Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

FINAL FANTASY TACTICS – The Ivalice Chronicles – Update Baru Tambah New Game+ & Sistem Zodiac

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 18, 2026
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, PC, PS4, PS5, Remastered, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
FINAL FANTASY TACTICS – The Ivalice Chronicles – Update Baru Tambah New Game+ & Sistem Zodiac
Share on FacebookShare on Twitter

Square Enix telah melancarkan kemas kini version 1.5.0 “Enhanced” untuk FINAL FANTASY TACTICS – The Ivalice Chronicles, yang membawakan pelbagai ciri serta penambahbaikan quality-of-life untuk RPG taktikal ini. Antara pembaharuan termasuklah mod New Game+, paparan Zodiac Compatibility, serta beberapa pelarasan untuk melancarkan combat dan navigasi menu.

Dilancarkan pada September 2025, The Ivalice Chronicles merupakan versi remaster kepada game klasik PlayStation tahun 1997. Ia menampilkan dialog lakonan suara penuh, grafik yang dikemas kini, dan sistem gameplay yang dimodenkan untuk generasi baharu.

Memulakan Semula Pengembaraan Melalui New Game+

Ciri paling menonjol dalam kemas kini ini ialah New Game+. Melaluinya, pemain yang sudah menamatkan jalan cerita utama boleh memulakan playthrough baharu dengan membawa sekali unit level, item, serta data kemajuan yang diperoleh sebelum ini. Ini memudahkan pemain bereksperimen dengan pelbagai kombinasi end-game character build dan job sejak awal permainan, atau melangkau aktiviti mengumpul ‘grinding’ di peringkat awal bagi menikmati jalan cerita sahaja.

Sistem Zodiac Compatibility

Fungsi Zodiac Compatibility ditambah terus pada paparan unit status. Dalam Final Fantasy Tactics, Zodiac amat penting kerana ia mempengaruhi kadar kejayaan dan keberkesanan serangan, spell, serta recovery action. Dengan adanya fungsi baharu ini, pemain boleh menyemak hubungan zodiak dengan mudah di status screen tanpa perlu lagi merujuk kepada carta luar.

Penambahbaikan QoL dan Pelarasan Combat

Beberapa pelarasan turut diperkenalkan bagi mengemas kini user interface serta memudahkan persiapan sebelum bertarung:

  • Target Status Preview: Ketika memilih petak pergerakan atau sasaran tindakan, pemain boleh melihat status terperinci unit yang berada di bawah kursor.
  • Tanggal Equipment secara Pantas: Pilihan “Remove All Equipment” tersedia di bahagian Equipment & Abilities pada status screen unit, untuk memudahkan proses menukar peralatan watak.
  • Syarat Kemajuan Kelas yang Jelas: Bagi job yang masih berkunci, paparan status screen akan menunjukkan syarat pembukaannya dengan lebih terperinci.
  • Tetapan Persistent Camera: Pemain tidak perlu lagi kerap melaras sudut pandangan semasa bertarung kerana tetapan sudut dan zum kamera akan terus dikunci sepanjang berlawan.

Tetapan Gameplay Baharu

Untuk penyesuaian gameplay yang lebih mendalam, tiga butang pilihan baharu telah ditambah di bawah tab Options > Settings > Gameplay:

  • Maintain Auto-proceed: Membolehkan dialog semasa babak cerita berjalan secara automatik tanpa perlu menekan butang secara manual.
  • Ability Incantations Guaranteed: Memastikan watak sentiasa melafazkan sihir pendek mereka ketika menggunakan abiliti tertentu.
  • Ability Cursor Memory: Mengingat kedudukan terakhir kursor dalam bahagian Abilities pada battle menu, lantas mempercepatkan pemilihan tindakan pada giliran seterusnya.

Di samping itu, kemas kini ini turut membawakan pelarasan teks kecil bagi semua bahasa yang disokong, kemas kini kesan bunyi tertentu, serta meningkatkan kestabilan gameplay secara umum.

FINAL FANTASY TACTICS – The Ivalice Chronicles boleh dimainkan di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X/S, Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, dan PC melalui Steam.

Tags: Final Fantasy Tactics - The Ivalice Chronicles
ShareTweetSend
Previous Post

Pokémon Champions Kini Dilancarkan Di Mobile! Jom Dapatkan Raichu Percuma!

Next Post

Street Fighter 6 – Fighter Yasmine Dari Filipina Bakal Tiba 3 Ogos 2026

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Street Fighter 6 – Fighter Yasmine Dari Filipina Bakal Tiba 3 Ogos 2026

Street Fighter 6 - Fighter Yasmine Dari Filipina Bakal Tiba 3 Ogos 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd