Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Indie Wavemakers 2026 Bawa Kolaborasi Menarik Bersama charc+r Fest – Dua Acara, Satu Tiket

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 29, 2026
in Acara, Artikel, Berita, Indie, Industri, Pameran/Expo
0 0
0
Indie Wavemakers 2026 Bawa Kolaborasi Menarik Bersama charc+r Fest – Dua Acara, Satu Tiket
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum Indie Wavemakers Exchange (IWX) 2026 berlangsung pada 10 Julai 2026 di Singapura (Catapult’s Ascent Auditorium, Rochester Commons), pihak penganjur Eliphant (pasukan di sebalik GameStart Asia) telah mengumumkan barisan panel penceramah: yang menampilkan topik-topik menarik merangkumi seluk-beluk penerbitan, strategi perniagaan, dan landskap pembangunan tempatan.

Mengumpulkan para pembangun indie, penerbit, dan profesional industri di bawah satu bumbung, IWX diwujudkan sebagai platform B2B untuk memupuk kerjasama serta perkongsian ilmu dalam ekosistem pembangunan game Asia Tenggara yang kini sedang berkembang pesat.

Program persidangan di bawah akan mengupas realiti di sebalik penghasilan dan pemasaran game dalam pasaran global, di samping menawarkan pandangan praktikal daripada pembangun serta penerbit berpengalaman:

How Weird Games Break Through

  • Penceramah: Jon Carnage (Creative Director & Director of Cross Media, tinyBuild)
  • Intipati Sesi: Walaupun di luar jangkaan, sesetengah game paling unik dan dipacu oleh personaliti sering kali berjaya mencuri tumpuan sehingga menjadi tular. Sesi ini akan membincangkan bagaimana sebuah projek indie berskala kecil boleh membina publisiti awal, menarik minat pencipta kandungan, serta mengubah idea yang berciri niche menjadi satu fenomena budaya yang lebih besar.

Why We Bet the Company on a Dungeon

  • Penceramah: James Barnard (Pengasas, Springloaded Games)
  • Intipati Sesi: Selepas kejayaan merangkul perhatian menerusi game management sim Let’s Build a Zoo, studio Springloaded Games yang berpangkalan di Singapura mengambil langkah berani dengan menukar hala tuju syarikat demi projek terbaharu mereka, Let’s Build a Dungeon. Menerusi sesi ini, James Barnard akan mengulas situasi semasa industri game, cara untuk studio terus berdaya saing, serta mengapa perancangan jangka panjang kadangkala memerlukan risiko kreatif yang besar.

To All the Games I Never Signed

  • Penceramah: Patrick Johnson (Head of Discovery, Playstack) dan Brian Kwek (Pengasas & Pemilik, Ysbryd Games)
  • Moderator: Sam Low (Publishing Director, Neon Noroshi)
  • Intipati Sesi: Di sebalik lambakan kisah kejayaan yang sering kita dengar, sebenarnya banyak pembentangan berpotensi besar yang akhirnya ditolak oleh penerbit. Dalam sesi fireside chat ini, barisan panel akan membincangkan kesilapan biasa yang sering dilakukan oleh pembangun ketika membentangkan idea mereka. Mereka juga akan merungkai apa yang sebenarnya dimaksudkan oleh penerbit apabila mencari game yang mempunyai “vibes” menarik atau elemen “keseronokan”.

Game Development in Singapore: Perspectives from a Solo Dev, Indie Studio, and Triple-A Studio

  • Penceramah: Zhou Xuanming (Pengasas, aliasBLACK), Shawn Toh (Pengasas Bersama & CEO, BattleBrew Productions), dan Raymond Wong (Senior Vice President & Director, KOEI TECMO Singapore)
  • Moderator: Teo Kah Hui (Portfolio Director, Keywords Studios)
  • Intipati Sesi: Cabaran dan realiti menghasilkan game di Singapura adalah sangat berbeza, bergantung kepada saiz operasi sesebuah studio. Sesi ini akan membandingkan pengalaman harian seorang pembangun solo yang baru pulang dari Sweden, sebuah studio indie tempatan yang sedang membina identiti tersendiri, serta sebuah studio AAA yang terlibat dalam rangkaian pengeluaran global.

