Susanoo adalah salah satu kebolehan terkuat yang boleh diperolehi oleh Uchiha yang telah membangkitkan Mangekyo Sharingan di kedua-dua mata. Digambarkan sebagai pertahanan terkuat di siri Naruto, Susanoo tampil sebagai humanoid gergasi yang dibuat dari chakra pengguna, dan ia mampu bertindak bagi pihak mereka. Ia pertama kali diperkenalkan kepada kami oleh Uchiha Itachi semasa bertarung dengan Sasuke, dan lama-kelamaan, banyak watak lain menunjukkan mereka mampu menggunakan Susanoo juga.
Walaupun ia boleh digunakan oleh setiap Uchiha dengan dua Mangekyo Sharingan, kekuatannya berbeza mengikut pengguna. Berikut adalah tujuh pengguna Susanoo paling hebat di siri Naruto mengikut kekuatan.
Uchiha Shisui
Salah satu prodigi terkenal Uchiha, Shisui adalah jonin Konoha dengan bakat dan kemahiran yang luar biasa. Semasa Third Great Ninja War, Shisui menyaksikan seseorang yang rapat mati, lantas menyebabkannya mendapat Mangekyo Sharingan. Oleh kerana dia memilikinya dalam kedua-dua mata, dia juga mempunyai keupayaan untuk menggunakan Susanoo.
Dalam Naruto Shippuden: Ultimate Ninja Storm Revolution, latar belakang Shisui mendedahkan bahawa dia sebenarnya mampu menggunakan Susanoo. Walaupun versinya tidak lengkap, (mungkin kerana mempunyai satu mata yang dicuri oleh Danzo), ia masih cukup kuat untuk menguruskan satu batalion shinobi.
Uchiha Itachi
Dikenali dengan kehebatan Mangekyo Sharingan-nya, Uchiha Itachi membangkitkan kebolehan ini apabila Uchiha Shisui membunuh diri di hadapannya. Akibatnya, Itachi mendapat akses kepada mata-mata yang berkuasa ini, dan juga keupayaan untuk menggunakan api hitam Amaterasu, dan genjutsu Tsukuyomi yang berkuasa.
Kebolehan ketiga untuk matanya adalah Susanoo. Pertama diperkenalkan dalam pertarungan melawan Sasuke, Susanoo milik Itachi adalah sangat istimewa. Walaupun ia bukan Complete Body Susanoo, ia memiliki dua senjata ethereal yang menjadikannya sukar untuk dikalahkan. Bayangkan kalau Itachi memahirkan Complete Body Susanoo.
Uchiha Madara
Salah satu daripada Uchiha paling kuat sepanjang masa, Madara adalah orang pertama dalam siri ini untuk menayangkan Complete Body Susanoo. Semasa seorang kanak, Madara membangkitkan Sharingan-nya lebih awal daripada lain, dan kemajuannya tidak berhenti di sana. Tidak lama kemudian, dia membunuh sahabatnya untuk mendapatkan Mangekyo Sharingan, dan setelah kematian adiknya, dia memindahkan mata adiknya kepada diri sendiri untuk menjadi Eternal Mangekyo Sharingan. Dengan Eternal Mangekyo Sharingan, Uchiha Madara boleh berlawan setanding dengan Hashirama selama 3 hari.
Ia juga membolehkannya untuk mewujudkan Complete Body Susanoo, yang lebih besar daripada gunung. Dengan kekuatan ini, Madara dapat menandingi shinobi terkuat pada zaman itu, Senju Hashirama. Walaupun dia akhirnya kalah, penggunaan Madara pada keupayaan ini sangat luar biasa, sehingga dia boleh menggunakannya pada Bijuu.
Otsutsuki Indra
Anak sulung Otsutsuki Hagoromo, Indra dianggap sebagai genius sejak kecil. Kehebatan pertempurannya sehingga tiada siapa yang dapat menewaskannya. Akibat dari mewarisi chakra kuat ayahnya, Indra memiliki Kekkei Genkai dari Sharingan yang berkembang menjadi Mangekyo Sharingan. Antara kuasa yang ditawarkan oleh Kekkei Genkai legenda ini ialah Susanoo.
Tidak mengejutkan, Indra juga dapat mewujudkan Complete Body Susanoo walaupun dia tidak memiliki Eternal Mangekyo Sharingan. Dari segi kuasa, Susanoo-nya cukup hebat untuk melawan Otsutsuki Ashura dalam peperangan. Tiada raguan, Indra adalah pengguna Susanoo yang luar biasa.
Hatake Kakashi
Walaupun bukan seorang Uchiha, Kakashi memiliki Sharingan dari awal siri. Semasa Third Great Ninja War, Obito memberi matanya sebelum mati (rupanya hidup), dan dalam proses, terhasillah ‘Kakashi of the Sharingan‘. Pada awal Naruto Shippuden, Kakashi dilihat menggunakan Mangekyo Sharingan, dan kendaliannya atas keupayaan ini semakin meningkat mengikut masa. Sebelum pengakhiran Fourth Great Ninja War, Kakashi diberkati dengan kedua-dua Mangekyo Sharingan oleh Obito dan baki chakra Six Path.
Menggabungkan dua kuasa tersebut, Kakashi membangunkan Complete Susanoo yang dapat memerangi Otsutsuki Kaguya. Walaupun kuasa itu hanya sementara, ia memperkuatkan kebolehan Kakashi melebihi mana-mana shinobi dan dalam proses, menjadikannya kebal.
Uchiha Sasuke
Uchiha terkuat sepanjang zaman, Sasuke bangkit dari menjadi Uchiha biasa kepada orang yang kini menggunakan separuh kuasa Otsutsuki Hagoromo. Semasa Fourth Great Ninja War, Sasuke mendapat akses ke Eternal Mangekyo Sharingan setelah memindahkan mata Itachi. Dengan kekuatan Eternal Mangekyo Sharingan, Sasuke bangun kepada Complete Body Susanoo, yang dikuatkan lagi oleh chakra Six Path, seperti Indra.
Untuk menguatkan lagi kekuatannya, Sasuke menyedut chakra Bijuu dan menggunakannya untuk meningkatkan kekuatan Susanoo-nya lebih jauh, menjadi yang pertama dan satu-satunya orang untuk membangkitkan ‘Indra Susanoo‘. Kekuatannya sudah cukup untuk mengalahkan Naruto mode Kyuubi, walaupun Naruto mempunyai kekuatan fizikal dan jumlah chakra yang lebih tinggi.
Otsutsuki Hagoromo
Karakter yang paling kuat dalam keseluruhan siri, Hagoromo Otsutsuki juga merupakan pengguna Susanoo, sekurang-kurangnya dalam anime. Oleh kerana evolusi Sharingan-nya ke Mangekyo Sharingan, Hagoromo mendapat akses kepada kuasa-kuasa Susanoo. Terima kasih kepada chakra Six Path, dia dapat memanifestasikan Complete Body Susanoo, dan versi Susanoo-nya sangat besar, hingga sepadan dengan saiz Bijuu ekor Sepuluh.
Kekuatannya cukup tinggi untuk mengalahkan Otsutsuki Kaguya, yang telah bersatu dengan God Tree untuk menjadi Bijuu ekor Sepuluh itu sendiri. Hagoromo terus membangkitkan Rinnegen tidak lama selepas itu dan mendapat kuasa selebihnya, lantas meningkat ke status dewa.
@gamersantaimy
Discussion about this post