ASUS Republic of Gamers (ROG) Malaysia telah melancarkan barisan laptop gaming terbaharu bagi tahun 2026. Pelancaran ini membawakan konfigurasi terkini untuk model dual-screen ROG Zephyrus Duo, model flagship ROG Strix SCAR 18, serta model berprestasi tinggi ROG Strix G16 dan G18.
Semua laptop baharu ini dikuasakan oleh pemproses Core Ultra terkini daripada Intel dan GPU laptop GeForce siri RTX 50 berasaskan seni bina Blackwell daripada NVIDIA. Gandingan ini menawarkan peningkatan prestasi untuk aktiviti gaming, penghasilan kandungan, serta tugasan AI secara lokal.
ROG Zephyrus Duo (2026)

ROG Zephyrus Duo (2026) kekal sebagai sebuah peranti unik dalam kategori portable workstation. Laptop ini dilengkapi dengan dua skrin sentuh OLED 3K ROG Nebula HDR berbeza. Apabila digabungkan, kedua-dua skrin ini menawarkan lebih daripada 21 inci ruang skrin pepenjuru secara keseluruhan untuk meluaskan lagi ruang kerja pengguna.
Kedua-dua paparan ini menampilkan response time 0.2ms dan refresh rate 120Hz. Skrin utama menyokong NVIDIA G-SYNC untuk mengurangkan isu ‘screen tearing’ dan kesan ghosting ketika bermain game pantas. Direka untuk mengendalikan kerja visual profesional, panel skrin ini menawarkan kecerahan puncak sehingga 1,100 nits, pensijilan VESA DisplayHDR True Black 1000, serta liputan 100% gamut warna DCI-P3 dengan ketepatan warna Delta E kurang daripada 1.
Dari segi spesifikasi, Zephyrus Duo dikuasakan oleh pemproses Intel Core Ultra 9 386H, iaitu sebahagian daripada keluarga cip 3nm Panther Lake-H daripada Intel. Cip dengan 16-core dan 16-thread ini dioptimumkan untuk kecekapan tenaga serta prestasi single-core dan pelbagai-multi-core. Ia digandingkan dengan GPU Laptop NVIDIA GeForce RTX 5090 yang dilengkapi memori GDDR7 bersaiz 24GB pada bas 256-bit — menawarkan peningkatan bandwidth yang ketara berbanding konfigurasi GDDR6 generasi sebelumnya.
Bagi keselesaan, Zephyrus Duo didatangkan dengan papan kekunci magnetik yang boleh ditanggalkan. Dengan profil senipis 5.1mm sahaja, ia mengekalkan jarak key travel 1.7mm yang selesa dan boleh ditanggalkan untuk digunakan secara tanpa wayar melalui Bluetooth. ASUS juga telah meluaskan kawasan touchpad berbanding model sebelum ini bagi memudahkan navigasi.
- Harga: RM 36,999 (Model: GX651A-XSR222W, Stellar Grey)
- Kandungan Kotak: ROG Backpack untuk Duo, ROG Gladius III Mouse, Adapter AC Type-C 100W, dan Adapter AC 250W.
ROG Strix SCAR 18 (2026)