Lebih Nilai, Dua Acara: Kerjasama dengan charc+r Fest

Menambah lagi kemeriahan IWX tahun ini, penganjur turut bekerjasama dengan charc+r Fest 2026. Dianjurkan bersama oleh Super Tough Friends dan Eliphant, festival kali ini membawakan tema “IP in Play”; memfokuskan kepada bagaimana harta intelek (intellectual property atau IP) watak asli boleh dikembangkan untuk pelbagai medium dan cabang seni kreatif.

Akan berlangsung pada 11 hingga 12 Julai 2026 di Pusat Kebudayaan Cina Singapura (SCCC), Multi-Purpose Hall (Tahap 7), festival ini akan menampilkan rekaan karakter asli, pereka art-toy indie, serta sebuah “Gaming Zone” yang mempamerkan IP game tempatan.

Istimewa untuk semua pemegang tiket IWX 2026, anda akan menerima tiket masuk percuma ke charc+r Fest sepanjang hujung minggu tersebut. Bagi pembangun game indie yang berminat untuk mempamerkan projek masing-masing di festival ini, penganjur turut menawarkan kadar sewa tapak istimewa.

Tiket

Setiap pembelian tiket IWX 2026 akan merangkumi akses penuh sehari suntuk ke persidangan, hidangan makan tengah hari, jemputan ke acara suai kenal “Wave Party” (6:00 petang – 9:00 malam), serta pas masuk percuma ke charc+r Fest.

  • Tarikh: Jumaat, 10 Julai 2026
  • Masa: 11:00 pagi – 6:00 petang (Pendaftaran bermula jam 10:30 pagi)
  • Wave Party: 6:00 petang – 9:00 malam
  • Tempat: Catapult, Ascent Auditorium, Tahap 2, 1 Rochester Park, Rochester Commons, Singapura, 139212

Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket, sila layari laman Eventbrite Indie Wavemakers 2026. Anda juga boleh mendapatkan butiran lanjut mengenai festival hujung minggu tersebut menerusi laman web rasmi charc+r.

Tags: Indie Wavemakers Exchange
ShareTweetSend
Previous Post

Mahu PC Edisi Terhad? Koleksi Ultra-Premium ASUS ROG “Edition 20” Kini Di Malaysia

Next Post

Laptop Gaming Terbaru ROG Tiba Di Malaysia – Zephyrus Duo & ROG Strix Terima Edisi 2026

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Laptop Gaming Terbaru ROG Tiba Di Malaysia – Zephyrus Duo & ROG Strix Terima Edisi 2026
Laptop

Laptop Gaming Terbaru ROG Tiba Di Malaysia – Zephyrus Duo & ROG Strix Terima Edisi 2026

June 29, 2026
Mahu PC Edisi Terhad? Koleksi Ultra-Premium ASUS ROG “Edition 20” Kini Di Malaysia
Teknologi

Mahu PC Edisi Terhad? Koleksi Ultra-Premium ASUS ROG “Edition 20” Kini Di Malaysia

June 26, 2026
10 Lagu Tema Anime Paling Ikonik Pilihan Pakar Muzik Dunia
Anime

10 Lagu Tema Anime Paling Ikonik Pilihan Pakar Muzik Dunia

June 26, 2026
Next Post
Laptop Gaming Terbaru ROG Tiba Di Malaysia – Zephyrus Duo & ROG Strix Terima Edisi 2026

Laptop Gaming Terbaru ROG Tiba Di Malaysia - Zephyrus Duo & ROG Strix Terima Edisi 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd