Arc System Works telah memuktamadkan barisan watak bagi fighting game terbaru mereka, Marvel Tōkon: Fighting Souls. Game ini diterbitkan oleh Sony Interactive Entertainment dengan kerjasama Marvel Games dan dijadualkan keluar pada 6 Ogos 2026 di PlayStation 5 serta PC (melalui Steam dan Epic Games Store).
Membawa gaya seni berinspirasikan anime serta sistem 4v4 tag-team unik, setiap perlawanan akan bermula dengan hanya satu watak utama dan satu watak assist. Sepanjang pertarungan berlangsung, pemain boleh membawa masuk baki ahli pasukan secara berperingkat apabila syarat tertentu dipenuhi (seperti menerima damage atau mengaktifkan “Wall Breaks” di beberapa bahagian gelanggang).
Apabila dilancarkan nanti, sebanyak 20 watak sedia untuk dimainkan. Apa yang menarik adalah roster tersebut dibahagikan kepada lima pasukan bertema yang masing-masing dianggotai empat watak bagi mewakili pelbagai faction dalam alam semesta Marvel.
Barisan Watak Semasa Pelancaran
Unbreakable X-Men
- Wolverine
- Storm
- Magik
- Danger
The Amazing Guardians
- Spider-Man
- Ms. Marvel
- Star-Lord
- Peni Parker
Fighting Avengers
- Captain America
- Iron Man
- Black Panther
- Hulk
Knights of Doom
- Doctor Doom
- Magneto
- Green Goblin
- Carnage
Samurai Outriders
- Ghost Rider
- Blade
- Deadpool
- Loki
Walaupun barisan watak dihadkan kepada 20 watak, Arc System Works sudah pun merancang pelbagai kemas kini selepas pelancaran. Seperti game lawan moden lain, Marvel Tōkon: Fighting Souls akan menerima watak tambahan dari semasa ke semasa melalui “Stage Pass.”








Discussion about this post