Direka sebagai pengganti desktop berprestasi tinggi, ROG Strix SCAR 18 (2026) dibina khusus untuk mengendalikan permintaan gaming yang berat, rendering 3D gred profesional, dan pembangunan AI secara lokal.
Laptop ini dikuasakan oleh pemproses Intel Core Ultra 9 290HX Plus. Cip mudah alih kelas tinggi 3nm ini mempunyai 24 core (8 Perfomance Core berkelajuan sehingga 5.5 GHz dan 16 Efficient Core sehingga 4.7 GHz) serta 24 thread, disokong oleh memori cache L3 sebanyak 36MB. Dari segi grafik, konfigurasinya menyokong sehingga GPU Laptop NVIDIA GeForce RTX 5090.
Bagi memaksimumkan prestasi perkakasan ini, ROG telah meningkatkan had hantaran kuasa keseluruhan sistem daripada 255W pada model terdahulu kepada 320W. GPU tersebut boleh menggunakan kuasa maksimum sehingga 175W (TGP), memanfaatkan sepenuhnya penambahbaikan seni bina seperti Tensor Cores generasi kelima dan teknologi NVIDIA DLSS 4. DLSS 4 memperkenalkan teknologi neural rendering, seperti ‘transformer-based Super Resolution’ dan ‘Multi-Frame Generation’, bagi meningkatkan kejelasan pergerakan serta menghasilkan frame rate yang lebih lancar.
Harga & Spesifikasi:
- RM 32,999 (Model: G835L-XGTQ284WP, Off Black): Core Ultra 9 290HX Plus / 64GB RAM / 1TB + 1TB SSD (RAID 0) / RTX 5090. Termasuk ROG Backpack, ROG Gladius III Mouse, Adapter Type-C 100W, dan Adapter AC 450W.
- RM 30,999 (Model: G835L-WGSA478WP, Off Black): Core Ultra 9 290HX Plus / 64GB RAM / 2TB + 2TB SSD (RAID 0) / RTX 5080. Termasuk ROG Backpack, Adapter Type-C 100W, dan Adapter AC 450W.
- RM 27,999 (Model: G835L-WGSA378WP, Off Black): Core Ultra 9 290HX Plus / 64GB RAM / 2TB SSD / RTX 5080. Termasuk ROG Backpack, Adapter Type-C 100W, dan Adapter AC 450W.
ROG Strix G16 dan G18 (2026)


Laptop Strix G16 dan Strix G18 menawarkan prestasi tahap kompetitif untuk esports dan pencipta kandungan. Model-model ini dilengkapi dengan ROG Nebula Display dan mengekalkan estetika reka bentuk ROG yang menyerlah.
Kebanyakan konfigurasi dilengkapi dengan pemproses Intel Core Ultra 9 290HX Plus, manakala pilihan grafik menawarkan prestasi sehingga GPU Laptop NVIDIA GeForce RTX 5070 Ti atau RTX 5070/5060.
Kedua-dua model turut dilengkapi dengan sistem penyejukan canggih ROG dan reka bentuk ‘tool-less chassis’. Ini membolehkan pengguna membuka peranti dengan mudah untuk menaik taraf komponen penting seperti RAM sistem dan storan SSD.
Harga & Spesifikasi:
- ROG Strix G18 (2026):
- RM 16,999 (Model: G815L-RTT362WP, Volt Green): Core Ultra 9 290HX Plus / 32GB RAM / 1TB SSD / RTX 5070 Ti. Termasuk ROG Backpack dan Adapter AC 280W.
- RM 14,999 (Model: G815L-MTT9068WP, Volt Green): Core Ultra 9 290HX Plus / 32GB RAM / 1TB SSD / RTX 5060. Termasuk ROG Backpack dan Adapter AC 280W.
- ROG Strix G16 (2026):
- RM 15,999 (Model: G615L-PTS6108WP, Eclipse Gray): Core Ultra 9 290HX Plus / 32GB RAM / 1TB SSD / RTX 5070. Termasuk ROG Backpack dan Adapter AC 280W.
- RM 13,999 (Model: G615L-MTS5078WP, Eclipse Gray): Core Ultra 9 290HX Plus / 32GB RAM / 1TB SSD / RTX 5060. Termasuk ROG Backpack, ROG Impact Mouse, dan Adapter AC 280W.
- RM 12,999 (Model: G615L-MTS5088W, Eclipse Gray): Intel Core Ultra 7 255HX / 32GB RAM / 1TB SSD / RTX 5060. Termasuk ROG Backpack dan Adapter AC 280W.
Ketersediaan & Promosi Early-Bird

Semua laptop ROG 2026 di atas boleh didapati di kedai pengedar sah di seluruh Malaysia bermula dari 26 Jun 2026.
Pelanggan yang membeli mana-mana model baharu ini pada atau sebelum 17 Julai 2026 layak menerima pakej berkas promosi early-bird bernilai sehingga RM 2,948, sementara stok masih ada.
Untuk maklumat lanjut dan bagi melihat spesifikasi rasmi, sila layari pautan berikut:
- Halaman Acara Pra-Tempahan ROG: https://my.rog.gg/CompleteYourEndgameBuild_pr
- eStore ASUS Malaysia: http://www.asus.com/my/store/









Discussion about this post