Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Berlumba puas-puas di trek rally yang gempak dengan Free Trial DiRT Rally 2.0 yang boleh didapati di PlayStation 4 dan Xbox One sekarang!

Apa lagi jom muat turun sekarang!

Nyny.A by Nyny.A
November 5, 2019
in Artikel, Berita, PS4, Xbox One
0 0
0
Berlumba puas-puas di trek rally yang gempak dengan Free Trial DiRT Rally 2.0 yang boleh didapati di PlayStation 4 dan Xbox One sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Codemasters hari ini mengumumkan versi percubaan percuma (Free Trial) perlumbaan off-road, DiRT Rally 2.0 yang kini boleh didapati di kedua-dua pelantar PlayStation 4 dan Xbox One. Pemain akan mempunyai akses kepada 10 kereta di dua mod permainan yang berbeza iaitu Perlawanan tradisi dan Rallycross.

DiRT Rally 2.0 mengfokuskan pada perlumbaan rallying dan rallycross. Pemain bersaing dalam acara-acara peringkat waktu di atas jalan raya dan luar jalan dalam keadaan cuaca yang berbeza-beza. Permainan ini mempunyai peringkat di Argentina, Australia, New Zealand, Poland, Sepanyol dan Amerika Syarikat. Codemasters juga mengumumkan rancangan untuk mengembangkan permainan menerusi pelepasan kandungan yang boleh dimuat turun dan tahap yang dikeluarkan di Finland, Jerman, Greece, Monte Carlo, Sweden dan Wales. Tahap-tahap ini adalah versi remastered yang termasuk DiRT Rally yang asal.

Versi Percubaan percuma DiRT Rally 2.0 memberi anda peluang untuk mencuba pengalaman yang diiktiraf secara kritikal yang mendebarkan. Untuk sesi percubaan ini, Codemaster bekerjasama dengan komuniti pemain, pemandu, pengurus pasukan dan pengeluar untuk menawarkan dengan mempamerkan acara utama DiRT Rally 2.0.

Terdapat pelbagai peringkat rally yang berbeza untuk dipilih, termasuk permukaan licin New Zealand kepada asphalt yang lebih kukuh dari Litar Sepanyol de Barcelona-Catalunya ketika anda mencontohi Kejohanan FIA World Rallycross Championship.

Termasuk dalam 10 kenderaan yang disediakan adalah kereta dari Volkswagen, Audi, Peugeot, Renault, Ford dan Subaru. Di samping menawarkan versi yang moden, terdapat juga kereta rally klasik untuk dinikmati, seperti MINI Cooper S, DS21 dan Lancia Fulvia HF.

Pilihan penyesuaian (Customization) tersedia yang membolehkan para pemain untuk ubah suai pembaikan kenderaan mereka dan menetapkannya mengikut keutamaan serta cuaca dinamik permainan dan mekanik permukaan jalan bermakna anda perlu menggunakan sepenuhnya pilihan tersebut.

Pemain boleh membuka kunci edisi standard permainan dari dalam percubaan jika mereka mendapatkan versi penuh permainan. Manakala dalam versi penuh permainan mempunyai lebih daripada 50 kereta.

Berminat untuk mencuba Free Trial ini? Anda boleh terus dapatkanya di PlayStation Store atau Xbox store atau terus ke laman web rasmi DiRT Rally 2.0.

Sumber: Codemaster

DiRT Rally 2.0
Release Date: 2019-02-26
PlayStation 4, Xbox One
Dirt Rally 2.0 adalah permainan video perlumbaan yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Codemasters untuk Microsoft Windows, PlayStation 4 dan Xbox One. Hadir pada 26 Februari 2019. Permainan ini adalah tajuk ketiga belas dalam siri Colin McRae Rally dan tajuk ketujuh untuk membawa nama Dirt. Ia adalah pengganti kepada permainan video Dirt Rally 2015 dan menekankan fizik memandu yang realistik.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: codemastersDiRT Rally 2.0Dirt Rally 2.0 Free TrialFree Trial
Previous Post

EA mendedahkan bila APEX LEGENDS akan keluar untuk MOBILE!

Next Post

7 Pengguna Susanoo di siri Naruto! Siapakah yang paling kuat?

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
7 Pengguna Susanoo di siri Naruto! Siapakah yang paling kuat?

7 Pengguna Susanoo di siri Naruto! Siapakah yang paling kuat?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd