Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Where Winds Meet – Update 1.8 Bawa Sistem Homestead, Teman Haiwan Interaktif & Acara Bermusim

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 19, 2026
in Action, Android, Artikel, Berita, Epic Store, iOS, Mobile, Open World, PC, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Where Winds Meet – Update 1.8 Bawa Sistem Homestead, Teman Haiwan Interaktif & Acara Bermusim
Share on FacebookShare on Twitter

Judul free-to-play action RPG wuxia open-world ‘Where Winds Meet‘ akan menerima kemas kini Version 1.8 pada 25 Jun 2026. Bertajuk “Companions Make Home”, kemas kini ini memperkenalkan sistem Homestead boleh ubah suai, teman haiwan yang dinamik, serta acara bermusim baharu.

Membina Semula Blissful Retreat

Fokus utama kemas kini ini ialah sistem Homestead. Pemain akan kembali ke wilayah Qinghe untuk membangunkan semula “Blissful Retreat”: perkampungan asal watak mereka yang telah musnah. Bukan menambah kosmetik kosong semata-mata, Homestead membawakan fungsi berikut:

  • Menguruskan Kampung: Pemain boleh membina dan mengendalikan pelbagai perniagaan tempatan, termasuk Inn, Porcelain Kiln, dan Brewery.
  • Pertanian dan Ekonomi: Aktiviti bercucuk tanam, perdagangan, dan pengambilan penduduk kampung sebagai pekerja menjadi aktiviti utama dalam memulihkan semula kampung ini.
  • Penyesuaian Sosial (Bakal Tiba Julai): Ciri “Beyond Artistry” membolehkan pemain mereka bentuk, mempamerkan, dan berkongsi kediaman mereka secara kreatif dengan komuniti.
  • Sistem Ganjaran: Penyertaan dalam aktiviti Homestead memberikan mata wang eksklusif yang boleh ditukar di Homestead Shop untuk mendapatkan barangan kosmetik percuma, termasuk pakaian “Summer’s Blush”.

Teman dan Haiwan Peliharaan Dinamik

Game ini turut memperkenalkan sistem haiwan peliharaan interaktif bagi membawakan hidupan realistik ke dalam dunia Where Winds Meet. Teman haiwan ini bertindak balas secara dinamik terhadap perubahan cuaca dan situasi dalam game. Pemain juga boleh menggayakan mereka dengan pelbagai pakaian, bermain bersama, dan membuka emote.

  • Pilihan Haiwan: Tiga ekor kucing comel (Maverick, Scar, dan Pudding) bakal membuat kemunculan pada hari pertama pelancaran, diikuti oleh seekor angsa bernama Goldie pada minggu kedua.
  • Sistem Hubungan: Membina hubungan akrab dengan haiwan peliharaan akan memberi akses kepada pakaian haiwan, emote khas, serta pakainan eksklusif “Cute Master” untuk watak pemain.
  • Mod Tempur Masa Depan: Pihak pembangun mengesahkan bahawa sistem pet battle khusus sedang dalam perancangan untuk kemas kini akan datang.

Warisan Madiao

Permainan kad Madiao melengkapkan tambahan kasual yang sedia ada dalam game.

Di dalam permainan ini, empat pemain akan bergilir-gilir meletakkan kad bernombor untuk menghabiskan kad di tangan terlebih dahulu. Pemain perlu bijak membuat keputusan… sama ada mahu jujur atau cuba menipu pihak lawan.

Jika cubaan menipu dikesan, atau jika seseorang tersalah membuat tuduhan, mereka perlu meminum arak sebagai denda. Setiap cawan yang diminum meningkatkan risiko terkena “poisoned wine” sebanyak 25%, yang boleh menyebabkan pemain tersingkir serta-merta. Dengan menentang NPC dalam perlawanan Madiao, pemain boleh mengumpul sumber penting seperti Echo Jade.

Pelan Hala Tuju Version 1.8

Di samping penambahan kandungan kekal, Where Winds Meet Version 1.8 membawakan sejumlah acara yang menawarkan pelbagai ganjaran menarik bagi masa terhad:

  • Martial Path Domain (Bermula 25 Jun): Cabaran co-op 20 tingkat dengan tahap kesukaran yang meningkat secara progresif. Mod ini dikhaskan untuk pasukan lima pemain (Level 60 ke atas) dan menawarkan ganjaran bahan, mata wang naik taraf, serta gelaran eksklusif bagi pasukan terhebat.
  • Tomb Raiders (Bermula 25 Jun): Mod kasual PvPvE. Pemain boleh mengumpul mata acara untuk ditukarkan dengan barangan, termasuk mount yang rare.
  • Phantom Thief Goose (Bermula 3 Julai): Minigame berorientasikan stealth di mana pemain akan mengawal seekor angsa bernama “Goose Bo.” Gunakan kebolehan unik angsa seperti membunyikan hon, mematuk, dan serangan senyap untuk melepasi kawalan keselamatan di Heaven’s Pier bagi memperoleh ganjaran.
  • Jianghu Martial Games – Edisi Kedua (Bermula 10 Julai): Menampilkan tiga minigame untuk merebut pakaikan “Dangling Carrot” masa terhad serta pelbagai barangan kosmetik eksklusif lain.

Where Winds Meet boleh dimainkan dengan sokongan cross-play di PC, PlayStation 5, Xbox Series X/S, serta peranti mobile.

Tags: Where Winds Meet
ShareTweetSend
Previous Post

Naruto Card Game – TCG Baru Oleh Bandai Akan Datang Pada 2027

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Naruto Card Game – TCG Baru Oleh Bandai Akan Datang Pada 2027
Trading Card Game

Naruto Card Game – TCG Baru Oleh Bandai Akan Datang Pada 2027

June 19, 2026
Misi Dendam SHINOBI: Art of Vengeance Berterusan Di Nintendo Switch 2
Nintendo Switch 2

Misi Dendam SHINOBI: Art of Vengeance Berterusan Di Nintendo Switch 2

June 19, 2026
Digimon Story Time Stranger – Update Percuma Akan Tambah Terriermon Assistant & Naik Taraf QoL
Berita

Digimon Story Time Stranger – Update Percuma Akan Tambah Terriermon Assistant & Naik Taraf QoL

June 19, 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd