Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Reviu Devil May Cry 5 Devil Hunter Edition (Nintendo Switch 2) – Aksi ‘SSStylish’ Di Mana Saja

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 22, 2026
in Action, Artikel, Berita, Game Review, Nintendo Switch 2, Review
0 0
0
Reviu Devil May Cry 5 Devil Hunter Edition (Nintendo Switch 2) – Aksi ‘SSStylish’ Di Mana Saja
Share on FacebookShare on Twitter

Kebelakangan ini, Capcom memang cemerlang dalam mengoptimumkan game AAA mereka untuk Nintendo Switch 2. Selepas membuktikan keupayaan teknikal mereka menerusi judul seperti Resident Evil 9 dan Pragmata, kini tiba giliran salah satu francais aksi hack-and-slash paling popular untuk membuat kemunculan sulung di Switch 2 melalui Devil May Cry 5 Devil Hunter Edition.

Memandangkan ulasan ini lebih tertumpu kepada prestasi teknikal dan kualiti port itu sendiri, kami tidak akan mengulas panjang tentang mekanik gameplay asas, perkembangan watak, atau jalan cerita. Bagi mereka yang mahukan ulasan mengenai aspek-aspek tersebut, anda boleh membaca ulasan asal Devil May Cry 5 kami di SINI.

Dengan reputasi hebat Capcom dalam mengoptimumkan game di Switch 2, jangkaan kami pastinya tinggi. Persoalannya, adakah port ini mampu mengekalkan aksi pantas dan bergaya Devil May Cry 5 dalam format mudah alih? Mari kita lihat.

Ringkasan Kisah

Jika sudah sedia maklum tentang jalan cerita Devil May Cry 5, anda boleh terus melangkau ke bahagian analisis prestasi di bawah. Bagi yang pertama kali ingin mencubanya, ini ringkasan mudah untuk anda.

Kisah bermula dengan pencerobohan mengejut Qliphoth: sebatang pokok iblis gergasi yang memusnahkan Red Grave City. Di tengah huru-hara ini, Nero diserang oleh satu lembaga misteri yang merentap tangan iblisnya, Devil Bringer.

Demi menuntut bela dan menghentikan kekacauan, Nero bekerjasama dengan rakan mekaniknya dan genius, Nico. Nico mencipta Devil Breaker (iaitu lengan-lengan prostetik unik dengan pelbagai fungsi) untuk membantu Nero bertarung semula.

Jalan cerita permainan disampaikan secara berselang-seli melalui tiga watak utama: Nero, Dante, dan V. Masing-masing membawakan gaya pertarungan dan motivasi berbeza, namun takdir akhirnya mempertemukan mereka demi mencapai matlamat tersendiri.

Pengalaman Bermain di Switch 2

Memandangkan Nintendo Switch 2 ialah konsol hibrid, kami mengujinya dalam dua konfigurasi. Kami mencubanya dalam docked mode menggunakan monitor 1440p, serta dalam handheld mode.

Kami agak sedih kerana tiada pilihan mod “Performance” atau “Quality” dalam versi ini. Tidak seperti di PlayStation atau PC, anda tidak boleh memilih antara frame rate lebih tinggi atau visual lebih tajam… satu-satunya tetapan grafik yang disediakan hanyalah pelaras kecerahan skrin.

Bagi melihat keupayaan Switch 2 mengendalikan aksi game ini, kami meluangkan masa beberapa jam bermain pelbagai misi yang melibatkan Nero, Dante, dan V.

Tanggapan pertama sebaik sahaja game dimulakan adalah ia sangat mengagumkan. Kelebihan terbesar konsol Nintendo sentiasa tertumpu kepada kebolehannya menjalankan game AAA yang berat pada peranti mudah alih, dan Devil May Cry 5 berjaya membawakan pengalaman aksi yang sangat lancar dan bergaya.

Visualnya cantik dan sangat terperinci, membuktikan Capcom tidak mahu berkompromi dari segi kualiti tekstur semata-mata untuk memuatkannya ke dalam konsol mudah alih.

Kedua-dua adegan cutscene dan gameplay sasar 60 FPS, dan prestasinya kekal stabil sepanjang bermain. Walaupun ada sedikit penurunan framerate semasa babak-babak combat yang terlalu sibuk dan penuh dengan kesan khas, kami tidak menemui sebarang isu stuttering yang mengganggu gameplay.

Ini adalah satu kejayaan besar, kerana pengekalan 60 FPS yang stabil memastikan setiap aksi terasa sangat responsif… sesuatu yang amat kritikal bagi game genre ini. Selain itu, masa loading juga sangat pantas.

Capcom wajar menerima pujian tinggi atas usaha pengoptimuman ini. Kombinasi prestasi lancar dan visual yang kemas menunjukkan teknologi DLSS oleh Nvidia memainkan peranan besar di sebalik tabir, dan diimplementasikan dengan sangat baik.

Jika ingin mencari kelemahan visual, ada sedikit isu aliasing (kesan tepi bergerigi) pada model watak semasa cutscene, terutamanya pada bahagian rambut. Namun, ini bukanlah isu besar dan merupakan satu kompromi yang sangat adil untuk sebuah game yang rupanya sangat menawan secara keseluruhan.

