Kami baru-baru ini berpeluang mendapatkan set Collector’s Edition untuk game The Adventures of Elliot: The Millennium Tales.

Konteks untuk mereka yang kurang tahu, game ini telah pun dilancarkan pada 18 Jun 2026. Dibangunkan oleh Square Enix dan Claytechworks, serta diterbitkan oleh Team Asano (pencipta kreatif di sebalik siri popular Octopath Traveler dan Bravely Default), game ini merupakan projek pertama oleh mereka untuk membawakan gaya visual HD-2D ke dalam format real-time action-adventure.
Dalam game ini, kita akan bermain sebagai Elliot, seorang pengembara yang ditemani rakan pari-parinya bernama Faie. Elliot menggunakan sebuah pintu gerbang misteri untuk merentasi garis masa sepanjang seribu tahun demi meneroka benua Philabieldia yang luas dan mencabar.
Jadi jom kita lihat isi kandungan di dalam Collector’s Edition, serta bagaimana barangan tersebut berkait rapat dengan perjalanan Elliot.
Game (Nintendo Switch 2)
Sudah tentu, tarikan asas bagi keseluruhan set ini ialah salinan fizikal game tersebut untuk konsol Nintendo Switch 2. Seperti biasa untuk mana-mana game fizikal Switch 2, ia datang dalam bentuk key-card.


Jam Meja Faie and the Door of Time
Tetapi tarikan utama dalam The Adventures of Elliot: The Millennium Tales Collector’s Edition pasti adalah jam meja diorama yang direka khas mengikut rupa “Door of Time” dari dalam game. Mengikut jalan cerita, pintu gerbang ini merupakan kunci utama yang menghubungkan era masa kini dan lalu, lalu membolehkan Elliot mengembara merentasi empat zaman berbeza.
Replika ini menampilkan pintu gerbang tersebut dalam bentuk jam meja analog. Ia dihiasi figura pari-pari Faie yang sedang duduk di atas topi berbulu milik Elliot. Kemasan warna pula mempunyai kesan lusuh bagi memberikan rupa seolah-olah buatan tangan yang berkualiti tinggi… sangat sesuai dijadikan hiasan di atas meja atau rak buku.
Original Soundtrack (Set CD 4-Keping)
Pakej ini turut mempunyai edisi fizikal runut bunyi daripada game yang telah melalui proses mastering. Runut bunyi ini dimuatkan di dalam set empat keping CD, di mana setiap keping cakera memaparkan ilustrasi salah seorang watak utama game ini.
Jika anda tidak bercadang untuk membeli Collector’s Edition, Square Enix ada merancang untuk menjual soundtrack ini secara berasingan nanti.
Barangan Bonus: Beg Tote
Walaupun tidak disertakan di dalam Collector’s Edition, kami sempat mendapatkan beg tote khas sepadan. Beg kanvas yang praktikal ini menampilkan logo rasmi game tersebut, dan amat sesuai untuk kegunaan harian atau digunakan bagi membawa barang penting ke mana sahaja.



















Discussion about this post