Pemain mobile akhirnya boleh menikmati aksi pertarungan sengit dalam Pokémon Champions terus dari telefon pintar masing-masing. Selepas dua bulan di Nintendo Switch dan Nintendo Switch 2, game free-to-play ini akhirnya dilancarkan secara rasmi di peranti iOS dan Android.
Untuk memudahkan anda bermain di mana-mana sahaja tanpa kehilangan kemajuan perlawanan, game ini menyokong ciri cross-save dan cross-play. Ini bermakna pemain mobile dan konsol boleh bertarung bersama-sama dengan lancar.
Bersempena pelancaran versi mobile, satu kempen khas sedang berlangsung di dalam Pokémon Champions. Mulai hari ini sehingga 2 September 2026, semua pemain daripada semua platform boleh menyemak mailbox masing-masing untuk menebus Raichu percuma bersama Mega Stone eksklusifnya: Raichunite X dan Raichunite Y. Dengan batu-batu ini, Raichu boleh Mega Evolve menjadi Mega Raichu X atau Mega Raichu Y.
Regulation M-B Mengubah “Meta”
Pelancaran versi mobile turut menandakan bermulanya kemas kini besar pertama menerusi pengenalan format Regulation Set M-B.
Semasa game ini mula dilancarkan pada April lalu, pilihan Pokémon dan held item yang agak terhad membuatkan corak meta terasa sedikit hambar dan berulang. Kemas kini Regulation M-B (yang berlangsung dari 17 Jun hingga 2 September 2026) menyelesaikan isu ini dengan memperkenalkan 38 Pokémon baharu (termasuk 16 Mega Evolution) serta 15 held item.
Anda boleh mendapatkan Pokémon baharu ini melalui Pokémon Ranch di dalam game atau memindahkannya terus dari Pokémon HOME.
Pokémon Baharu yang Boleh Dimainkan
Kemas kini ini membawakan pelbagai Pokémon ke dalam senarai yang boleh digunakan:
- Annihilape
- Barbaracle
- Blaziken
- Dragalge
- Eelektross
- Falinks
- Gholdengo
- Greavard
- Grimmsnarl
- Malamar
- Mawile
- Metagross
- Musharna
- Overqwil
- Pyroar
- Qwilfish
- Sceptile
- Scolipede
- Scrafty
- Staraptor
- Swampert
- Vileplume
16 “Mega Evolution” dan “Ability” Baharu
Selain Pokémon biasa, Regulation M-B turut membawakan 16 Mega Evolution baharu. Sebahagian daripada bentuk Mega ini pertama kali diperkenalkan dalam Pokémon Legends: Z-A. Memandangkan game tersebut tidak menggunakan sistem Ability tradisional, kemas kini kali ini memberikan peluang pertama buat para pemain untuk menguji keupayaan sebenar mereka di medan lawan.
Sebagai contoh, Mega Eelektross dilengkapi dengan abiliti baharu bernama Eelevate, yang memberikan imuniti terhadap serangan jenis Ground dan meningkatkan statistik tertingginya setiap kali berjaya menumpaskan pihak lawan. Sementara itu, Mega Pyroar pula menerima Fire Mane, iaitu abiliti yang meningkatkan kuasa serangan jenis Fire sebanyak 50% secara berterusan tanpa perlu menunggu HP miliknya menjadi rendah.
Senarai penuh Mega Evolution baharu yang boleh digunakan termasuklah:
- Mega Barbaracle
- Mega Blaziken
- Mega Dragalge
- Mega Eelektross
- Mega Falinks
- Mega Malamar
- Mega Mawile
- Mega Metagross
- Mega Pyroar
- Mega Raichu X
- Mega Raichu Y
- Mega Sceptile
- Mega Scolipede
- Mega Scrafty
- Mega Staraptor
- Mega Swampert
15 “Held Item” Baharu untuk Strategi Lebih Luas
Untuk memberikan lebih banyak pilihan strategi kepada para Trainer ketika membina pasukan, sebanyak 15 held item klasik ditambah ke dalam game. Kehadiran barangan ini dijangka dapat mempelbagaikan lagi jenis pembentukan pasukan, sama ada menerusi strategi berasaskan cuaca mahupun peningkatan damage secara terus:
- Big Root
- Damp Rock
- Expert Belt
- Heat Rock
- Icy Rock
- Iron Ball
- Life Orb
- Light Clay
- Metronome
- Muscle Band
- Shed Shell
- Smooth Rock
- Wise Glasses
- Wide Lens
- Zoom Lens
Ranked Season M-3 dan “Battle Pass” Baharu
Pelancaran Regulation M-B ini juga membawa sekali Ranked Battles Season M-3 yang akan berlangsung sehingga 8 Julai 2026. Seiring dengan musim baharu ini, satu Battle Pass baharu turut diperkenalkan. Dengan menyelesaikan misi dan meningkatkan tahap pas, Trainer boleh mendapatkan Pokémon Eelektross dan Metagross bersama Mega Stone mereka, di samping pelbagai barangan kosmetik menarik.









Discussion about this post