Dari segi ciri customization, game ini memberikan banyak fleksibiliti. Anda boleh menetapkan semula susun atur butang, melaraskan jarak kamera, serta mengubah sensitiviti kamera mendatar dan menegak secara berasingan.

Ada juga mod Auto-Assist yang membolehkan kita melakukan combo hebat hanya dengan menekan satu butang, sesuai jika anda sekadar ingin bermain dengan santai.

Malangnya, fungsi rumble dalam versi ini kurang memuaskan. Getaran yang kuat hanya terasa secara rawak semasa cutscene, manakala impak serangan biasa semasa bertarung tidak memberikan maklum balas haptik yang sewajarnya.

Kita hanya akan merasa kesan getaran untuk beberapa tindakan khusus sahaja, seperti menembak atau menggunakan Devil Breaker. Malah apabila getaran berlaku semasa cutscene, ia sering terasa kurang kena dengan aksi di skrin atau terhenti terlalu cepat, langsung tidak menggambarkan kualiti HD Rumble yang sepatutnya ada pada Switch 2.

Walaupun tidak merosakkan game secara keseluruhan, maklum balas haptik sangat penting untuk menghidupkan impak combat, dan maklum balas fizikal yang tidak seiring dengan visual ini boleh menjejaskan penghayatan pemain.

Pendapat

Secara keseluruhan, Devil May Cry 5 di Nintendo Switch 2 merupakan satu contoh terbaik dalam aspek pengoptimuman. Capcom berjaya memuatkan sebuah karya aksi AAA yang pantas dan hebat terus ke dalam genggaman tangan kita dengan kompromi yang sangat minimum.

Dengan visual yang menawan, kualiti tekstur yang tajam, serta prestasi 60 FPS yang sangat stabil semasa bermain mahupun dalam cutscene, pemain mendapat kualiti terbaik tanpa perlu pening kepala menukar tetapan grafik… walaupun kami menganggap pratetapan visual sepatutnya sudah menjadi standard untuk semua konsol moden.

Walaupun begitu, port ini tidaklah sesempurna mana. Isu aliasing pada rambut watak semasa cutscene mudah dikesan, manakala pelaksanaan getaran yang lemah mengurangkan kepuasan impak semasa bertarung. Namun, di sebalik kekurangan tersebut, game ini tetap merupakan satu pencapaian teknikal yang cemerlang.

Ia berjaya memaksimumkan potensi konsol mudah alih ini dengan cara terbaik, lantas menyajikan salah satu pengalaman game aksi paling lancar dan responsif untuk dimainkan di mana-mana sahaja.

Devil May Cry 5 Devil Hunter Edition akan dilancarkan secara digital pada 23 Jun 2026, manakala versi fizikal pula akan menyusul pada 28 Ogos 2026.

The Review

Devil May Cry 5 Devil Hunter Edition

9 Score

Devil May Cry 5 Devil Hunter Edition untuk Nintendo Switch 2 membuktikan keupayaan pengoptimuman yang cemerlang dengan menawarkan visual terperinci serta prestasi 60 FPS yang sangat stabil dalam kedua-dua mod permainan. Walaupun fungsi rumble haptiknya mengecewakan dan ada sedikit isu aliasing semasa adegan sinematik, ia tetap merupakan sebuah game aksi mudah alih yang sangat responsif, lancar, dan amat berbaloi untuk dimiliki.

PROS

  • Visual menawan dengan kualiti tekstur yang sangat terperinci
  • Prestasi 60 FPS yang sangat stabil semasa gameplay mahupun cutscene
  • Pengoptimuman yang cemerlang untuk versi handheld
  • Ciri penyesuaian yang lengkap (termasuk Photo Mode, Assist Mode, dan tetapan butang penuh)

CONS

  • Maklum balas HD Rumble yang mengecewakan dan kurang kemas
  • Kesan aliasing yang agak ketara, terutamanya pada rambut watak semasa cutscene

Review Breakdown

  • Rating 0
Tags: Devil May Cry 5 Devil Hunter EditionNintendo Switch 2reviu
ShareTweetSend
Previous Post

Where Winds Meet – Update 1.8 Bawa Sistem Homestead, Teman Haiwan Interaktif & Acara Bermusim

Next Post

Musim Finale Bleach: Thousand-Year Blood War Akan Tayang 25 Julai

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Borderlands 4 – Update Ver. 1.8 Akan Tiba 25 Jun Bersama Bounty Pack 3 & Raid Hadron Abyss
DLC

Borderlands 4 – Update Ver. 1.8 Akan Tiba 25 Jun Bersama Bounty Pack 3 & Raid Hadron Abyss

June 22, 2026
Musim Finale Bleach: Thousand-Year Blood War Akan Tayang 25 Julai
Anime

Musim Finale Bleach: Thousand-Year Blood War Akan Tayang 25 Julai

June 22, 2026
Where Winds Meet – Update 1.8 Bawa Sistem Homestead, Teman Haiwan Interaktif & Acara Bermusim
Berita

Where Winds Meet – Update 1.8 Bawa Sistem Homestead, Teman Haiwan Interaktif & Acara Bermusim

June 19, 2026
Next Post
Musim Finale Bleach: Thousand-Year Blood War Akan Tayang 25 Julai

Musim Finale Bleach: Thousand-Year Blood War Akan Tayang 25 Julai

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd