Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Digimon UP Boleh Dimuat Turun Sekarang Di iOS & Android

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 15, 2026
in Android, Artikel, Berita, iOS, MOBA, Mobile, RPG
0 0
0
Digimon UP Boleh Dimuat Turun Sekarang Di iOS & Android
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat Digimon boleh memulakan pengembaraan baharu berikutan pelancaran rasmi game mobile Digimon UP di peranti iOS dan Android pada hari ini.

Membawa konsep “pengembaraan Digimon yang bergerak seiring dengan anda,” game ini menggabungkan nostalgia menjaga haiwan peliharaan maya dengan mekanik RPG moden dan sistem idle. Selain itu, ia turut menampilkan seni piksel retro serta elemen tersendiri yang diinspirasikan daripada siri anime dan permainan video klasik daripada francais.

Dalam Digimon Up, anda tidak perlu bergantung kepada nasib atau tuah semata-mata untuk mendapatkan Digimon. Sebaliknya, anda boleh terus memilih Partner Digimon kegemaran sebaik sahaja memulakan permainan. Ada 15 pilihan partner yang tersedia pada hari pelancaran, termasuk watak popular kegemaran ramai seperti Agumon, Gabumon, Patamon, Guilmon, dan Renamon.

Pemain akan menetaskan partner pilihan daripada Digi-Egg (Digitama) dan membesarkannya melalui pelbagai fasa pertumbuhan. Anda boleh memberi makan DigiMeat, melatih mereka, serta membantu mereka Digivolve sehingga mencapai bentuk Mega.

📝 Game Info ②
– Eating and Training –

Make your Partner Digimons stronger and make them digivolve through eating and training!

🍖 Eating
Grow DigiMeat for your Partner Digimon in your Meat Field! Through eating, they can earn Buff Skills at random, so feed them until you are… pic.twitter.com/77m5bb7aYv

— DIGIMON UP (@Digimon_up_en) July 7, 2026

Walaupun partner utama dibesarkan secara langsung, game ini turut menawarkan sistem gacha untuk mengumpul “Support Digimon” dan “Skill Card”. Semasa bertarung, Partner Digimon akan berjuang bersama sehingga lima Support Digimon, membentuk satu pasukan yang terdiri daripada enam ahli. Anda juga boleh menggunakan Digimon Card yang dikumpul untuk mengaktifkan skil khas bagi mengubah hala tuju pertarungan.

📝 Game Info ④
– Battles and Tamer Interactions –

Digimons will fight automatically in the main battle screen. As you progress through the Stages, enemies will get stronger and stronger, so keep training your Digimons to win all the battles easily!

In addition, you can… pic.twitter.com/nYCinMt6qG

— DIGIMON UP (@Digimon_up_en) July 10, 2026

Bagi memudahkan pemain dengan jadual harian yang sibuk, Digimon Up dilengkapi dengan fungsi idle progression dan mekanik auto-battle. Ciri ini membolehkan pasukan terus berkembang menjadi lebih kuat walaupun anda tidak membuka permainan. Selain daripada jalan cerita utama, anda juga boleh menyertai cabaran PvE, pertempuran arena, aktiviti guild, serta mengumpul dan mengubah suai peranti Digidevice maya.

📢 DIGIMON UP IS OUT TODAY!

👇Play now!
App Store:https://t.co/wv3AXbvzOr
Google Play:https://t.co/UDrm1CG03J#DigimonUP #Digimon pic.twitter.com/DJ1wkfNpjj

— DIGIMON UP (@Digimon_up_en) July 15, 2026

Digimon Up ditawarkan secara free-to-play dengan pilihan pembelian dalam aplikasi. Anda boleh memuat turun game ini bermula hari ini menerusi pautan di bawah:

  • App Store (iOS): Muat Turun di Sini
  • Google Play (Android): Muat Turun di Sini

Tags: Digimon UPMobile
ShareTweetSend
Previous Post

Honkai: Star Rail – Version 4.4 Tiba Hari Ini Bersama Himeko • Nova

Next Post

[Eksklusif] Dragon’s Dogma 2: Dark Arisen – Asal-Usul Nama, Eksplorasi Di Norgan & Dungeon “Lost Rites”

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

EA Ucap Selamat Tinggal Kepada Need for Speed & Burnout, Kini Hanya Fokus Kepada Battlefield
Berita

EA Ucap Selamat Tinggal Kepada Need for Speed & Burnout, Kini Hanya Fokus Kepada Battlefield

July 15, 2026
Capcom Akan Turunkan Harga Monster Hunter Wilds & Susun Semula DLC
Berita

Capcom Akan Turunkan Harga Monster Hunter Wilds & Susun Semula DLC

July 15, 2026
Filem “Doraemon: New Nobita and the Castle of the Undersea Devil” Akan Tayang Pada 16 Julai, Hanya Di GSC
Anime

Filem “Doraemon: New Nobita and the Castle of the Undersea Devil” Akan Tayang Pada 16 Julai, Hanya Di GSC

July 15, 2026
Next Post
[Eksklusif] Dragon’s Dogma 2: Dark Arisen – Asal-Usul Nama, Eksplorasi Di Norgan & Dungeon “Lost Rites”

[Eksklusif] Dragon's Dogma 2: Dark Arisen – Asal-Usul Nama, Eksplorasi Di Norgan & Dungeon "Lost Rites"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd