saat-saat penting dalam perbualan. Teknik kamera seperti shot-reverse-shot dan kaedah sinematografi lain juga digunakan.

Memandangkan tema “menghadapi dan menerima sisi gelap diri sendiri” adalah penting kepada naratif game ini, naik taraf begini sangat penting untuk memastikan konflik dalaman watak-watak memberi kesan kepada pemain.

Bagi aspek penerokaan dungeon, penambahan yang paling menarik perhatian ialah mekanik “guard counter”. Ketika meneroka, pemain boleh “guard” untuk menghalang serangan daripada Shadow.

Langkah ini akan membuatkan musuh “staggered” dan memulakan pertarungan dalam keadaan “Advantage”, lengkap dengan animasi unik serta lagu tema khas. Mekanik ini bukan sahaja menyelesaikan masalah lama tentang apa yang perlu dilakukan apabila dikejar Shadow, malah memberikan inisiatif di dalam dungeon.

Memandangkan posisi “guard” boleh dikekalkan tanpa had masa, anda boleh bersiap sedia di satu kedudukan dan menunggu sehingga Shadow datang menghampiri sebelum menyerang. Penerokaan juga dibantu oleh efek cahaya kuning yang menandakan jalan ke hadapan.

Mengikut cahaya ini akan membawa kita terus ke tingkat seterusnya, manakala jika pergi ke arah bertentangan, ia menjadi petunjuk untuk mencari jalan alternatif serta bilik harta karun; satu fungsi yang sangat berguna untuk pemain completionist mahupun golongan speedrunner.

Asas sistem combat pasti sangat dikenali oleh peminat siri: cari kelemahan musuh, dapatkan giliran tambahan (1 More), jatuhkan semua musuh, dan lancarkan All-Out Attack. Namun, ada banyak pembaharuan kecil . Rekaan baharu untuk babak All-Out Attack kini lebih bergaya, malah boleh dikatakan antara yang terbaik dalam francais.

Sistem Baton Pass yang baru ditambah (daripada Persona 5) pula meluaskan strategi. Selepas menyerang kelemahan musuh dan mencetuskan “1 More”, pemain boleh menyerahkan giliran kepada rakan sepasukan untuk mengeksploitasi kelemahan musuh lain.

Dua lagi mekanik yang diumumkan sebelum ini; “Send Flying” (yang membolehkan pemain mencampak musuh ke arah musuh lain untuk menyebarkan kesan status); dan “Prime Time” (serangan bertubi-tubi tanpa kos berserta serangan penamat apabila tolok dipenuhi) tidak dipaparkan dalam versi uji cuba, jadi kami tidak dapat mengulas lebih lanjut.

Peralihan antara combat dan eksplorasi juga sangat lancar tanpa sebarang gangguan.

Skrin keputusan perlawanan mengekalkan gaya pantas yang menjadi identiti siri ini: watak-watak membuat gaya kemenangan, keputusan dipaparkan pada skrin, dan visual kembali ke dungeon dengan kesan penapis seakan CCTV sebelum kita meneruskan penerokaan. Reka bentuk UI juga layak mendapat pujian.

Ia mengekalkan motif visual TV CRT daripada versi asal tetapi dikemas kini agar elemen reka bentuk simbol lebih tajam. Hasilnya ialah gaya visual yang ringkas, memberikan rasa nostalgia, namun masih nampak kelihatan moden. Bahagian muzik juga diberikan perhatian.

Demo sudah pun memaparkan tiga lagu tema berbeza: sebuah lagu baharu yang belum diumumkan apabila guard-counter, “Reach Out to the Truth” untuk pertarungan Advantage, dan “Time to Make History” untuk pertarungan biasa… di mana setiap lagu diadun semula menggunakan bunyi yang lebih kontemporari.

Secara keseluruhan, elemen yang dirasa sudah lapuk pada Persona 4 telah diberikan nafas baharu, dan hasilnya ialah sebuah evolusi yang hebat. Jika pelancaran penuh mampu menepati (atau melangkaui) kualiti yang ditunjukkan dalam demo ini, ia berpeluang menjadi entri Persona yang paling bagus pernah dihasilkan.

Bagaimanapun, tempoh 30 minit adalah skala yang sangat kecil untuk menilai sebuah JRPG yang begitu besar, jadi masih terlalu awal untuk menganggapnya sebagai satu kejayaan. Namun, berdasarkan apa yang kita lihat setakat ini, ini adalah sebuah game yang berbaloi berada dalam radar anda.

Game ini akan dilancarkan pada 18 Februari 2027 di PlayStation 5, Xbox Series X/S, dan PC (melalui Steam dan Microsoft Store), serta akan tersedia di Xbox Game Pass pada hari pertama pelancaran. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: Persona 4 Revivalpreviu
ShareTweetSend
Previous Post

Stranger Than Heaven – Bezakan Diri Daripada Siri Yakuza Dengan Combat Kejam & Barisan Tokoh Global

Next Post

Sankei Digital & Eliphant Bersatu Untuk Bawa Game Tempatan ke Pentas Dunia

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Langrisser: Sea of Sword – Combat Dual-Hero Dengan Dunia Bebas Untuk Meneroka
Berita

Langrisser: Sea of Sword – Combat Dual-Hero Dengan Dunia Bebas Untuk Meneroka

July 22, 2026
Sankei Digital & Eliphant Bersatu Untuk Bawa Game Tempatan ke Pentas Dunia
Industri

Sankei Digital & Eliphant Bersatu Untuk Bawa Game Tempatan ke Pentas Dunia

July 22, 2026
Stranger Than Heaven – Bezakan Diri Daripada Siri Yakuza Dengan Combat Kejam & Barisan Tokoh Global
Temuramah

Stranger Than Heaven – Bezakan Diri Daripada Siri Yakuza Dengan Combat Kejam & Barisan Tokoh Global

July 22, 2026
Next Post
Sankei Digital & Eliphant Bersatu Untuk Bawa Game Tempatan ke Pentas Dunia

Sankei Digital & Eliphant Bersatu Untuk Bawa Game Tempatan ke Pentas Dunia

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd