Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Monster Hunter Outlanders – Ujian Beta 3 Bermula Ogos 2026

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 3, 2026
in Action, Android, Artikel, Berita, Beta, iOS, Mobile, Open World
0 0
0
Monster Hunter Outlanders – Ujian Beta 3 Bermula Ogos 2026
Share on FacebookShare on Twitter

Pendaftaran untuk ujian beta tertutup ketiga (CBT3) bagi game Monster Hunter Outlanders dibuka secara rasmi oleh Capcom dan TiMi Studio Group. Bagi gamer yang ingin mencuba game open-world survival ini lebih awal, anda boleh menghantar permohonan melalui laman web rasmi bermula sekarang sehingga 24 Julai 2026.

Sesi ujian ini dijadualkan bermula pada 7 Ogos 2026 dan boleh diakses menerusi peranti iOS serta Android.

Apa itu Monster Hunter Outlanders?

Bagi yang kurang tahu, Monster Hunter Outlanders merupakan usaha terbaharu Capcom untuk membawakan pengalaman “MonHun” ke peranti mobile. Berbeza dengan gameplay berasaskan lokasi dalam Monster Hunter Now, Outlanders direka sebagai sebuah game open-world action-survival RPG.

Berlatarkan benua bernama Aesoland, anda boleh meneroka alam liar, memburu raksasa gergasi, mengumpul bahan, membina pangkalan, dan menghasilkan gear. Game ini menggunakan sudut pandang third-person serta menyokong mod solo mahupun online co-op sehingga empat orang pemain.

Apa yang Baharu dalam Ujian Beta Ketiga?

Menurut pasukan pembangun, CBT3 bakal memperkenalkan “Radiant Monster” baharu serta watak Hunter tambahan (digelar sebagai Adventurer) yang belum pernah muncul dalam sesi ujian sebelum ini.

Selain itu, TiMi akan membawakan beberapa pengoptimuman prestasi berdasarkan maklum balas dan data yang dikumpul daripada ujian bulan Mei lalu.

Cara Memohon dan Syarat Penyertaan

Pendaftaran dibahagikan kepada dua kategori, dan anda boleh memohon untuk salah satu atau kedua-dua kategori sekali gus:

  • Peserta Umum: Ditujukan kepada pemain biasa yang ingin menguji gameplay dan memberikan maklum balas bagi membantu proses pembangunan.
  • Pencipta Kandungan: Terbuka khas buat streamer dan pencipta kandungan yang aktif. Pencipta kandungan yang terpilih amat digalakkan untuk live-stream dan berkongsi gameplay mereka di media sosial.

Monster Hunter Outlanders
3rd Closed Beta Test Recruitment Now Open!

Team up with your friends and Buddies for a hunt on Aesoland!

Test Overview
· Closed beta (no in-app purchases, all game data will be wiped after the test concludes)
· Platforms: Android / iOS
· Recruitment… pic.twitter.com/J6fEM5bWK8

— Monster Hunter Outlanders (@MHO_English) July 2, 2026

Spesifikasi Sistem

Untuk menyertai ujian beta ini, peranti anda perlulah memenuhi spesifikasi minimum berikut:

  • iOS: iPhone XR ke atas, dengan sistem operasi iOS 17 ke atas.
  • Android: Snapdragon 845 ke atas, dengan sistem operasi Android 12.0 ke atas.

Pemohon yang terpilih akan dihubungi melalui e-mel yang didaftarkan semasa memohon. Borang soal selidik dan pendaftaran penuh boleh diakses di laman web rasmi Monster Hunter Outlanders.


#MHOutlanders
3rd Closed Beta Test Recruitment Now Open!

Team up with your friends and Buddies for a hunt on Aesoland!

Apply here:https://t.co/31XQmtAmcE

Test Overview
· Closed beta (no in-app purchases, all game data will be wiped after the test concludes)
· Platforms:… pic.twitter.com/1VU0ehckxi

— Monster Hunter Outlanders (@MHO_English) July 2, 2026

Namun begitu, ada sedikit berita kurang gembira buat pemain tempatan. Walaupun Malaysia terlibat dalam sesi ujian kedua (CBT2) pada April dan Mei lalu, senarai negara yang layak untuk CBT3 telah diketatkan. Hanya negara berikut sahaja yang disokong buat masa ini:

  • Jepun
  • Amerika Syarikat
  • Kanada
  • Jerman
  • United Kingdom
  • Perancis
  • Filipina

Meskipun sekatan ini, pemain di Malaysia masih boleh mencuba nasib dengan menghantar borang pendaftaran bagi menunjukkan minat dari rantau ini, atau terus mengikuti perkembangan sekiranya senarai negara yang disokong dikemas kini nanti.

Tags: BETAMonster Hunter Outlanders
ShareTweetSend
Previous Post

Unboxing The Adventures of Elliot: The Millennium Tales Collector’s Edition

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Unboxing The Adventures of Elliot: The Millennium Tales Collector’s Edition
Unboxing

Unboxing The Adventures of Elliot: The Millennium Tales Collector’s Edition

July 2, 2026
Code Vein II Terima Expansion Pertama ‘Mask of Idris’ & Update Versi 2.0
DLC

Code Vein II Terima Expansion Pertama ‘Mask of Idris’ & Update Versi 2.0

July 2, 2026
Attack on Titan 3 – Akan Datang ‘Winter 2026,’ Gameplay Baru Didedahkan
Berita

Attack on Titan 3 – Akan Datang ‘Winter 2026,’ Gameplay Baru Didedahkan

July 2, 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd