Beberapa hari lalu, rancangan televisyen Professional Ranking dari Jepun telah mendedahkan senarai 10 lagu tema anime terbaik sepanjang zaman. Pilihan ini dibuat oleh satu panel global yang dianggotai 166 profesional muzik (termasuk penyanyi, komposer, pemuzik, dan penerbit) dari 41 buah negara. Dalam undian tersebut, lagu klasik “A Cruel Angel’s Thesis” daripada Neon Genesis Evangelion telah dinobatkan di tangga nombor satu.
Lagu nyanyian Yoko Takahashi ini baru-baru ini turut meraikan minggu ke-1,000 di dalam Carta Kedudukan Karaoke Mingguan Oricon, lantas menjadikannya lagu keempat sahaja dalam sejarah muzik Jepun yang berjaya mencapai rekod berkenaan.
Berikut adalah senarai penuh 10 lagu tema anime terbaik sepanjang zaman:
1. A Cruel Angel’s Thesis (Neon Genesis Evangelion)
2. Blue Bird (Naruto: Shippuden)
3. CHA-LA HEAD-CHA-LA (Dragon Ball Z)
4. Gurenge (Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba)
5. Moonlight Densetsu (Sailor Moon)
6. Tetsujin 28-go (Tetsujin 28)
7. Astro Boy (Astro Boy)
8. Zenzenzense (Your Name.)
9. We Are! (One Piece)
10. Always With Me (Spirited Away)









Discussion about this post