Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Misi Dendam SHINOBI: Art of Vengeance Berterusan Di Nintendo Switch 2

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 19, 2026
in Action, Artikel, Berita, Nintendo Switch 2, Platformer
0 0
0
Misi Dendam SHINOBI: Art of Vengeance Berterusan Di Nintendo Switch 2
Share on FacebookShare on Twitter

Sega bersama pembangun Lizardcube mengumumkan bahawa game action-platformer 2D SHINOBI: Art of Vengeance akan dilancarkan di Nintendo Switch 2 pada 24 September 2026. Para pemain boleh membuat pre-order versi digital melalui Nintendo eShop.

Sebelum ini, game ini telah dilancarkan pada Ogos 2025 bagi PlayStation 5, Xbox Series X/S, PlayStation 4, Xbox One, PC, dan Nintendo Switch. Walaupun versi asal menerima pujian kerana seni lukisan tangan yang menawan serta sistem combat yang mantap, prestasi pada konsol Switch terdahulu agak terbatas. Tambahan versi Switch 2 bakal mengatasi masalah tersebut dengan menawarkan resolusi yang lebih tinggi serta prestasi yang lebih lancar.

Dibangunkan dengan kerjasama Lizardcube (studio di sebalik Streets of Rage 4 dan Wonder Boy: The Dragon’s Trap), game ini memberikan nafas serba moden kepada francais ninja legenda Sega. Pemain akan mengembara sebagai Joe Musashi, seorang ninja handal yang pulang ke tanah airnya hanya untuk mendapati kampungnya telah hangus terbakar dan seluruh puaknya bertukar menjadi batu. Didorong oleh dendam, Joe memulakan misi menuntut bela sambil bertarung dengan pelbagai musuh dan bos gergasi.

Edisi standard SHINOBI: Art of Vengeance untuk Nintendo Switch 2 akan dijual pada harga RM56.00.

Bagi peminat tegar, Sega turut menawarkan Deluxe Edition dalam bentuk digital dan fizikal. Versi fizikal untuk PlayStation 5 dan Nintendo Switch 2 (yang menggunakan game-key card) akan menyertakan buku seni fizikal serta set kad watak lutsinar. Selain itu, pembeli versi Deluxe juga akan menerima pelbagai kandungan digital seperti kostum “Ghost Outfit”, aksesori “Medic Lite Amulet”, buku seni digital, runut bunyi rasmi, serta 2,000 emas dalam game.

Kedua-dua versi Deluxe Edition turut dilengkapi dengan DLC “SEGA Villains Stage”. Menerusi DLC ini, Joe Musashi akan berdepan dengan tiga musuh daripada sejarah gaming Sega: si genius jahat Dr. Eggman (Sonic the Hedgehog), Goro Majima si “Mad Dog of Shimano” (Like a Dragon), dan gergasi kejam Death Adder (Golden Axe).

Tags: Nintendo Switch 2SHINOBI: Art of Vengeance
ShareTweetSend
Previous Post

Digimon Story Time Stranger – Update Percuma Akan Tambah Terriermon Assistant & Naik Taraf QoL

Next Post

Naruto Card Game – TCG Baru Oleh Bandai Akan Datang Pada 2027

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Where Winds Meet – Update 1.8 Bawa Sistem Homestead, Teman Haiwan Interaktif & Acara Bermusim
Berita

Where Winds Meet – Update 1.8 Bawa Sistem Homestead, Teman Haiwan Interaktif & Acara Bermusim

June 19, 2026
Naruto Card Game – TCG Baru Oleh Bandai Akan Datang Pada 2027
Trading Card Game

Naruto Card Game – TCG Baru Oleh Bandai Akan Datang Pada 2027

June 19, 2026
Digimon Story Time Stranger – Update Percuma Akan Tambah Terriermon Assistant & Naik Taraf QoL
Berita

Digimon Story Time Stranger – Update Percuma Akan Tambah Terriermon Assistant & Naik Taraf QoL

June 19, 2026
Next Post
Naruto Card Game – TCG Baru Oleh Bandai Akan Datang Pada 2027

Naruto Card Game - TCG Baru Oleh Bandai Akan Datang Pada 2027

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd